Wednesday 11 July 2012

HaRi LaHiR Ke 4 - AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs

Ahmadenijad tika usia memasuki 4 tahun pada 10 Julai 2012.

Hari lahir Ahmadenijad pada 10 Julai 2012 iaitu pada hari Selasa. Tapi kami beli kek pada malam 9 Julai 2012 sebab kek tu nak di bawa ke tempat belajar Ahmadenijad keesokkannya. Sambutan hari lahirnya hanya diadakan di sekolah Ahmadenijad sahaja. Ummi belikan kek hari lahir, kek gulung dan makanan-makanan lain yang telah dibungkus untuk setiap murid di PASTI menerimanya. Hampir setiap tahun, kami tidak laa menyambut hari lahir anak-anak secara besar-besaran, ala kadar jer : )

Kek untuk dilihat jer dan bergambar pada malam 9 Julai 2012...hahaaa
Sebabnya nak bawa kek nie ke sekolah Ahmadenijad.


Aksi A'shadieeyah bersama abangnya... tika nie umurnya sudah 12 bulan 9 hari dan masih belum pandai berjalan lagi : )


Ahmadenijad dan A'shadieeyah naik basikal yang di beli oleh abah sebagai hadiah untuk Ahmadenijad. Hadiah nie dah beli awal iaitu pada 27 Mei 2012 lagi...hehehee

Abah kata 'nie hadiah untuk Ahmadenijad dan A'shadieeyah'. Abah beli awal barang-barang nie...hahaaa. Ini bukan hadiah, ini barang keperluan Ahmadenijad dan A'shadieeyah....haahaaahaaa. Tapi seronok jer Ahmadenijad ; )


Memandangkan ummi tak masak, jadi ummi belanja abah dan anak-anak ummi makan  Pizza di Warta Bangi pada 11 Julai 2012 ( Rabu ), kebetulan pulak semalamnya (10 Julai 2012) hari lahir Ahmadenijad. Semuanya tidak dirancang pun, hanya kebetulan : )


Gaya abah dan Ahmadenijad menikmati makanan masing-masing. Tengok laaa gaya Ahmadenijad yang menikmati spagetti...errmmm bestnyer spagetti nie.


 Apa laaa yang abah dan Ahmadenijad sibuk sangat dengan telefon tuuu...heheeheee

Makanan untuk Ahmadenijad iaitu secawan air dan sepinggan spagetti ialah percuma untuk kanak-kanak dengan pembelian pizza di sini (ada ketetapan harga pembelian untuk mendapatkan makanan percuma ini). Ahmadenijad kata spagetti nie sedap. Kesian gambar A'shadieeyah tak der pulak. A'shadieeyah duduk bersebelan dengan ummi.


Sunday 8 July 2012

WaLliMatuL UruS di Shah ALaM

 A'shadieeyah Hafthah berusia 12 bulan 8 hari. Masih belum pandai berjalan lagi, masih merangkak lagi. Berdiri dah boleh lepas...nak berjalan masih berwaspada lagi..hehee

Kami bergerak dalam lingkungan jam 11 pagi untuk ke Shah Alam pada 8 Julai 2012 ( Ahad ). Bagi menghadiri majlis perkahwinan Faiz dan Ili di sana. Pengantin lelaki merupakan saudara kepada suami, mak Faiz dan mak suami bersepupu. Tidak dirancang pun, rupanya warna pakaian kami bertemakan unggu dan merah jambu lak... tengok gambar-gambar di bawah. Tuan punya majlis lak warna tema baju yang dipakai ialah kelabu.

 Menjamu selera...makanan memang sedap : ) Tengok laaa gaya A'shadieeyah Hafthah yang makan buah limau sunkis. Ahmadenijad tidak kelihatan, sibuk berlari-lari kat tepi sebelah meja makan kami nie.

Alisa (sepupu kepada A'shadieeyah ) dan kak chik ( mak cik kepada A'shadieeyah ) bergambar bersama di meja makan semasa majlis perkahwinan Faiz dan Ili.

Selesai menjamu selera... bergambar dan pulang...

Monday 2 July 2012

HaRi LaHiR 30 JuN 2012 - SiNgApUrA


UnIvErSaL StUdiO SiNgApOrE





Pada 29 Jun 2012 (Jumaat), malamnya jam 11.30 malam kami bertolak dari SK Jln 4 dan singgah sebentar di SK Jln 6 untuk meneruskan perjalanan kami ke Singapura. 

