IKLAN

Wednesday, 31 December 2008

Majlis Pertunangan Syafini & Mohamad Azezull

Pemandangan yang berkabus di laluan Highway yang kami lalui.

Pada 28.12.2008, saya sekeluarga bertolak awal pagi untuk kerumah Chik di Bentong untuk majlis pertunangan anaknya iaitu Syafini & Mohamad Azezull. Pagi tersebut 3 buah kereta bertolak dari Bangi, kereta kami bertolak awal untuk mengisi minyak dan angin kereta. Tiba-tiba selepas keluar dari tol Bangi, saya teringat botol susu Ahmadenijad. Memang sah! botol tak ada di dalam kereta, tertinggal kat umah di Bangi. Alamak! macam mana nie, Ahmadenijad tengah tidur sekarang, kalau dia bangun memang nak susu, botol pulak tak der... mau mengamuk dia kehausan nie..

Bermula la episod mencari botol susu Ahmadenijad di stesen minyak Petronas, beberapa buah stesen minyak memang tak menjual pun botol susu. Kami pun mencari la pulak kedai 7 elevan, beberapa kedai tersebut memang turut sama tidak menjual botol susu. Sesampai kami di Ampang, kami mencari pulak kedai runcit. Kebanyakkan kedai runcit pulak masih tutup, biasa la masih awal pagi lagi. Cari punya cari akhirnya kami jumpa juga kedai runcit yang dah buka kedai di Ampang. Alhamdulillah, di kedai tersebut ada dijual botol susu bayi. Tamat la pencarian botol susu pagi tu, selepas beli jer botol susu tu saya basuh dengan air panas dan terus buat susu Ahmadenijad. Memang dia kehausan, habis kejap jer susu 7 oz...

Sebelum ke Bentong, kami pergi ke pekan Lintang, untuk mencari buah jambu merah. Teringin semasa mengandung lagi nak makan buah jambu nie tapi tak jumpa pun. Jambu merah nie memang payah sikit nak jumpa, bukan jambu merah yang panjang seperti kebiasaan dijual tu, ni lain sikit laaa. Bentuk jambunya tidak memanjang tetapi kembang dan gemuk... Kesian Ahmadenijad meleleh jer air liur dia... Tapi hampa, tak der juga jambu nyer

Akhirnya sampai juga kerumah Chik di Bentong, kami dijemput minum dan makan pelbagai jenis kuih untuk sarapan pagi, antaranya sandwich dan apam. Manakala menu makan untuk majlis pertunangan Fini pula ialah ikan patin masak tempoyak, ayam masak tomato, sambal petai udang, gulai lemak nangka, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan masin, buah limau sunskist, kuih tepung pelita. Makanan pada hari tersebut memang best laaa...terima kasih kepada keluarga Fini dan terima kasih juga kepada chef yang memasak makanan yang sedap pada hari pertunangan Fini.

Lauk-pauk yang dihidangkan untuk tetamu selepas majlis pertunangan Fini. Lauk ikan patin masak tempoyak tu memang menu kegemaran...

Sambal petai udang dan gulai lemak nangka, lawan pulak dengan ikan masin, sambal belacan & ulam-ulaman, memang sedap laaaa...

Sebagai pencuci mulut, kuih tepung pelita

Tema warna hantaran bagi pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah "BIRU", manakala pihak perempuan kepada pihak lelaki pula ialah "HIJAU"

Hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki yang serba kehijauan

Bergambar bersama Laila, Kak Su & Fini

Ketibaan rombongan pihak lelaki dirumah pihak perempuan

Selepas majlis pertunangan Fini selesai, hampir jam 4 petang kami pun beransur pulang. Kami bukan terus balik Bangi, tapi nak pergi ke Hutan Lipur Lintang, nak mandi air terjun. 2 buah kereta yang lain dah bertolak ke Hutan Lipur tersebut, tapi saya dan suami pergi sekali lagi ke lintang untuk mencari buah jambu idaman, memandangkan pagi tadi tak jumpa banyak kedai masih lagi tutup. Sekali lagi kehampaan kerana jambu idaman tak dijual la pulak. Tapi beli jambu lain jer laaa...

Sesampai di Hutan Lipur Lintang, suami tukar baju dan apalagi terus terjun sungai laaa.... dengan Ahmadenijad pun turut mandi. Kesian Ahmadinejad, abahnya selam-selamkan badannya 2 kali, muka dia dah lain macam jer sebab air terjun tu memang sejuk sangat. Walaupun Ahmadenijad nie memang suka sangat mandi kalau kat rumah tetapi mandi kat air terjun nie memang tak tahan la...sejukkkk....


Umi balut Ahmadenijad dengan tuala, selepas mandi. Kesian dia sejukkk...

