IKLAN

Sunday, 25 October 2009

SuKaN TARA IPGM, BaTu LiNtAnG, KuCHiNg : OKT 2009

Sukan TARA diadakan pada 21 Oktober 09 (Rabu) dan 22 Oktober 09 (Khamis) di Stadium Jubli, Kuching. Hari Rabu bermula pada jam 2 petang, di Stadium Jubli, dan acara pada hari ini lebih tertumpu kepada acara lompat tinggi & lontar peluru.

Hari Khamis pula, cuaca hujan dari pagi dan panas seketika pada waktu tengah hari dan hujan semula pada petangnya. Namun, acara tetap diteruskan walaupun cuaca hujan pada sebelah petangnya. Walaupun cuaca hujan, tetapi tetap meriah dengan sorakan dari penonton yang menyaksikan acara trek yang diadakan.

Tugas saya hanya tertumpu di bahagian pendaftaran peserta.



Antara hadiah-hadiah untuk para pemenang.

Monday, 12 October 2009

Program Pendidikan Kesihatan Pergigian

PrOgRaM PeNdIdIKaN KeSiHaTaN PeRgIgIaN

Program Pendidikan Kesihatan Pergigian berlangsung pada 12 Oktober 2009 (Isnin) sehingga 14 Oktober 2009 (Rabu) bertempat di Auditorium TAZA, IPGMKBL. Pendaftaran peserta diadakan pada hari Isnin seawal jam 8 pagi sehingga 8.30 pagi. Selepas itu, majlis dirasmikan oleh Dr. Chia Jit Chie (Pegawai Pergigian Bahagian Kuching). Selesai upacara perasmian dijalankan, bermulalah aktiviti mendengar pelbagai ceramah berkaitan dengan 'pergigian'.Antara ceramah yang disampaikan pada hari Isnin (12 Oktober 2009) ialah :

i) Taraf Kesihatan Mulut di Sekolah
ii) Jenis Fungsi Gigi dan Penjagaaniii) Masalah Kesihatan Pergigian dan Rawatan
iv) Peranan Guru Dalam Meningkatkan Tahap Mulut Kanak-kanak Istimewa
v) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBBS)

Pada 13 Oktober 2009 (Selasa), pada jam 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi acara 'Demonstrasi Amali Memberus Gigi' diadakan. Semua bakal guru diajar cara memberus gigi dengan betul oleh jururawat. Tak sangka dah dewasa macam nie ada lagi kena ajar cara memberus gigi...teringat di awal usia tadika dan sekolah rendah kita diajar untuk memberus gigi dengan betul...hehehee dan yang paling seronok ialah apabila bakal guru diberikan ubat dan berus gigi percuma pada 14 Oktober 2009 (Rabu)...seronoknyer laaa. Pada pagi selasa kami hanya melihat demonstrasi oleh jururawat sahaja dan pada pagi rabunya, kami dikehendaki membuat latihan memberus gigi.

Lihat laaa gambar-gambar di bawah dengan pelbagai aksi dari rakanku yang sedang mempelajari cara untuk memberus gigi dengan betul...



Di tepi longkang...


Aksi-aksi peserta yang mengikuti 'Program Pendidikan Kesihatan Pergigian'.

Selesai 'Demonstrasi Amali Memberus Gigi', kami mendengar ceramah yang bertajuk :
i) Peranan PKHEM Dalam Promosi Kesihatan Mulut
ii) Peranan Guru Dalam Promosi Kesihatan Mulut di Sekolah

Selesai mendengar ceramah tersebut, kami mengikuti 'Pemeriksaan Pergigian yang dilakukan dibahagian ruang hadapan pintu masuk TAZA. Setiap daripada kami diberikan peluang untuk membuat pemeriksaan gigi dan kami diberikan nasihat oleh doktor gigi mengenai kerosakan gigi dan masalah gigi yang kami hadapi dan perlu tangani. Kami juga diberikan peluang untuk membuat temujanji dengan pihak klinik pergigian ini bagi yang menghadapi masalah berkaitan dengan gigi.