Kami singgah di hentian di Johor pada jam 1.45 pagi. Kami sampai di Hentian Gelang Patah, Johor pada jam 4.45 pagi. Kami singgah mandi dan solat serta bersarapan di sana. Saya keluar untuk ke bilik air dan melihat ramainya orang kat situ, saya pun kembali semula ke bas dan mengambil ubat gigi yang tertinggal. Saya terus ke surau dan mendapati ramai pengunjung ke sini. Saya terus ke bilik airnya dan mendapati ramai orang juga tapi tak laa sesesak di bilik air hentian di sini. Akhirnya dapat juga saya masuk ke bilik air.

Sebelum bas bertolak, saya mengisi borang untuk imigresen. Jam 7.30 pagi kami bertolak untuk ke imigresen Malaysia. Kami turun dari bas dan membawa passport serta beg tangan sahaja untuk ke imigresen Malaysia. Sekejap sahaja prosesnya, hanya tunjukkan passport kepada imigresen dan selesai, seterusnya kami naik semula ke bas.

Bas bergerak lagi dan kami dikehendaki turun untuk pemeriksaan imigresen Singapura pula. Di sini kami perlu membawa semua barang-barang untuk pemeriksaan. Kelam kabut laa kami, sebab barang-barang kami nie banyak...heheee. Yer laa kan, ada anak kecik nie, macam-macam nak kena bawa.

Kami beratur untuk pemeriksaan di imigresen Singapura. Tiba giliran kami, saya dan A'shadieeyah bersama untuk pemeriksaan. Saya menghulurkan passport dan diperiksa oleh seorang wanita. Tiba-tiba wanita tersebut menyatakan tarikh kelahiran A'shadieeyah telah salah di cetak pada passport. AHhhhh...yer memang salah, kesalahan dari imigresen tempat kami membuat passport. Tetapi saya terus memaklumkan bahawa, kesalahan tersebut telah pun di maklumkan dengan cetakan di atas passport oleh imigresen Malaysia. Selamat laa, semasa kami membuat passport nie, saya telah menyemak segala butir peribadi kami semua. Saya telah dapat mengesan, tarikh lahir anak terdapat kesalahan dan memaklumkan kepada pihak imigresen untuk pembetulan. Bayangkan laaa kalau tidak di semak dan terus simpan jer, semestinya kami akan menghadapi masalah di imigresen Singapura nie. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Bas terus membawa kami untuk menuju ke Universal Studio Singapore (USS). Perjalanan terasa singkat dan kami telah sampai di tempat pakir bas. Kami turun dan menuju ke eskulator, penamat eskulator menuju ke atas dan di situ terletaknya Universal Studio Singapore. Begitu mudahnya perjalanan dari tempat pakir bas dan tidak memerlukan kami berjalan jauh.




Wah, ramainya pengunjung di sini! Sememangnya ramai, bayangkan saja pasukan kami dah 3 buah bas manakala pengunjung yang lain lagi. Tempat di USS nie ada beberapa bahagian. Permulaan pintu masuknya, kita akan berjumpa dengan ' Hollywood'. Menjejakkan di kawasa ini, terasa sejuk jer udaranya, dengan kawasan di sini yang berbumbung.





Transformers ... Ahmadenijad memang suka sangat robot-robot nie. Tapi kesian kat Ahmadenijad tak dapat masuk ke sini kerana tak cukup ketinggian lagi..hehee


Kami di kawasan ' Ancient Egypt' ... keadaan cuaca masa nie memang panas. Bergambar dengan hero dan heroin kot..hahaaa



Pemandangan bangunan nie memang cantik.


Shreek... A'shadieeyah Hafthah tak pandang kamera sebab syok tengok pasangan shrek & Fiona nie. Ahmadenijad pulak, mula-mula takut nak bergambar sebab besar sangat kot shrek nie...heheee macam-macam.


Kami di kawasan 'Far-far Away'.... ada shreekkk...



Kami berehat seketika di sini dan menjamu selera (sandwich) sementara menunggu hujan yang turun dengan lebatnyer berhenti.



