IKLAN

Thursday, 30 July 2009

PPIM, MEMBUAT ROTI LILIT

RoTi LiLiT



Pelajar bersama 'ROTI LILIT' yang telah sedia dimasak, tunggu nak dimakan jer lagi...

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kem Semengo telah mengadakan aktiviti membuat ' Roti Lilit '. Aktiviti tersebut begitu menarik sekali dan pelajar-pelajar SKMJDI juga berasa seronok melakukan aktiviti tersebut.

Pelajar mencampurkan kesemua bahan-bahan dan diuli sehingga menjadi doh...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti lilit ialah:


* Tepung gandum
* Sedikit garam
* Sedikit gula
* Air secukupnya
* Bilah satay


Bahan-bahan ini diadunkan bersama dan diuli sehingga menjadi doh. Setelah itu, doh tersebut dibahagikan kepada saiz yang lebih kecil dan digentel sehingga panjang dan bolehlah dililitkan pada bilah satay.

Seronoknyer pelajar-pelajar nie menguli tepung...
'Roti Lilit' yang telah sedia untuk dibakar.

Setelah siap kesemua roti lilit tadi pun sedia untuk dibakar. Pelajar telah keluar dari kelas 5 Bestari dan mencari ranting-ranting serta kayu untuk dibakar dan dijadikan unggun api. Kegunaan unggun api ini adalah untuk membakar roti lilit. Pelajar tidak digalakkan terus membakar roti lilit ketika api sedang marak membakar ranting dan kayu kerana ini akan menyebabkan roti lilit tersebut akan hangus terbakar.



Pelajar sedang membakar 'roti lilit', rentung bilah satay tuuuu dijilat api...hehe...hee..



Tak sabar pelajar-pelajar nie nak merasa 'roti lilit' yang dibuat oleh mereka...



Inilah hasilnya...roti lilit nie terhangus sikit laaa...tapi sedap dan boleh tahan jugak laaa rasanyer.

Pelajar membuat unggun api dengan bantuan serta pemantauan oleh guru. Pelajar juga begitu rajin mencari ranting dan kayu untuk dijadikan unggun api. Tujuan aktiviti membuat dan memasak roti lilit ialah sebagai persediaan untuk menghadapi hari perkhemahan yang akan dianjurkan oleh sekolah. Resepi roti lilit ini adalah sangat sesuai untuk dimasak semasa perkhemahan para pelajar nanti.




Bukan main lain gayanya sedang menjamu selera 'roti lilit'. Pelajar mengadu kepada saya "Cikgu...sedap la roti lilit nie..ada rasa manis-manis...nak buat lagi laaa". Tunggu perkhemahan nanti buat roti lilit yer.

Wednesday, 29 July 2009

Kursus Dalam Perkhidmatan

Kursus diadakan di Dewan SKMJDI, Kem Semenggo, Kuching pada jam 2 petang. Kursus dalam perkhidmatan ini mengajar cara penggunaan power point di dalam P&P. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Tiong.

Antara slide power point yang diajar kepada guru-guru yang hadir.

Guru-guru yang menghadiri kursus 'power point'.

Pelbagai ilmu tentang penggunaan power point untuk pengajaran & pembelajaran di kelas.

Gambar dari komputer saya...

Tak banyak yang nak diceritakan sebab kebanyakkannya ramai yang tahu menggunakan power point : )

Tuesday, 28 July 2009

SiApA BoTaK Nie?

RaMbUt AhMaDeNiJaD...

Gambar ketika Ahmadenijad berusia 10 bulan 22 hari pada 1 jun 2009

Sebelum Ahmadenijad mengguntingkan rambutnya yang ikal mayang nie...


Pada pagi 26 Julai 2009, bawa Ahmadenijad ke kedai rambut untuk potong rambut dia yang dah panjang. Memang laaa sayang rasanya nak potong rambut dia yang ikal mayang tuuu... tapi terpaksa juga laaa.



Tengok laaa muka Ahmadenijad nie...masam jer muka nyer.


Semasa digunting rambutnya, Ahmadenijad tak menangis pun dan tidak juga senyum. Agaknya kenapa laaa rambutku dipotong sebegini pendek...


Tengok lah muka dia masam jer...kesian rambut dia kena gunting pendek.



Selepas guntig rambut, keadaan Ahmadenijad semakin ceria di rumah berbanding semasa diguntingkan rambutnya tadi.


