IKLAN

Saturday, 17 November 2012

MaKaNaN ArAb 2012




A'shadieeyah Hafthah yang setia menunggu makanan...heheee




Inilah makanan kami, yang nasi (Kabsah) tu ummi punyer yer. Banyaknyer laaa nasi dia, di dalam nasi tu ada daging kambing. 



Butir nasi nie memang panjang dan berkualiti, semestinya beras Basmathi yang bermutu tinggi. Tidak rugi makan di sini, nasi tu boleh 2 orang makan. Memang berbaloi dan sedap.



Makanan abah nie pun sedap jugak (kabsah bread) ... yummmyyy



Air Barbican dan nama kuih tuu 'Turkish Delight', memang sedap sangat kuih tu. Dalamnya ada pelbagai jenis kekacang dan rasanya tidak laa terlalu manis. 






Saturday, 3 November 2012

HaRi KoNvoKeSyeN 2012


Di akhir persekolahan Ahmadenijad, seperti biasa akan diadakan Hari Konvokesyen untuk PASTI AS-SHAFIE. Majlis berlangsung pada 3 November 2012 (Sabtu), di Dewan Komplek Pendidikan Bangi. Acara bermula pada pukul 2 petang. Ahmadenijad membuat persembahan nyanyian berkumpulan untuk murid berumur 4 tahun. Antara nyanyian yang dinyanyikan oleh Ahmadenijad dan rakan-rakan ialah gelang si paku gelang. 


 

Ahmadenijad yang berdiri di sebelah tepi kiri di bahagian belakang sekali.

Sebelum tarikh 3 November 2012, Ahmadenijad kerap demam dan tidak hadir ke sekolah. Tapi alhamdulillah dapat juga dia mengikut aktiviti rakan-rakan sebayanya. Selesai acara nyanyian dan acara oleh persembahan murid-murid umur 5 dan 6 tahun. Penghujungnya ialah acara penyampaian hadiah kepada semua murid.




Selesai sudah persembahan daripada murid-murid empat tahun.



 Ahmadenijad Al-Harits bersama hadiah yang diperolehinya iaitu bekas pensel dan alatan menulis.


 Tersenyum riang kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakannya.


A'shadieeyah Hafthah yang kelaparan. Apabila ibu bapa dijemput mengambil makanan, A'shadieeyah tak sabar-sabar tengok makanan orang lain. Kebetulan, orang dibelakang kami  telah mengambil makanannya iaitu mee hoon. Apa lagi A'shadieeyah.... merengek-rengek sambil menunjuk-nunjuk ke arah makanan tersebut. Alamakkk...malunya ummi : )



Ahmadenijad bersama rakan sebayanya. 

Selesai acara konvokesyen, kami pun pulang. Namun, sebelum pulang kami singgah dulu di pasar malam yang telah memulakan operasinya pada petang tersebut. Selesai sudah pembelajaran untuk Ahmadenijad AL-Harits di usia empat tahun bagi tahun 2012.