Ketika ini kami berada di Madagascar ... banyaknyer haiwan batu nie ...eheeeeheee



Alahaiii...banyaknyer gula-gula lollipop kat atas tuuu... lama tunggu jatuh, tak jugak jatuh-jatuhhh gula-gula tuuu...hehee



Membeli dan belah...hahaha
Bukan main lagi bergaya si Ahmadenijad nie berjalan...



Ahmadenijad di hadapan patung singa yang boleh mengeluarkan asap. Selesai kami di Universal Studios, kami ke muzium nie pulak...tentang kapal-kapal : )



Mencuba pelbagai jenis topi kat sini...heheee. Macam mana ada gaya model tak ? hahaaa



Ahmadenijad Al-Harits yang sedang menunggu pesanan mee nyer. Ummi dan abah dah makan nasi beriani kat sini di Kedai Zam-Zam. 


http://miesha-jept.blogspot.com

Solat di Masjid Sultan dan kemudian menjamu selera di seberang Jalan Arab (Arab Street) sahaja. Pemandangan yang cukup indah di Masjid Sultan, Singapore, gambar di ambil dari bawah pokok kelapa : )



Suasana malam di Singapura, gambar di ambil dari dalam bas. Di luar ialah tempat kami menjamu selera.

Selesai kami pusing-pusing di Singapura, kami pun ingin berangkat pulang semula ke Johor. Macam biasa ikut prosedur kena gi ke Kastam Singapura dan di Johor. Penatnya jika kita ikut rombongan naik bas nie ialah kena angkut semua beg untuk diperiksa. Ayoooo...dah lah jam pukul 10 malam ke atas, kami masih di sini punggah memunggah barang. Kami yang bawak anak kecil nie memang laa remeh sikit. Usia A'shadieeyah ketika ini ialah setahun pada 30 Jun 2012, hari lahirnya sama dengan hari lahir ummi.  Kesian dengan anak-anak terutamannya Ahmadenijad, sebab dia nie dah tidur dalam bas. Lepas tu kena bangun dan berjalan pula untuk ke Kastam. A'shadieeyah pula dok dalam stroller dia.  Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun memang rasa letihnyer laaa mengangkut  beg-beg kami. Selesai jer segala urusan di Kastam, perjalanan diteruskan lagi untuk ke hotel penginapan kami. Perjalanan yang lama juga untuk ke Hotel Sri Malaysia. Kami bukan di kawasan bandar. Ummi pun dah tertidur sama macam anak-anak juga ... zzzzzzz

Sampai di lobi hotel, kena tunggu lagi untuk dapatkan bilik. Yer la kan, kami rombongan 2 buah bas. Memang ramai dan kena laa tunggu. Sekali lagi tidur anak-anak terganggu dan seakan mengamuk juga laa anak-anak sebab mengantuk ...heheee, selamat boleh di kawal dan anak-anak tidak menangis.

Kepenatan seperti biasa kena punggah memunggah barang-barang kami dari bas ke lobi hotel. Kemudian kena angkat lagi barang menuju ke bilik hotel. Macam biasa, hotel Sri Malaysia nie tak der lif, jadi apa lagi mendaki tangga la pulak di tingkat 3..hahaaa. Aduiiii....kepenatan yang teramat sangat dan kami sampai di bilik jam 1 pagi. A'shadieeyah dan Ahmadenijad pulak, sampai di hotel jer mata mereka dah segar dan sibuk bermain lak dan tak tido lagi. Letihhh sememangnya terasa tetapi rasa keseronokkan telah menghilangkan segalanya kerana melihat sinar kegembiraan di mata anak-anakku.


Awal pagi dah bangun dan Ahmadenijad menonton TV di bilik hotel.



A'shadieeyah di lobi Hotel Sri Malaysia di Johor,  masa untuk pulang dan bergerak. Berusia 12 bulan pada 30 Jun 2012 : )



Tempat tido A'shadieeyah yang istimewa di dalam bas ...heheee



Ahmadenijad dan A'shadieeyah berada di luar kedai-kedai di Johor Premium Outlet. Kami singgah di sini sebelum pulang ke Bangi. Tempat nie memang menarik kerana pelbagai barangan berjenama di jual dengan harga yang sedikit murah berbanding di tempat membeli-belah yang lain.








PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...