Sunday 18 July 2010

AhMaDeNiJaD GeNaP 2 TaHuN, 2010


SeLaMaT HaRi LaHiR Ke-2 : AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs

Pada 10 Julai 2010 (Sabtu), merupakan hari lahir Ahmadenijad AL-Harits yang ke 2. Sekejap jer masa berlalu dan kini Ahmadenijad dah pun berusia 2 tahun. Keletahnyer bukan main lagi...bercakap memang dah pandai...pelatnyer pun kurang.


Ahmadenijad suka sangat bila mendengar lagu 'Happy Birthday' dinyanyikan untuk dia...reaksi mukanyer seolah-olah teruja gitu..hehehee... Beberapa kali Ahmadenijad meniup lilin yang terdapat di atas kek, namum hampa kerana tak juga padam. Tapi tiupan dari Ahmadenijad yang seterusnya dibantu oleh kak Lisa (cousin Ahmadenijad) tanpa pengetahuan Ahmadenijad akhirnya berjaya ;)


Ahmadenijad memotong kek hari jadinya...seronok betuiii dia.

Ahmadenijad memang suka mandi dari kecil lagi...bila masa untuk mandi, memang dia suka mandi lama-lama. Semua perkara dia nak buat sendiri, nak sabunkan badan, berus gigi, sabun rambut...semuanya hendak dilakukannya sendiri.

Tengok laaa aksi Ahmadenijad nie...tengah dia mandi dia panggil ummi dan abah tengok muka dia lak. Katanya "muka Jad putih" ...terjerit-jerit lak tuu bagi tau kat ummi dan abah. Bila ummi dan abah tengok, apa laa yang putih...rupanya muka dia diletaknyer buih-buih sabun...ermmm selamat laaa sabun tuuu khas untuk kanak-kanak dan tidak memedihkan mata, kalau tidak mesti meraung laaa sakit mata..heheee

Malahan, kalau nak makan pun dia nak suap sendiri. Sememangnya Ahmadenijad dah pandai menyuapkan nasi kemulutnya menggunakan sudu atau tangan dengan sendiri. Diperingkat awal, ummi dan abah ajar dia menyuapkan nasi kemulut, dan memerlukan pemantauan agar nasi tak tumpuh. Kini, Ahmadenijad sudah mahir untuk makan dengan sendirinya tanpa bantuan ummi lagi. Makanan kegemaran Ahmadenijad ialah sayur dan sejak dia hendak memasuki usia setahun 11 bulan, makanan kegemarannya juga ialah telur rebus dan keju. Nak makan telur rebus pun nak kopek sendiri kulit telur. Nampak jer telur dia nak ambil dan ketukkan kulit telur di dinding. Ahmadenijad nie mesti ingat semua telur dah sedia macam dimasak, sebab tu laa dia main ambik jer telur yang di dalam peti sejuk dan terus ketuk di dinding. Setakat nie, belum terjadi lagi telur yang mentah diketuknya sebab dah tahu perangai dia yang suka makan telur. Jadi, dalam peti tu hanya ada telur ayam yang dah direbus dan sedia untuk Ahmadenijad makan jer..yummmy...yummmy dan 'sedap telur' kata Ahmadenijad.

Ahmadenijad bermain bersama abg Amir (cousin Ahmadenijad).

Ahmadenijad juga suka sangat melompat dan bergambar. Perkara yang ummi malas sangat ialah bila ummi nak ambik gambar dia, dia pun possing laaa...lepas tuuu sibuk lak nak ambik gambar ummi pula...alahaiii mana boleh main-main ngan kamera ummi... : )


Suka sangat kalau dapat pakai baju Upin & Ipin nie... kalau nak tido lak nak pegang anak patung Upin & Ipin juga.


Dah besar anak ummi nie...dah 2 tahun : )

Sekarang nie Ahmadenijad dah pandai mengamuk kalau tak dibelikan barang mainan terutamanya kalau masa tuu dia memang ngantuk dan nak tido...memang buat perangai betuiii laaa. Tapi kalau mood dia ok jer, kita pujuk-pujuk dia ok jer tak der la nak beli pun.