Pemeriksaan gigi oleh doktor gigi yang bertauliah.

Tekun mendengar ceramah...



Pada hari ketiga program ini iaitu pada 14 Oktober 2009 (Rabu) selesai membuat latihan memberus gigi, kami perlu membuat persediaan persembahan.

Persembahan dari kumpulan PJK


Acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang untuk acara persembahan yang disampaikan oleh

Sunday, 11 October 2009

KaRniVeL GeRkO SuKaN, IPBL 2009

Beratur dan ambil kedatangan sambil tuu sempat lagi berposing-posing nie..hehee
Karnival Gerko Sukan diadakan pada hari Rabu bersamaan dengan 7 Oktober 2009 untuk teori sahaja. Pada hari tersebut, kami mendengar taklimat dan ceramah dari pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Manakala pada 11 Oktober 2009 (Ahad), kami mengadakan Praktikal untuk Karnival Gerko Sukan yang berlangsung dari pagi pada jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Berkumpul di padang IGPM, Kampus Batu Lintang...mendengar taklimat daripada Puan Puspaleela Habibie Norlela Abdullah sebelum memeruskan permainaan untuk GERKO sukan pada pagi tersebut. Aktiviti senaman juga dilakukan pada pagi tersebut dan yang mengetuai senaman ialah beberapa orang pelajar dari Kumpulan PJ.

Ketika sibuk menyiapkan RPH untuk permainan BOLA JARING...

Untuk aktiviti pada hari Ahad, kami telah mengumpul wang sebanyak RM 4 seorang untuk pembelian hadiah dan minuman pada hari tersebut. Pada jam 8.00 pagi kami telah berkumpul di padang dan bersenam beramai-ramai. Selepas itu, kami diarahkan bergerak mengikut kumpulan Gerko masing-masing. Gerko saya ialah Bola Jaring, dan pagi ini ada seorang jurulatih yang berada di dalam kumpulan kami untuk menilai kami. Pagi ini acara dimulakan dengan membuat RPH (Rancangan Pengajaran Harian) untuk P&P (pengajaran & pembelajaran).n Saya membuat kemahiran " Hantaran Bawah Tangan" untuk RPH saya nanti. Ujian ini mengkehendaki setiap daripada kami membuat RPH dan mengajar berpandukan kepada RPH yang telah dirancang.

Guru yang membuat penilaian ke atas setiap RPH dan proses pengajaran & pembelajaran (P& P) yang dijalankan ke atas setiap individu. Setiap pelajar akan dinilai untuk 5 hingga 7 minit seorang. Rakan-rakan akan membantu pelajar yang akan dinilai dengan menjadi anak murid...hehee

Seronoknyer masa nie... : )

Inilah kumpulan untuk pasukan kami pada perlawanan petangnya ... MANTAPPP...

Saya yang berada di hujung sebelah kiri sekali, jadi 'C'...

Suka sangat gambar nie...sebab ader sesuatu yang unik antara kasut-kasut niee..cuba carik kelainan yang terdapat pada kasut-kasut inie...memang unik dan kreatif, terutamanya pada "TaLi KaSuTnYa"

Perlawanan bolang jaring pada petangnya memang menarik dan persaingan yang hebat antara setiap kumpulan. Walau bagaimanapun...memang seronok sangat bermain pada petang tersebut : )

Apasal lak peluk tiang nie...heheee

Bersama hadiah yang dimenangi untuk tempat ketiga...ok laa kan daripada tak dapat..heheee

