IKLAN

Thursday, 25 June 2009

AhMaDeNiJad 11 BuLaN, 2009

Pada 10 Jun 2009 (Rabu), genaplah Ahmadenijad 11 Bulan. Waktu ini iaitu ketika usia Ahmadenijad masuk ke 11 bulan, saya sedang bercuti selama 3 minggu bermula dari 30 Mei 2009 sehingga 21 Jun 2009.Ketika usia ini, Ahmadenijad sudah pandai berjalan laju dan pergerakannya berjalan semakin mantap. Malahan, dia juga sudah semakin mengerti apa yang dituturkan dan memahami apa yang diarahkan.


Tengok laa Ahmadenijad ni, pandai nyer laa menggunakan kakinya untuk mengambil botol tuu

Ahmadenijad juga sudah mengenali namanya. Apabila disebut "Siapa Ahmadenijad", maka ahmadenijad pun akan angkat tangannya.

Ketika usia 11 bulan pada 10 Jun 2009

Ahmadenijad juga suka tengok 'bird' dan sudah pandai menyebut 'bird' serta menyebut 'cat'. Ahmadenijad suka tengok 'cat' tetapi dia takut dengan haiwan jinak nie. Pernah suatu ketika di awal pagi, kucing masuk ke rumah kami. Saya ketika itu di dapur dan terdengar Ahmadenijad menyebut 'cat...cat...cat' , saya ingatkan apa hal, rupa-rupanya Ahmadenijad ternampak kucing yang sudah berada di ruang meja makan di dapur. Saya pun mengeluarkan kucing tersebut dari rumah.

Burung merpati yang berterbangan...Ahmadenijad suka tengok burung-burung nie

Ahmadenijad leka tengok burung merpati sampai mendongak ke langit


Kalau dinyanyikan lagu 'twinkle twinkle little star' dan 'tepuk amai-amai' memang dia suka sangat dan akan menggerakkan tangannya seperti kerdipan bintang dan akan tepuk tangan bila dengar lagu 'tepuk amai-amai. Ahmadenijad juga ketika usia ini sudah pandai menyebut banyak perkataan yang mudah diingatinya seperti abah, ayah, mak, dan nama rakan-rakannya serta beberapa perkataan lain seperti cat dan bird. Sedihnyer, Ahmadenijad tak pandai nak sebut 'ummi' laaa pulak.

Gambar nie ketika usia Ahmadenijad 11 bulan (10 Jun 2009). Kena kandang kat dalam katil dia, sebab ummi tak larat nak kejar dia bermain. Tapi kejap jer duduk kat dalam tu, lepas tu menangis laaa dia nak keluar.

Ahmadenijad Al-Harits Balik Sarawak

Flight kami pada 19 Jun 2009 iaitu hari Jumaat, penerbangan MH pada jam 8.45 pagi. Seawal jam 3.30 pagi dah bangun kerana Ahmadenijad menangis kerana pampersnya dah basah. Saya pun tak lena tidur kerana dah terjaga, lagipun memang dah bunyikan jam loceng pada jam 4 pagi. Ahmadenijad masih tidur selepas ditukarkan pampers, mengantuk sangat la tu. Jam 4.45 pagi kami bertolak menuju ke rumah mie di Nilai dan terus ke KLIA. Sesampai disana, kami terus check-in dan kemudian sarapan disana.

Tengok laaa Ahmadenijad nie, berdukung jer ngan ummi, tapi kalau dilepaskan dia akan berlari-lari kemana jua dia suka sampai laaa kita tak terkejar dia...

Bergambar dulu sebelum minum...di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 


Kesian Ahmadenijad...teringin kot sebab tengok jer ummi dia minum.


Suka sangat Ahmadenijad bila dilepaskan berjalan-jalan. Ahmadenijad yang berusia 11 bulan 9  hari ( 19 Jun 2009 )
Semasa di dalam flight, Ahmadenijad dah tertido sejak awal lagi. Oleh itu, tak laa susah sangat nak layan karenah si kecil nie. Lama juga Ahmadenijad tidur, dah nak dekat mendarat barulah dia bangun. Jadi ummi dan abah dapat makan dengan tenang tanpa gangguan dari si kecil nie.

