IKLAN

Tuesday, 29 November 2011

Majlis Perkahwinan Di Putrajaya

 A'shadieeyah Hafthah sungguh ceria dan tak meragam ketika di bawa ke majlis perkahwinan.

Seronok menghadiri majlis perkahwinan anak kepada rakan saya di Putrajaya. Perjalanan untuk ke destinasi kami di Putrajaya tidak laa susah, sebab dah ada peta untuk ke majlis tersebut. Tika ini A'shadieeyah Hafthah berusia 4 bulan 27 hari pada 27 November 2011. Sudah semakin membesar anak ummi, tapi belum pandai merangkak lagi.

 Versi gambar hitam putih : )


Gambar Ahmadenijad di atas tuuu macam kerunsingan jer heheee... Pemandangan di luar dan di dalam dewan untuk majlis perkahwinan Diana & Radzy. Semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke anak cucu : )

Sememangnya majlis perkahwinan yang kami hadiri cukup meriah dan cukup menarik. Selesai menjamu selera dengan hidangan yang enak serta cukup menyelerakan, Alhamdulillah. Kami pun berjalan-jalan di luar bangunan untuk menikmati udara petang serta ingin bergambar di sekitar kawasan ini. Kami bergambar di hadapan Istana Kehakiman. Cukup cantik seni bina bangunan Istana Kehakiman nie. Semasa kami bergambar, keadaan cuaca mendung dan angin yang bertiup semakin kuat. Tiada lagi istilah angin sepoi-sepoi bahasa hahaha...

Pemandangan sekitar Istana Kehakiman, Putrajaya.

Tiba-tiba hujan turun dengan mengejut dan kami pun apa lagi, kaki melangkah laju dan akhirnya kami berlari pecut 100 meter .. heheee. Sememangnya hujan yang turun cukup lebat. Kami pun pulang, dan sebelum pulang kami sempat singgah sebentar di Mydin, Putrajaya.



Sunday, 13 November 2011

KaRniVaL UsAhAwAn 2011


 Suasana di sekitar gerai kami iaitu gerai guru-guru tahun satu.

Karnival Usahawan di adakan di sekolah saya pada hari Sabtu pada 12 November 2011. Pagi tu, saya lambat sikit datang ke gerai kerana pergi mengambil kuih-muih yang ditempah untuk jualan. Antara kuih yang dijual di gerai kami ialah, pelbagai jenis kuih talam, kuih kosoi, goreng pisang, cucur bilis dan pelbagai jenis kerepek-kerepek, kekacang dan sebagainya. Pagi nie, sekali lagi saya tidak dapat pergi melihat Ahmadenijad ke 'Playscholl'nya. Abah Ahmadenijad yang bawa Ahmadenijad ke sana. Guru yang mengajar Ahmadenijad ialah Teacher Farra. Teacher Farra nie penyanyi yang membawakan lagu ' Bagaikan Puteri '. Ahmadenijad suka sangat ke kelas teacher Farra, tika ini usia Ahmadenijad ialah 3 tahun 4 bulan 2 hari.

Sekitar jam menghampiri 12 tengah hari, cuaca bertukar hujan yang lebat. Ahmadenijad pulak selesai menangkap ikan yang diperolehinya hanya seekor ikan sahaja. Akhirnya abah membawa Ahmadenijad pulang dan saya terus berkhidmat untuk gerai kami : ). Jam hampir 3 petang, baru saya dan beberapa orang teman pulang ke rumah. Selesai sudah tugas untuk Karnival Usahawan 2011.

Ahmadenijad yang berusia 3 tahun 4 bulan 2 hari ( 12 Nov 2011 ), berpakaian sekolah dia. Selepas habis kelas 'playschool' nya, dia dan abah ke sekolah ummi pulak. Ahmadenijad yang pergi menangkap ikan. Kesian dia, hanya mendapat seekor ikan sahaja.



Gambar-gambar ceria kami di gerai serta gambar yang menunjukkan hari hujan dengan lebatnya turun pada jam hampir 12 tengah hari.


Monday, 7 November 2011

AiDiLaDHa * Nov * 2011

 Selamat menjamu selera...terbaikkkk


Tahun nie Raya Haji (Aidiladha) di Bangi. Ini merupakan hari raya Aidiladha yang pertama buat A'shadieeyah Hafthah dan kali ke 3 buat abangnya iaitu Ahmadenijad Al-Harits. Teringat di zaman kanak-kanak, seronok sangat bila raya sebab menziarahi rumah jiran-jiran dan akan dapat duit. Berbeza pula di sini, tak der budak-budak pun yang menziarahi rumah jiran-jiran untuk beraya dan dapatkan duit raya. 

Mungkin suasana sudah berbeza, keselamatan sudah tidak terjamin. Anak-anak kita sekarang perlu di kawal dengan penuh keprihatinan, khuatir akan kehilangan anak. Sememangnya inilah yang paling ditakuti oleh ibu bapa, sama seperti saya. Oleh itu, ibu bapa sentiasa bimbang untuk melepaskan anak-anak keluar tanpa pengawasan sesiapa. Namun, cara tetap meriah dengan acara korban yang dilakukan di surau berhampiran.

 Menu makan malam ...yummyyy

Malamnya kami sekeluarga, adik-beradik, ipar-duai, anak menantu, semuanya datang berkunjung ke rumah mak untuk menjamu selera. Menunya 'steamboat', errmmm memang best. Paling saya suka mee dan sayur-sayurannya.Seronok berkumpul beramai-ramai kerana dapat mengeratkan lagi talian persaudaraan.
 

 
Selesai makan, sambil-sambil tuuu bergambar jer laa. Gambar A'shadieeyah Hafthah (Usia 4 bulan 6 hari) pada 6 Nov 2011.