Saturday, 10 October 2009

AhMaDeNiJaD GeNaP 15 BuLaN

Pada 10 Oktober 2009 bersamaan dengan 21 Syawal 1430H, genap Ahmadenijad 15 Bulan ( 1 tahun 3 bulan). Seronok melihat perkembangan dan pembesaran Ahmadenijad yang begitu pantas rasanya masa berlalu, apa lagi ada kalanya Ahamadenijad tiada di depan mata saya. Hanya ada ketikanya saya melihat perkembangan Ahmadenijad. Ahmadenijad lebih rapat bersama abahnya berbanding umminya. Namun, sekiranya saya ada bersama Ahmadenijad pasti manjanya lebih kepada saya berbanding dengan abahnya. Rindu kot kat ummi dia nie..hehee
Pada 16 Oktober 2009 (Jumaat) saya balik ke Bangi sempena esoknya Hari Deepavali. IPGM kami cuti pada hari Jumaat... so rugi laaa saya yang beli tiket hari jumaat, kan bagus beli tiket hari Khamis selepas habis kelas paginya... tak per laa nak buat macam mana bukan rezeki nak balik pada hari tersebut.



Tengok laaa apa yang terjadi kepada hidung Ahmadenijad nie...


Abah Ahmadenijad kata hidung dia macam 'Beruang', kesian Ahmadenijad. Inilah akibatnya suka sangat pada bola. Ceritanya begini, semasa Ahmadenijad gi ke rumah Anjang kat Seremban, Ahmadenijad nie bermain dengan sebiji bola. Sambil hendak mengambil bola yang terletak di jalan bertar dia pun menongggeng laaa nak mengambil bola tersebut....



Kesian tengok muka... hidung merah kuning..heeheee

Sayangnya laaa kannn, terlebih tonggeng terus tertonggeng ke depan bola dan hidung pun terus laaa mencium ke lantai jalan raya yang bertar. Terus laaa hidung nyer merah macam dalam gambar, tapi yang warna kuning tu adalah ubat untuk luka kat hidung Ahmadenijad. Luka tuu pun dah lama tapi asyik merah macam tuu jer sebab Ahmadenijad nie suka mengutil-ngutil luka dia tuuu...huuhuuu....kesian anak ummi.

Budak kecik nie nak gii sekolah...bawak beg... semoga jadi anak yang bijak dan pandai serta beramal soleh dan patuh kepada orang tua. Satu kegemaran Ahmadenijad ialah tengok buku, walaupun belum pandai membaca. Satu hari saya ajak Ahmadenijad duduk di kerusi sambil membacakan cerita dari sebuah buku. Ahmadenijad seronok dan duduk di sisi saya mendengar dengan penuh prihatan dan sekali-sekala dia bersuara dan jari kecilnya menunjuk ke arah gambar yang terdapat pada buku berkenaan. Walaupun tidak memahami apa yang diucapkan oleh Ahmadenijad tetapi kita selaku ummi kepadanya pasti memahami bahawa dia mendengar cerita yang disampaikan dan menunjukkan tindak balas terhadap apa yang disampaikan. Lama juga bacakan dia buku tuu..dan bertukar cerita ke buku yang lain. Sehinggalah sampai disatu tahap tanpa disedari si kecil comel nie telah terlentok disisi saya...rupanyer tido dah anak ummi nie.

Lepas Ahmadenijad terjaga dari tidurnya dia memanggil saya yang duduk dikerusi meja makan... "mak..mak..." suara Ahmadenijad memanggil saya. Ahmadenijad dah biasa memanggil mak, berbanding panggilan ummi. Maklumlah Ahmadenijad dijaga oleh Mak Ngah nya dan Ahmadenijad memanggil 'mak' kat Mak Ngah. Ahmadenijad kerap bersama ngan Mak Ngah nya berbanding ngan ummi dia, maklumlah ummi dok jauh... dan panggilan 'ummi' belum serasi dengan Ahmadenijad.