Seronok jer budak-budak tu mandi, bapak budak pun nampak seronok jugak mandi kat air yang cetek tuuu...

Semasa kedatangan kami ke Hutan Lipur Lintang, Pahang nie memang ramainya la pengunjung yang berkelah dan bermandi-manda di kawasan ini. Tempat parking pun memang payah juga, ramai betul peminat Hutan Lipur Lintang nie. Pengunjung yang datang kesini tidak dikenakan sebarang bayaran pun, sebab tu la ramai pengunjung...

Apa-apapun memang seronok berkunjung kesini, apa lagi kalau bawa bekal dan makan kat situ, memang best laaa. Kami pula tak bawa bekal pun, tengok orang lain makan bekal jer laaa yer

Wednesday, 24 December 2008

Ulang Tahun Perkahwinan Miesha-Jept

Gambar-gambar Ahmadenijad dari usia 1 hari sehingga berusia 5 bulan

Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami iaitu 3 tahun. Sekejap jer dah 3 tahun usia perkahwinan kami. Kami dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang diberi nama Ahmadenijad Al-Harits. Kenapa saya memilih nama Ahmadenijad? Saya akan menceritakan nya dan membuat karangan mengenai hal ini dilain masa...heeeheee. Secara ringkas, ramai yang tahu Ahmadinejad ialah nama seorang presiden Iran yang sangat saya kagumi iaitu Mahmoud Ahmadinejad. Malahan, suratkhabar beberapa hari nie ada menayangkan gambar Ahmadinejad dan Pak Lah di Taheran, Iran.

Paling suka tengok Ahmadenijad sedang tidur...

Monday, 15 December 2008

Cukur Jambul & Aqiqah

Ahmadenijad & abah di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) serta Ahmadenijad dalam "Belon"(Kapal Terbang) & di Kuching International Airport

Ahmadenijad dan umi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik sahaja sampai dari KLIA

Pada 06 Dec 2008 (sabtu), kami balik bercuti ke Sarawak selama seminggu. Majlis cukur jambul Ahmadenijad Al-Harits dibuat di kampung halaman saya di Sarawak pada 09 Dec 08 pada malamnya selepas Isyak. Majlis bermula pada jam 8.30 malam.

Gambar kenang-kenangan semasa majlis berlangsung...

Antara tetamu yang hadir, pada mulanya Ahmadenijad nie ok jer tak nangis, tapi bila dia dengar tetamu yang dijemput berzikir dia pun menangis la pulak.

Antara menu-menu makanan pada malam cukur jambul Ahmadenijad

Majlis Aqiqah Ahmadenijad, kami buat di Bangi Perdana, guna LEMBU...mooouuuu....

Transformasi Diri Melalui 10Q's

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ketika menyampaikan ceramah beliau.

Sedang mendengar ceramah...ke sibuk bergambar...?

Menghadiri kursus di Auditorium Aras 5, Putrajaya yang bertajuk "Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q's" . Penceramah ialah Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah pada 24 November 2008.

Menurut Dr Fadzilah, Individu terbilang akan menjana 10Q's yang seimbang iaitu :

1) IQ = Intelligent Quotient (Aras Kepintaran)
Cara merangsang IQ ialah dengan membaca, berfikir, bertanya, belajar bahasa baru, merangsang otak secara bersepadu, makanan seimbang, riadah, supplement, latihan minda, mencuci hati & minda, doa perangsang minda.

2) EQ = Emotional Quotient (Kemantapan Emosi) - Daniel Goldman
Cara merangsang EQ ialah menjaga ibadah & doa, mengenal diri, kenalpasti kelemahan & masalah, cuci hati, perbaiki hubungan, berkawan dengan orang yang positif, sentiasa ceria & bersemangat, kawal emosi seperti marah, takut, hiba, bingung, kecewa dsbnya. Buang sifat sombong, bongkak, takabur, malas, lalai dsbnya serta cari guru atau mentor.

3) SQ = Religious Quotient (Aras Kesolehan) - Imam Al-Ghazali
Cara merangsang SQ ialah solat fardhu, istighfar & zikir, solat taubat, hajat, istikharah, solat isyrak & dhuha, solat tahajjud, membaca Al-Quran/kitab setiap hari, menghidupkan sunnah-sunnah harian, bersedekah, puasa sunat, menjalan kegiatan dakwah, mengajar ilmu agama.

4) RQ = Relational Quotient (Kemahiran Hubungan Kemanusiaan)
Cara merangsang RQ ialah menolong orang, maafkan orang, doakan orang, bahagiakan orang, belajar "membaca" orang, sentiasa mendengar dengan teliti, bentuk sikap positif terhadap persahabatan, belajar bersopan santun dan berbudi bahasa, sentiasa cari kawan baru, cari peluang untuk berinteraksi & mengukuhkan hubungan, pecahkan tembok pemisah dikalangan kawan, rawat konflik atau salah faham dengan orang lain.