Hari ini (Jumaat : 19 Jun 2009) kami pergi ke Kem Semenggo untuk mengambil kunci rumah saya dan diberikan rumah di Blok G3 tingkat 2. Apabila dah selesai mengenai urusan rumah untuk praktikum di Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kem Semengo, kami pun membersihkan rumah tersebut pada keesokkannya iaitu pada hari Sabtu. Pada hari Ahad, kami telah berpindah kesana dan membeli perkakas rumah di pasar batu 7.

Ahmadenijad dan rakan-rakan barunya.
Pada hari Isnin, Hospital Awam Kuching menelefon saya dan memaklumkan flight yang kami naiki pada hari Jumaat : 19 Jun 2009 telah dikenalpasti ada seorang yang telah disahkan penyakit H1N1. Pihak hospital memaklumkan bahawa, sekiranya ada tanda-tanda selsema, batuk-batuk sila datang ke hospital atau klinik-klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. Alamak...terkejut jugak laa bila diberitahu perkara sedemikian, tapi bertawakal laa supaya kami sekeluarga dari penyakit tersebut dan sihat walafiat sejahtera atas kehendak-Nya.

Nampak gigi Ahmadenijad...1 di atas dan 1 di bawah

Ahmadenijad gembira sangat bila dapat bermain dan berlari-lari di kawasan kedai di 'India Street, Kuching'.

Garangnya muka Ahmadenijad nie...
Ahmadenijad dan abah akan berangkat semula ke KL pada hari Rabu : 24 Jun 2009. Flight Ahmadenijad dan abahnya sebelah petang jam 6.15 petang.

Ahmadenijad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Wednesday, 17 June 2009

PeRcUTiAn Ke CaMeRoN HiGhLands

Percutian kami sekeluarga ialah ke Cameron Highlands pada 15 Mei 2009 sehingga 17 Mei 2009. Bertolak dari Bangi jam 6.45 pagi, bercadang nak bertolak jam 5.30 pagi tetapi terlena la pulak, jadi bertolak lewat sikit laaa... Sebelum tu juga kami singgah sebentar kerumah rakan suami di kawasan shopping complex mines.Semasa dalam perjalanan keadaan jalan sudah mulai sesak, sesak sangat area mines nie. Suami pun bercadang menggunakan jalan yang lain. Sementara kami menempuh jalan yang sesak, kami berhenti rehat dan bersarapan dahulu.


Petang (4.30 pm) jalan-jalan di sekitar Brinchang selepas pergi makan tadi. Kami berhenti kat sini sebab Ahmadenijad suka tengok burung merpati yang ada disekitar kereta yang warnanya sama macam baju saya tuuu...

Perjalanan ke Tapah selesa kerana kenderaan tidak sesak, maklumlah bukan hari cuti atau hujung minggu. Kami singgah sebentar di hentian Tapah, kami juga menggunakan jalan masuk ke Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands. Menggunakan jalan nie lebih selesa dari jalan lama yang sempit dan bengkang-bengkok. Kami tiba di Hotel Rossa Passadena di Brinchang dalam lingkungan 2.30 petang dan terus 'check in'. Ahmadenijad suka sangat sebab dah sampai, berlari-lari di dalam bilik hotel. Kami rehat sekejap dan terus keluar untuk makan tengah hari. Dah petang baru nak makan tengah hari. Selepas makan, jalan-jala disekitar kawasan pasar Brinchang. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya dan tak sempat kami nak balik ke hotel. Kami berteduh di kawasan perhentian teksi yang berhampiran dengan jalan utama dan duduk melepak di situ. Apabila hujan teduh, kami bergegas ke 'CT CRAFT' Cameron Highlands yang tidak jauh dari tempat kami berteduh tadi.


Ct Craft Cameron Highlands, kami singgah menjenguk seketika di sini dan membeli 2 biji bola berbentuk strawberry...ketika nie hujan lebat, kami terkandas dan kena laa berteduh di luar kedai nie sampai Ahmadenijad tertido dengan lenanya dipangkuan abah dia.

Malam pertama di Cameron, kami beli makanan di KFC, Niejad dah ngantuk tuu...tapi bila tengok ada rakan-rakan sebaya dia, seronok laa dia...