Selepas digunting memang berbeza laa muka Ahmadenijad nie. Bila sampai rumah, makcik Ahmadenijad pun tanya laa kat Ahmadenijad " mana rambut Niejad", dia pun pegang-pegang kepala sambil menepuk-nepuk kepalanya sambil tersenyum riang dan pelik juga kot sebab dah tak der rambut.

Gembira jer Ahmadenijad...


Seronok Ahmadenijad bermain dengan menggayakan rambut barunya tu...


Ahmadenijad dah tidoooo...

Penat bermain Ahmadenijad pun baring-baring dan ummi pun gosok-gosok & urut-urut belakang Ahmadenijad. Tengok-tengok dia dah tertidur...Semasa saya nak balik ke Kuching tak sempat tengok dia bermain-main, sebab dia baru jer tido. Tunggu cuti sekolah pada 22 Ogos 2009 nanti ummi akan balik semula ke bangi dan jumpa dengan Ahmadenijad.

Monday, 27 July 2009

JaLaN-JaLaN di KuALa LuMpUR

AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs & KLCC

AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs dan abah di KLCC

Pada 25 Julai kami berjalan-jalan ke Jalan TAR, KLCC dan pergi menghadiri majlis perkahwinan anak kak Mazia (sepupu suami) iaitu Zulhelmi dengan pasangannya Allia di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat.

'Laman Tunku Abdul Rahman' yang berada di belakang saya dan Ahmadenijad nie ialah tandas...cantik sangat tandas nie dan bersih.Nak masuk kena bayar dulu yer...

AhMaDeNiJaD bersama ummi dan abah bertolak awal pagi sekitar jam 8.30 pagi dan sampai di Jalan TAR, saya pergi ke Mydin, dan pergi ke Gedung Kain Jakel untuk membeli kain nak dibuat baju raya. Beli 3 pasang jer kain kat sini, dan terus ke kedai kain Nagoya. Kat sini lebih banyak kain yang menarik perhatian saya dan apa lagi borong kain lagi laaa. Tema warna untuk raya nie, warna unggu.

AhMaDeNiJad AL-HaRiTs di Kuala Lumpur City Centre (KLCC)


Selepas itu pergi ke Kuala Kumpur City Centre (KLCC), tujuan ke sini ialah nak pergi ke pusat Maxis nak 'phone setting' untuk telefon baru saya pemberian daripada suami untuk hari jadi saya yang lalu.
Sukanyer laaa Ahmadenijad bila ummi bawa dia ditengah-tengah pancutan air nie...gelap la pulak gambar nyer...


Ahmadenijad suka sangat tengok air pancut yang ada dihadapan KLCC...siap tunjuk ke arah air tu lagi...


Menjamu selera di KLCC...

Dihadapan pintu masuk ke Petrosains, KLCC. Setakat bergambar kat depan nie jer...tak masuk dalam pun...Ahmadenijad sedang lena dibuai mimpi..hehe..hehe..


Selepas berjalan ke kawasan KLCC, kami pun pergi ke Keramat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kak maziah (kak maziah sepupu kepada suami saya). Selamat pengantin baru buat Zulhilmi dan pasangannya Allia.

Ahmadenijad & Abang Ajik (sepupu kepada Ahmadenijad), sedondon baju mereka berdua nie...

Majlis perkahwinan mempelai ini diadakan di Dewan MPAJ AU 2, Jalan AU2A, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Lauk-pauk memang best...biasa laa kak mazia nie catering...memang masakan dia best laaa... Masa saya buat majlis perkahwinan di Bangi pun guna kak mazia catering...tengok laa makanan saya tuuu, dalam pinggan tu sampai tak nampak nasi sebab penuh ngan lauk...kui..kuii

Ahmadenijad dah tunjuk muka boring dia...balik jer dari majlis nie...masuk jer dalam kereta...baru jalan dalam 5 minit...Ahmadenijad dah muntah, habis baju ummi kotor. Kami pun berhenti kat masjid berhampiran dengan dewan perkahwinan tadi dan basuh Ahmadenijad. Petangnya juga terus bawa Ahmadenijad ke Hospital Az-Zaharah di Bandar Baru Bangi.

Ahmadenijad di Pusat Rawatan Az Zaharah...main kuda tiruan..heee.hee.