Saya yang sudah makan terus ke dapur untuk membasuh pinggan... dan Ahmadenijad terus melulu mengikut saya ke dapur dengan ditangannya membawa buku yang dibacakan oleh saya tadi. Baru saya perasan yang Ahmadenijad memanggil-manggil saya ketika makan tadi sambil membawa buku untuk menyuruh saya membacakan buku tersebut kepadanya. Saya pun berkata kepada Ahmadenijad " ok...nanti ummi bacakan cerita kat Niejad yer..Niejad dok luar dulu yer ummi basuh pinggan jap". Lesap dari penglihatan saya, Ahmadenijad dan melulu semula ke ruang tamu dikerusi. Selesai membasuh tangan selepas mencuci pinggan mangkuk saya pun keluar ke ruang tamu dan melihat aksi si kecik nie memegang buku sehingga menutupi mukanya seolah-olah membaca buku tersebut. Bila melihat aksi si kecik yang berusia genap 15 bulan pada 10 Oktober 2009 memang kelakar dan semoga Ahmadenijad menjadi seorang yang minat kepada buku...

Pada 18 Oktober balik semula ke Kuching, flight jam 3.15 petang di KLIA...


Pada 22 Oktober 2009 (Khamis) saya balik sekali lagi ke Bangi sebab hari Jumaat kami cuti lagi...cuti peristiwa. Pada 21 Oktober hingga 22 Oktober 2009, IPGM kami ada SUKAN TARA di Dewan Jubli, Kuching. Flight pada hari Khamis jam 7.10 petang, bergegas laaa dari Dewan Jubli ke Airport Antarabangsa Kuching.



Di Alamanda, Putrajaya


Ahmadenijad leka tengok air yang terdapat di Alamanda, Purtajaya

Alahai...pegang kedua-dua stereng kereta tuuu... kiranya tak rugi laa ummi dia suruh main kereta tuu..sebab Ahmadenijad nak pegang kedua-dua stereng kereta nie. Ummi letak dia suruh dok kat satu kerusi tapi tak nak dia nak dok kat tengah-tengah dan nak pegang kedua-dua stereng...ikut jer laaa kan asalkan dia bahagia..wawaaa

Suasana perayaan Deepavali masih terasa di Alamanda, Putrajaya dengan hiasan ini.


Hari Sabtu (24 Oktober 09), malamnya jalan-jalan ke 'CarBooat Sale' di Serdang...menarik jugak, sesiapa yang belum pernah gi kesana so aper lagi gi laaa jalan-jalan kat 'Car Booat Sale'...seronok mencuci mata.

Luka dihidung Ahmadenijad dah semakin sembuh.

Dapat permainan lego yang dibeli di Alamanda, Putrajaya. Ahmadenijad suka main lego nie, lagipun dia ni kalau main permainan lain, kejap jer dah lumat dibuatnya...


Diusia Ahmadenijad 15 bulan, banyak perkara baru yang diketahui olehnya. Sekarang disaat usianya nak masuk 16 bulan, Ahmadenijad tak suka sebut 'TATA' sebaliknya ucapan yang disebut ialah 'BYE'. Dia juga suka pandai ikut mengira dengan bantuan daripada orang dewasa. Apabila kita mengajar dia mengira, dia akan mengikut dan apabila sampai ke angka tiga jer dia akan terus menyebut angka yang seterunya iaitu empat.



Pada hari Ahad 25 Oktober 2009 dah balik semula ke Kuching. Ahmadenijad dan abah gi hantar ummi kat airport. Gambar kat atas tuu... Ahmadenijad hisap susu lepas penat belari-lari.

Friday, 2 October 2009

Kembalinya ke Rahmatullah - FAUZIAH ISMAIL -

AL-FATIHAH... Berita yang baru saya terima pagi semalam pada 1 Okt 2009 memaklumkan bahawa Fauziah Ismail atau lebih dikenali sebagai Gee telah kembali ke Rahmatullah. Sahabat baik semasa di Universiti, kami satu kuliah...satu pasukan ROTU...dan sama-sama mendapat KPLI, semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
"Apabila telah datang ajal mereka, tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukannya. " (Q.S. Yunus:49)