Pada 16 Mei 09 (Selasa), pagi ini sekitar jam 9.45 pagi selepas sarapan dihotel kami berjalan-jalandi Taman Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands di Tanah Rata. Seronok pergi ke sini, walaupun kami dah banyak kali datang ke Cameron, suka masuk ke sini untuk melihat taman-taman yang indah dengan bunga-bunga yang cantik-cantik. Buat Ahmadenijad, ini merupakan kali pertama dia berkunjung ke Cameron Highlands. Masuk ke sini hanya dikenakan bayaran RM3 sahaja seorang sahaja.

Pintu hadapan untuk membeli tiket di Taman Agrotechnology Park Mardi CH

Cantik dan harum sangat bau bunga ros nie...Ahmadenijad kat belakang tuu baru bangun dari tido, tu yang monyok jer mukanyer
Kawasan 'Taman Ros' yang terdapat di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Tengok laa Ahmadenijad suka tengok bunga-bunga yang berada ditepinya.

Landskap yang menarik di kawasan Agrotechnology Park Mardi CH

Malam kedua, kami keluar untuk pergi makan, sebelum tu kami jalan-jalan dulu disekitar kedai-kedai di Brincahang. Ada laa sedikit membeli baju-baju di kedai tersebut. Kami makan di Restoran berdekatan dengan hotel penginapan kami, lamanyer laa kami menunggu hidangan kami sampai sebab tukang masaknya sorang jer katanya. Jadi orang restoran tu bagi tau awal-awalnya makanan lambat sikit siap, tapi tak per laaa ok jerr boleh lepak-lepak sambil mengambil angin segar di CH nie. Tapi malam nie sejuk nyer laaa, semasa dok kat restoran tu pun dah sejuk sangat...

Keesokannya selepas sarapan, jalan-jalan di pasar Brinchang dan kemudian kami pergi membeli ubi keledek. Selepas itu, bersiap-siap dan kemas barang maka kami balik ke Bangi semula...

Tuesday, 2 June 2009

CuTi SeKoLaH BuLaN JuN 2009

Cuti sekolah bermula lagi, seronoknyer kami dapat cuti 3 minggu.. bermula pada 30 Mei 2009 sehingga 21 Jun 2009. 22 Jun 2009 dah bermula praktikum di Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kem Semenggo.

Anak buah sepupu saya semasa di Kuching, di rumah abang Ujang di Matang Baru.

Saya balik ke Bangi pada 31 Mei 2009, penerbangan pada jam 1355 (AK2057) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiba di LCCT pada jam 3.30 petang, awal 15 minit dari yang dijadualkan. Nampaknya sekarang penerbangan Air Asia makin bagus, kami dimaklumkan oleh anak kapal bahawa penerbangan pada petang itu tiba awal 15 minit dari yang dijangkan.

Comel nyer baby nie, Haikal dan Azie

Kami pelajar di IPGM diarahkan mengosongkan bilik pada hari Sabtu (30 Mei 2009), awal pagi saya dah bersiap mengemas barang-barang. Pagi tadi jam hampir 4 pagi bangun dan kemas-kemas barang. Jam 9.30 pagi, kak ani dan zainal datang ambil saya di IPGM dan saya bermalam di rumah kak ani di Matang Baru. Petang sabtu kami pergi ke pasaraya e-Mart yang baru juga dibuka, barang-barang kat sini memang harga berbaloi laaa. Saya dimaklumkan semasa baru-baru dibuka, gula pasir pun dijual pada harga RM 1 sekilo dan setiap individu hanya dibenarkan membeli 2 kg sahaja, barang-barang lain pun murah jugak.



Balik dari pasaraya E-Mart, bermulalah acara BBQ ayam, inilah ayam yang kami panggang.

Keesokkannya hari Ahad, kami pergi ke Pasar Minggu yang terletak di Satok, berhadapan dengan Bangunan Wisma Satok. Jam 12.30 tengah hari, bertolak ke airport...masa untuk balik dan berjumpa dengan AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs. Flight (AK2057) pada jam 1335 petang.


Ahmadenijad berusia 10 bulan 21 hari pada 31 Mei 2009 (Ahad)


Ahmadenijad bersama hadiah yang ummi bawa dari Kuching. Permainan macam laptop kecil yang boleh bersuara dan ada lagu tuu..kejap jer dah hancur oleh Ahmadenijad. Diduduknyer permainan tu memang lunyai laaa....kasut tu pun hadiah untuk Ahmadenijad.