Sunday, 19 July 2009

GaMbAr-GaMbAr MeNaRiK Di CaMeRoN HiGhLaNds


CaMeRoN HiGhLaNdS, PaHaNg


Kebetulan semasa mengambil gambar nie ada pulak seekor lebah datang pada pokok bunga matahari nie.

Masih ada juga cerita pergi ke Cameron Highlands pada 15 Jun 2009 - 17 Jun 2009. Sekadar nak tepek gambar-gambar kat blog nie buat kenangan.










AhMaDeNiJaD duduk di tepi sebalik dinding bercermin, masa nie tengah sarapan pagi di hotel Rossa Passadenna.



Satu cerita menarik semasa membeli makanan pada malam pertama kami disana ialah cerita mengenai AhMaDeNiJaD. AhMaDeNiJaD duduk dalam stoller dia, datang la seorang budak perempuan yang berusia setahun 4 bulan dan pada masa itu, AhMaDeNiJaD baru berusia 11 bulan 5 hari. AhMaDeNiJaD memang suka kalau nampak rakan-rakan sebaya dengannya nie. Jadi AhMaDeNiJaD pun nak keluar laa dari stoller dia. Saya pun keluarkan laa AhMaDeNiJaD dan biarkan dia bermain dengan rakan barunya. Punya laaa seronoknyer dia.

Ummi & Abah AhMaDeNiJaD masa nie tengah makan kat restoran berhampiran hotel bersama AhMaDeNiJaD, AhMaDeNiJaD lak tidooo... Abah AhMaDeNiJaD belikan sarung tangan untuk AhMaDeNijad...bila bangun pagi AhMaDeNiJaD pun membelek-belek la tangan dia sebab pelik kot apasal laaa tangan aku nie berbelang-belang macam nie....hee...heee...heeee...



Satu cara AhMaDeNiJaD bila kita kata 'kiss' maka dia pun akan mencium laa kita. Saya pun kata la pada AhMaDeNiJaD, 'kiss kakak'. Rakan AhMaDeNiJaD yang baru dikenali tadi pun lari dan bersembunyi disebalik belakang ibunya. KENAPA YER...


Rupanya takut laaa dengan AhMaDeNiJaD sebab, AhMaDeNiJaD nie bila kita kata 'kiss' dia memang nak cium tapi mulutnya ternganga macam nak gigit jer. Maka, siapa yang tengok mestilah takut. Tapi masa nie AhMaDeNiJaD belum ada gigi lagi, baru nak tumbuh giginya...



Sekelompok bunga yang begitu cantik, tapi tak tau laaa apa nama bunga niee...

Saturday, 11 July 2009

10 JuLai 09 GeNaP SeTaHuN AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs

HaPpY BiRtHdAy : 10 JuLaI 2009
AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs BeRuSiA SeTaHuN


Pada 10 Julai 2009 genaplah setahun usia ahmadenijad al-harits anak kesayangan ummi dan abah. Tak terasa masa berlalu dengan pantasnya dan sudah setahun sejak saya melahirkan ahmadenijad. Seolah baru jer mengandungkan dan melahirkannya, cepat sungguh masa berlalu dan semakin membesar anak ummi nie.



Ketika artikel ini ditulis pada 11 Julai 2009, Ahmadenijad masih kurang sihat, tetapi saya dimaklumkan oleh suami yang Ahmadenijad tetap aktif. Dalam minggu ini juga dia disahkan oleh Doktor di Hospital Az-Zaharah di Bangi telah dijangkiti oleh virus penyakit kaki, kuku dan mulut. Pada peringkat awal badan Ahmadenijad ditumbuhi semacam penyakit campak (demam campak), suami pun membawa anak ke klinik, dan dikatakan campak dan diberikan ubat sapu. Sekali lagi dibawa ke klinik dan disahkan juga penyakit campak, kali ke3 pergi ke doktor di Hospital Az-Zaharah apabila terdapat ulser di dalam mulut Ahmadenijad dan Ahmadenijad dimaklumkan virus tersebut.


Ketika saya mengedit artikel ini juga, keadaannya semakin pulih tetapi seakan campak iaitu bintik-bintik merah semakin keluar dan kemungkinan ianya adalah campak. Tapi belum dipastikan kebenarannya dan mungkin ia masih lagi virus penyakit kaki, kuku dan mulut.

Semoga Ahmadenijad sembuh.