IKLAN

Thursday, 15 November 2007

IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Waliuddin Abdurrahman Bin Muhammad Bin Abu Bakar Muhammad Bin Al-Hassan. Nama popularnya iaitu Ibnu Khaldun adalah berasal dari nama keluarga besarnya iaitu Bani Khaldun. Seorang tokoh Islam yang terkenal dalam sejarawan dan digelar sebagai "Bapa Sosiologi Islam" yang sangat terkenal dizaman beliau. Berasal dari Tunisia dan dilahirkan di Tunis. Beliau berketurunan Yaman. Beliau mempelajari pelbagai ilmu seperti syariat, bahasa, fizik dan matematik. Sejak usia muda beliau sudah mengikuti kegiatan politik praktis, Beberapa dinasti kecil dari pelbagai daerah sudah mempercayainya untuk memegang pelbagai jawatan penting. Namun, kemudian ia sebagai sejarahwan dan filsuf Islam memusatkan perhatiannya pada kegiatan menulis dan mengajar.
Karya-karya beliau yang sangat terkenal ialah Muqaddimah Ibn Khaldun. Terciptanya karya ini bermula apabila beliau pergi ke Granada, namun di sana beliau diminta meninggalkan daerah itu. Beliau pulang ke Tilmisan, Maghribi Tengah (wilayahnya meliputi Tunisia, Aljazair dan Moroko). Beliau menyepi di sana sehingga 1378. Pada kesempatan inilah beliau menulis sebuah kitab monumental berjudul Kitab al-Ibar wa Diwan al-Mubtada wa a-Khabar fi Ayyam al-Arab wa-al-Ajam wa al-Barbar, atau al-albar (sejarah umum). Kitab terbitan Kairo tahun 1284 ini sebanyak 7 jilid. Kitab ini mengandungi kajian sejarah dengan didahului oleh kitab Muqaddimah pada jilid 1 yang terkenal denga Muqaddimah Ibn Khaldun. Isi Muqaddimah ini adalah pembahasan tentang teori sosial dan politik, dasar-dasar pembangunan masyarakat dan bidang ilmu pengetahuan. Beliau juga menulis sebuah kitab iaitu at-Ta rif bi Ibn Khaldun.
Sehingga akhir hayat beliau menjadi ketua pengadilan Mesir. Pada 19 mac 1406, beliau wafat di Kairo. Karier beliau ialah pernah menjawat jawatan setiausaha Sultan al-Fadl (Dinasti Hafs) di Tunisia (1350), duta negara di Castilla (1363) dan perdana menteri (1365).

Monday, 12 November 2007

Bulan Zulkaedah

Bulan Zulqaedah membawa maksud tersendiri di dalam Rahsia Hijrah, Zul ertinya "empunya". Qaedah ertinya "duduk". Pada bulan ini semua lelaki tinggal di rumah, tiada yang bermusafir atau yang mengembara.
Hari nie dah 2 hari kita berada di bulan zulkaedah, beerti sudah 2 hari berlalunya bulan syawal. Pasti teringat-ingat akan bulan Ramadhan dan syawal tahun nie, samada cerita sedih atau gembira. Raya puasa tahun nie saya dan suami beraya di sarawak, bertolak ke sarawak pada 6 oktober 07 dan pulang ke KL pada 17 oktober 07. Wah! seronoknya dapat balik kampung beraya. Tapi pada 17 Okt rasa sedih la coz kena balik KL. Kami sempat la berjalan2 ke kuching pada 17 Okt tu, lagi pun flight kami jam 5.35 petang. Kami hanya pi ke area kedai2 yang berhampiran dengan water front jer la. Suasana beraya di Sarawak agak berbeza dengan Semenanjung, coz bagi orang Sarawak, hidangan kuih yang utama ialah kek. Pelbagai jenis kek, termasuklah kek lapis. Kalau di Semenanjung juadah hari raya yang utama ialah ketupat atau nasi impit, di Sarawak lebih dikenali sebagai "KELUPIS". Kelupis diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus dengan daun palas dalam bentuk memanjang dan diikat. Disemenanjung juga ada ketupat daun palas yang berbentuk 3 segi.