Ahmadenijad dah mandi petang...dah wangi... (berusia 10 bulan 21 hari). Mata dia tu lebam sebab jatuh dari katil dan terlanggar meja sisi di tepi katil. Kesian...abah dia tak sempat nak tangkap dia dah terjatuh bergoleng-goleng...

PeRaYaaN HaRi GuRu, IPGM, KaMpUs BaTu LiNtAnG, 2009

Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahun untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru. Di IPGM, Kampus Batu Lintang, perayaan hari guru dibuat pada 29 Mei 2009 ( Jumaat ) secara besar-besaran di Dewan TAZA dan perkarangan Dewan TAZA. Pada paginya jam 7.30 pagi kami telah diarahkan berkumpul di Dewan TAZA, pelbagai acara diadakan di majlis tersebut seperti pembacaan sajak, pelbagai hadiah penghargaan dan sebagainya.

Perasmian Hari Guru 2009 yang bertemakan 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'.

Di dalam Dewan TAZA

Sejurus acara di dalam Dewan TAZA tamat, kami dijemput makan hidangan yang disediakan oleh setiap kumpulan guru-guru pelatih di IPGM ini. Pelbagai menu dihidangkan disetiap khemah. Kumpulan KPLI PJ menghidangkan air minuman sejuk, kami tempah kat cafe jer...

Bergambar bersama pensyarah kami iaitu Cikgu Lucy, Cikgu Amy dan En. Andrew

Bergambar bersama pensyarah yang mengajar kami Pendidikan Kesihatan dan juga tutor kami iaitu Cikgu Dana Raja

Bersama pensyarah kami iaitu Cikgu Mano yang mengajar Ilmu Pendidikan

Bersama pensyarah kami iaitu Cikgu Lucy, Cikgu Puspha dan Cikgu Kira

Dari kiri: Meria, Jeana, Suryani, Teresa, Dolly, Desmond, Bahar, Cikgu Mano, Cikgu Amy, Rusbeh, Hassanel, Norazlin dan saya. Bersantai di luar Dewan Taza dan bergambar bersama Pensyarah kami iaitu Cikgu Amy dan Cikgu Mano

Petangnya pula ada larian jagathon diadakan pada jam 2 petang. Saya turut berlari untuk jagathon tersebut. Sebelum berlari kami 'warming up' dulu dipadang IPGM dengan senamrobik di bawah cahaya matahari yang cukup terik, tetapi cukup menyeronokkan kerana pelbagai rentak lagu dimainkan ketika senamrobik tadi, termasuk lagu-lagu bollywood.

Malamnya pula ada jamuan untuk semua warga kampus termasuk semua para guru pelatih. Wahhh!!!! makan besar...macam-macam ada sampai tak terlarat nak makan. Lagipun tak ramai guru pelatih yang datang kerana ramai yang dah balik ke kampung, maklum laaa, esok kan dah mula cuti sekolah untuk IPGM, kampus Batu Lintang selama 3 minggu tuuuu....

Kertas surat kabar lama yang telah dijadikan seperti bongkah-bongkah ini akan dinyalakan dengan api dan ianya akan terbang ke udara serta begitu menarik sekali dengan cahanya apinya

Sepatutnya pada malam tersebut, guru pelatih diberikan kopun untuk mengambil makanan tetapi memandangkan tak ramai yang hadir, jadi ambil jer makanan dan tak perlu kopun. Kalau kami guna kopun tu pun tak terhabis kopun tu kami gunakan kerana yang hadir pada malam tu sikit sangat untuk group PJK laaa...group lain pun sama jugak.

Setelah puas kami bertiga makan makanan yang dihidangkan, duduk bersantai sambil mendengar lagu karaoke dan juga majlis penyampaian hadiah.

Malam ini juga diadakan karaoke dan majlis penyampaian hadiah untuk acara jogathon. Malam ini juga diumumkan pensyarah yang paling glamour dan mendapat undian yang tertinggi dari guru pelatih di IPGM, Kampus Batu Lintang yang telah dimenangi oleh Ustaz Mahadi...TAHNIAH.


Ustaz Mahadi yang dinobatkan sebagai pensyarah paling glamour tahun 2009 memberi kata-kata aluan di atas kemenangan beliau.

Selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia, kepada guru-guru di IPGM, Kampus Batu Lintang terima kasih di atas segala ilmu yang telah diajarkan kepada kami. Jasamu dikenang