5) PQ = Physical Quotient (Kepintaran fizikal, amalan & penampilan) - Tony Buzan
Cara merangsang PQ ialah belajar skill baru, jaga penampilan, pilih warna sesuai, perbaiki amalan, jaga DVD (diet, vit & drug), jaga riadah, perbaiki "posture", rehat yang cukup, rangsang kehebatan deria anda.

6) AQ = Adversity Quotient (Aras Ketabahan Hadapi Ujian) - Paul G. Stoltz
Cara rangsang AQ ialah menukar paradigma iaitu setiap musibah ada hikmah yang tersembunyi, solat taubat, istighfar, solat hajat, & istikharah setiap malam, berdoa minta hindar & selesaikan musibah, yakin bahawa Allah SWT uji setakat kemampuan kita, muhasabah & perbaiki diri sepanjang masa, buat rangka tindakan baru, lihat orang lain yang lebih sengsara, cari kumpulan sokongan, sentiasa cuci hati, eratkan silaturrahim, ambil masa 3 R (Rehat, Rawat, Recharge), baca Al-Quran/Kitab agama, minta nasihat daripada pakar.

7) MQ = Motivation Quotient (Aras Motivasi & Semangat Survival)
Cara merangsang MQ ialah doa berterusan, maafkan orang, cari butang hijau, buat apapun sebaik mungkin, programkan minda, rangsang orang lain, lakukan dengan ikhlas & ceria, semangat sama-sama berjaya, temui cinta sejati, peka survival bangsa.

8) VQ = Verbal Quotient (Aras Kepintaran Mengungkap Kata)
Cara merangsang VQ ialah murnikan hati, positifkan minda, sedar bahawa kata-kata itu doa, gunakan kata-kata yang merangsang minda, programkan minda untuk sentiasa positif.

9) LQ = Loyalty Quotient (Aras Kesetiaan)
Cara merangsang LQ ialah taati Allah SWT, sayangi diri, sayangi keluarga, sayangi kawan, sayangi organisasi, sayangi negara (bangga menjadi rakyat Malaysia), sayangi dunia & persekitaran.

10) BQ = Balance Quotient (Aras Keseimbangan)
Cara rangsang BQ ialah membentuk sinergi antara : peribadi, rumahtangga, kerjaya & masyarakat/dunia.

Tuesday, 2 December 2008

HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Di pagi 1 Syawal 1429, bangi perdana

Tahun 2008 kami sekeluarga beraya di bangi perdana, Bandar Baru Bangi. Raya tahun ini meriah kerana saya dan jept merayakan hari yang mulia ini dengan kedatangan orang baru dalam keluarga kami iaitu Ahmadenijad Al-Harits ketika itu berusia 2 bulan 20 hari.
Selepas berkahwin, kami merayakan hari raya Aidilfitri 2 tahun berturut-turut di Sarawak. Tahun ini beraya di Semenanjung, seronok dan meriah juga, walaupun tidak sehebat di Sarawak. Menu di pagi raya ialah, nasi dagang berlaukkan ikan tongkol, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Memang sedaplah menu di pagi raya nie. Selesai sesi makan, sesi bergambar di kedai gambar di bandar baru bangi. Wah! ramai sungguh orang menunggu giliran nak bergambar sebagai kenangan di pagi raya tahun nie, penat juga menunggu sampaikan anak-anak saudara dah penat dan tertidur...kesian.

Masjid Wilayah Persekutuan

Selepas sesi bergambar kami berkunjung ke rumah abang long. Abang long mengadakan majlis rumah terbuka, menu pula nasi tomato, wauuu!!! memang best laaa...
Selesai acara makan-makan, kami sekeluarga bersama mak dan ipar duai pergi menunaikan solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan. Memandangkan rumah abang long berhampiran masjid ini, kami mengambil keputusan untuk kesini.
Masjid Wilayah Persekutuan terletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan ia menjadi mercu tanda di ibu negara dengan kos pembinaan masjid adalah RM 255 Juta. Mula dibina pada tahun 1997 dan siap digunakan pada 25 Oktober 2000. Namun pembinaan masjid dilaksanakan pada 15 Mac 1996 dan disiapkan pada 30 Ogos 2000.Masjid ini menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki. Reka bentuk senibina dan hiasan dalamannya dikombinasikan daripada rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.
Masjid ini dapat menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi dengan keluasan seluas 13.4 hektar (33 ekar) di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan.Cadangan pembangunan masjid ini telah diilhamkan oleh bekas YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Sebuah projek Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diberikan status sebagai Masjid Negeri. Masjid ini telah diserahmilik kepada pihak JAWI pada 1 September 2000 dan solat Jumaat yang pertama pada 27 Oktober 2000.