Saturday 29 May 2010

SaMbUtAn HaRi GuRu 2010 & HaRi UsAhAwAn MuDA

Guru-guru berarak dari pintu masuk sekolah dan disambut oleh murid-murid di kiri dan kanan jalan.

Sambutan hari guru diadakan pada 21 Mei 2010 (Jumaat). Hari tersebut sekolah satu sesi iaitu sebelah pagi sahaja. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan membuat kuih tradisional dan puding/agar-agar. Pelajar juga turut membuat persembahan pada hari tersebut dan pertukaran hadiah antara guru-guru juga diadakan.

Guru-guru juga mendapat banyak hadiah daripada anak murid. TERIMA KASIH yang tidak terhingga di atas pemberian hadiah tersebut.

Hadiah pemberian ikhlas dari anak murid...

Manakala, pada 22 Mei 2010 (Sabtu) pula diadakan 'dinner' di Dewan Cempaka, PKNS yang bertemakan pakaian berwarna merah, hitam dan putih. Wah! pada malam tersebut, cikgu-cikgu berpakaian cukup cantik dan menarik.


Suasana di dalam dewan yang penuh dengan warna-warni...


Mari bergambar beramai-ramai dengan tema hitam, merah dan putih...wouuu...

Acara cabutan bertuah juga turut menyerikan dan mendebarkan pada malam tersebut. Alhamdulillah, dapat jugak saya hadiah cabutan bertuah tersebut yang berupa set cawan. Malahan pengumuman queen, princess dan prince of the night juga turut menyerikan acara 'dinner' pada malam tersebut. Tahniah untuk pemenang.

Inilah lah gerai kami...ketika disebelah paginya.

Pada 31 Julai 2010 (Sabtu) , diadakan Hari Usahawan Muda disekolah. Meriah sungguh, inilah kali pertama saya mengikuti aktiviti ini. Walaupun penat bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk jualan, tetapi perasaan seronok itu telah menghilangkan segala kepenatan.


Persembahan silat yang dipertunjukkan pada acara pembukaan Hari Karnival Usahawan Muda, selain persembahan silat diadakan juga tarian dan nyanyian oleh murid-murid sekolah.

Saya digerai yang menjual makanan seperti mee hoon dan mee sup, mee kari, laksa penang, mee hoon dan maggie goreng, soto, nasi impit dan kuah kacang dan pelbagai menu kuih-muih, muffin, kek dan pelbagai lagi.Wah, banyaknya menu untuk gerai kami! Memang hebat... : ), terutamanya kepada chef dan pembantu-pembantu chef kami..heheee


Inilah sup yang dimasak oleh chef kami...menggelodak kepanasan...jatuh kat dalam tuu..fuhhh memang jadi bahan campuran untuk sup laaa..hehee

Jualan pada hari ini hanyalah menggunakan kopun dan kopun boleh dibeli dengan nilai RM10.00. Seronoknyer ialah, dengan pembelian kopun tersebut, kita akan beroleh nombor dan cabutan bertuah. Tapi tidak bertuah untuk saya kerana tidak memiliki nombor-nombor bertuah tersebut. Hadiah memang menarik, dari kecil hingga ke besar...macam-macam ader...heheee

Ahmadenijad dan abah di Karnival Usahawan Muda pada waktu pagi. Seronok Ahmadenijad tengok kakak dan abang menari ketika membuat persembahan pada hari tersebut. Gambar tersebut menunjukkan dikala Ahmadenijad dah boring dan ajak abah balik...Sebelah petangnya pun Ahmadenijad datang juga...

Sunday 9 May 2010

LaDaNg AnGGuR


Ladang Anggur di Malaysia yang kami lawati ialah di Labu, Sendaya, Negeri Sembilan pada 10 Mei 2010 (AHAD). Saya dan Ahmadenijad mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh JiranNita di kawasan perumahan, Bandar Baru Bangi. Awal pagi kami dah bertolak untuk menunggu bas sekolah yang terletak di surau BBB. Ketika di dalam bas, kami diberi sarapan mee hoon goreng, air mineral, biskut dan gula-gula. Kami menikmati hidangan yang diberikan dengan sungguh berselera sekali...memang sedap mee hoon nya : )

Ahmadenijad di tepi cermin dalam bas, macam tersepit jer muka dia...hehee


Kami tiba di Ladang Anggur lebih kurang pada jam 8.15 pagi, dan sebelum tuu, semua ahli rombongan bergambar bersama.

Selesai bergambar, kami pun pergi ke ladang anggur yang sedang berbuah lebat. Woouuuu...memang best tengok pokok-pokok anggur yang menjalar nie, berjuntai-juntai buahnya... Ahmadenijad siap possing lagi kononnyer macam nak makan laaa buah anggur tuu ..heheeeee . Namun, kami diingatkan oleh petugas di ladang tersebut agar tidak memetik buah anggur berkenaan.

Leka lak Ahmadenijad melihat buah anggur yang berjuntaian...

Lama juga kami berposing dan bergambar di ladang anggur dan kemudian kami bergerak pula ke tempat penjualan buah anggur. Di sini dijual buah anggur dengan harga RM11 sekilo, dan buah anggur nie tak der biji dan manis rasaya. Terdapat 2 warna iaitu hijau dan purple. Spesis aper anggurnya pun saya dah lupa walaupun telah dimaklumkan spesis anggur yang ditanam disitu.

Hasil anggur yang dipetik diletakkan dibangsal ini dan kami pun memilih anggur-anggur tersebut untuk ditimbang dan dibayar serta dimakan... :) tapi jangan lupa yer anggur-anggur yang dibeli tu perlu direndamkan dengan air garam dulu sebelum dimakan.


Ahmadenijad bukan main lagi...LAHAPPP sungguh bila makan buah anggur, katanya "emmm...sedap anggur...manis".


Lihatlah gaya Ahmadenijad nie...tak henti-henti dia nak makan anggur.

Selesai sudah kami di ladang anggur, kami bergerak ke Kompleks Taman Seni Budaya ( Muzium Negeri Sembilan ) pula. Kami singgah di sini pun tak lama, kejap jer. Saya turun dari bas dan pergi ke Kedai Cenderamata untuk mencuci mata mana la tau barang kali ader 'apa-apa barang yang menarik' ...hehee. Tempat nie memang cantik dengan senibina rumahnya yang unik iaitu dari segi seni bina di bahagian bumbungnya.

Kompleks Taman Seni Budaya (Muzium Negeri Sembilan )

Bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai 'Teratak Perpatih', merupakan contoh reka bentuk seni bina Minangkabau yang sangat istimewa dan menarik. Diperbuat daripada kayu dan struktur bumbungnya menyerupai tanduk kerbau. Bangunan ini menempatkan pameran kraftangan dan artifek-artifek sejarah penduduk tempatan. Di komplek ini juga ditempatkan dua buah bangunan iaitu 'Istana Ampang Tinggi' dan 'Rumah Tradisional Negeri Sembilan.

Kedai Cenderamata yang terletak berhampiran dengan Kompleks Taman Seni Budaya.


Ini pula 'Istana Ampang Tinggi', dan ia mempamerkan seni bina yang cukup unik dari segi ukiran-ukiran kayunya. Sejuk jer rasanya dok kat sini...

Disebabkan terlalu leka dengan keindahan 2 buah rumah iaitu 'Rumah tradisional N9 dan Istana Ampang Tinggi', saya dan Ajim (anak saudara) hampir tertinggal bas rombongan kami...tu laaa leka sangat bergambar sana sini, dah nak kena tinggal bas...hehee. Apa lagi, kami pun pecut laaa menuju ke bas.



PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...