Semoga menjadi anak yang soleh dan patuh kepada suruhan agama dan menghormati orang tua. Jangan suka buli abah dan ummi untuk beli barang mainan yer..huhuuu kopak duit dengan benda-benda yang tak berfaedah... ; )


Sunday 4 July 2010

Percutian di Swiss Garden & Spa, Kuantan

Perancangan untuk ke Kuantan, telah dirancang awal dan tempahan bilik juga telah dibuat. Perancangan awal, kami akan bertolak ke Kuantan pada hari Jumaat petang pada 25 Jun 2010. Tapi disaat akhir perancangan berubah kerana saya ada meeting pulak pada 26 Jun 2010. Maka, Abah dan Mak Tok kepada Ahmadenijad gi la terlebih dahulu dari kami memandangkan tempahan bilik telah dibuat. Terpaksa laaa...saya dan Ahmadenijad gi Kuantan pada hari Sabtu selepas saya habis meeting. Saya dan Ahmadenijad menumpang kereta kak teh sekeluarga.Sampai di Kuantan pun dah lewat petang.

Di Lobby Hotel dengan berlatar belakangkan penyanyi-penyanyi yang sedang buat persembahan.
Ahmadenijad terserempak dengan kakak-kakak penyanyi tuu yang sedang berehat dikerusi...dengan selambanyer laaa, anak ummi nie kata " ummi...kakak tak malu..ummi kakak tak malu..." disebutnya berulang-ulang kali..lantas dengan pantas saya membawa Ahamdenijad beredar dari situ. Bukan aper, kakak-kakak penyanyi tuu pakai baju terlalu seksi, anak ummi nie lak kalau tengok orang yang macam tuu..memang dia kata "tak malu"..heheee

Malamnya, kami tak bercadang pun nak keluar, hanya ingin menikmati alunan suara penyanyi-penyanyi yang membuat persembahan di Lobby Hotel. Lepas ambil gambar di sekitar Lobby Hotel yang berlatar-belakangkan penyanyi-penyanyi tersebut, tergerak lak nak pergi makan. Kami pun mencari laaa mana-mana gerai makan yang terdapat disekitar hotel berkenaan. Alahaiiii...gerai yang kami pilih amatlah teruk perkhidmatan yang diberikan, LEMBAB sangat... tak sedap lak tuuu... ramai juga pengunjung yang datang ke kedai tersebut, terus balik jer bila lama sangat dah duduk tapi tak dilayan. Nasi yang saya order pulak MENTAH...huhuuuu...

Memandangkan kolam renang belum dibuka untuk berenang, jadi kami pun membawa Ahmadenijad mandi air laut nie. Alamak...takut pulak dia nak mandi kat sini bila tengok ombak yang beralun-alun tuu.. : )


Ahmadenijad nangis bukannya sebab takut berada di permukaan air kolam tapi sebab abah dia tutup mata, Ahmadenijad ingat abah dia tido...



Hari nie pada 27 Jun 2010 (Ahad) kami dah nak berangkat pulang. Sebelum keluar, kami order makanan untuk tengah hari di Hotel nie, senang sikit dan tak perlu tercari-cari kedai makan. Makanan yang dihidangkan memang sedap dan berbaloi. Setelah itu, kami pun dah nak check out tapi...sebelum tuu bergambar di sekitar kawasan lobby hotel nie dulu.


Ahmadenijad ajak ummi nak menuruni bukit niee...bersih pantai di sini, sungguh sedap mata memandang.

Setelah Check Out dari Hotel, kami pun berangkat menuju ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Ramai juga pengunjung yang datang ke sini, dengan pemandangan yang cantik serta ditiupi angin sepoi-sepoi bahasa. Pelbagai gerai kecil-kecilan juga terdapat di sekitar laluan pejalan kaki. Gerai-gerai berhampiran dengan tempat pakir juga banyak tetapi masih tutup. Malam tadi, semasa kami melintasi kawasan di pantai Teluk Cempedak, sungguh meriah sekali kawasan ini diterangi oleh lampu-lampu yang terang-benderang. Malahan, tempat parkir juga dipenuhi dengan kereta. Wah, sungguh meriah keadaan disini tika malam menjelma! Kami melintasi kawasan nie disebelah malamnya bukannya kerana hendak berkunjung kesini sebaliknya kami tersesat jalan..hehee... : )


Gaya Ahmadenijad yang berusia setahun 11 bulan lebih dengan memakai topi abah...


Pilih-pilih...jangan tak pilih...
Salah satu gerai-gerai dipinggir laluan pejalan kaki. Kami tengok-tengok jer tak beli pun...



PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...