Monday 31 December 2012

Mee Tarikkkk



Pada 30 Disember 2012 (Ahad), kami ingin ke Jom Heboh di Stadium Bukit Jalil. Kami pakir  kereta di LRT Sg. Besi dan menaiki LRT dari Sg. Besi ke Stadium Bukit Jalil.  Menjadi kebiasaan, di tapak Jom Heboh memang ramai yang bertandang ke sana. Keadaan cuaca yang panas, membuatkan badan berpeluh dan keletihan. Kami pun tak larat nak jalan lama-lama dengan membawa anak-anak lagi, meraka pun dah meragam sebab letih. Bertambah letih, bila kedua-duanya nak berdukung...fuhhhh memang letih. Namun, seeronok kerana harga barang di sini memang murah dan disertakan pula dengan beg dan hadiah setiap membeli barangan mereka.


Ahmadenijad AL-Harits dan A'shadieeyah Hafthah yang sedang posing sementara menunggu LRT ke Stadium Bukit Jalil 



Berlatar belakangkan gambar Tugu Negara "Terima kasih Pahlawan Malaysia".


Balik dari Stadium Bukit Jalil, kami singgah makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Sg. Besi. Ini pertama kali saya datang makan di sini. Kalau nak tengok cara orang buat mee tarik, di sinilah tempat yang sesuai. Kagum sangat tengok mereka menarik tepung yang diuli-uli dan akhirnya menjadi mee. Wow, memang hebat! Empunya restoran nie seorang muallaf. Sepanjang kami di restoran ini, pengunjung pun ramai juga.


Ahmadenijad sedang menikmati daging yang terdapat di dalam mee nyer tuuu...ngappp : )



Ini pula makanan abah Ahmadenijad. Memang best : )



Ahmadenijad bersama makanan yang di pesan.



Ini makanan untuk ummi...memang kenyang sebab banyakknyer. Mee nyer memang rasa kenyal dan sedap. Air yang dipesan pula ialah Teh O Ais dan Air Laici.




Ini daging kambing yang digoreng serta bersalut lada dan bijan. Isi-isi daging kambing dihiris halus dan dicucukkan pada lidi pencungkil gigi. Memang kreatif dan masakan nie memang sedap. Kalau datang ke sini, jangan lupa pesan daging kambing nie yer, memang berbaloi : )



Tuesday 25 December 2012

CoRuS PaRadiSe Port DickSon - DiS 2012


Selesai urusan check-out di Hotel Swiss Garden kami pun meneruskan perjalanan. Perjalanan dari Hotel Swiss Garden di Kuala Lumpur ke rumah kami dan kemudian bertolak semula ke Port Dickson pada 23 Disember 2012. Setibanya di Port Dickson, kami pun bermalam di apartment Corus Paradise Port Dickson. Cantik pemandangan hotel dan apartment di sini. Kami sampai ke sana dah lewat petang,    tempat pakir kereta memang penuh. Namun, nasib menyebelahi kami dengan satu ruang pakir yang memang jauh kerana terletak di hujung hotel, sedangkan apartment yang di sewa pula nun sanaaa....




Pemandangan dari apartment yang kami sewa, memang sedap mata memandang. 


A'shadieeyah di ruang kamar.



Ruang tamu



Ruang dapur


A'shadieeyah ... happy christmas & new year.


Kerja dua beradik nie... naik tangga dan turun tangga yang tinggi nie sementara kami tengah menunggu    teksi yang tiba untuk keluar makan. Malas nak naik kereta sendiri sebab nanti payah nak dapat tempat letak kereta...heheee




Ahmadenijad pulak bergambar ... : )



Inilah kedai makan untuk kami menjamu selera. Memang cantik landskap di sini dan kelihatan Ahmadenijad sedang minum air teh o ais sementara menunggu makanan kami tiba.

Keesokkannya iaitu 24 Disember 2012 (Isnin), abah dan Ahmadenijad pergi mandi di kolam. Ummi dan A'shadieeyah hanya tinggal di apartment sahaja. Selesai Ahmadenijad mandi kami pun keluar bersiar-siar di Port Dickson untuk mencari kedai makan. Cari punya cari, kami memilih untuk makan di Cowboy Place, nasi kukus ayam panggang. Makanan di sini memang sedap terutamanya ayam panggang.  Selesai makan, kami singgah di kedai-kedai di sekitar Port Dickson. Beli pelampong serta baju-baju untuk anak-anak.




Inilah dia nasi kukus ayam panggang, harga pun memang berpatutan sangat.




Berselera sungguh Ahmadenijad nie ... 





A'shadieeyah jalan-jalannn...sambil memandang seekor kucing di depannya.

Balik dari jalan-jalan kedai-kedai di Port Dickson, kami pun singgah di kedai untuk beli nasi kandar. Kami bungkus dan makan di apartment sambil menonton televisyen. Ahmadenijad pulak tido lewat, jadi sempat  la melihat bunga api apabila jam menunjukkan 12 tengah malam pada 25 Disember 2012 bersempena Hari Krismas. 


Ahmadenijad di depan pintu apartment sambil kami menikmati udara sejuk di luar. Ummi dan Ahmadenijad duduk-duduk di luar sambil melihat bunga api.



Lihat laa A'shadieeyah yang nyenyak tidooo.... kena tunggu anak dara nie bangun barulah nak gi mandi kolam : )  ... Abang Ahmadenijad dah bangun tak sabar nak gi mandi ... seronoknyer nak gi mandi kolam nie..hehee



Tengok laaa gaya ummi sedang mengajar Ahmadenijad untuk mengapongkan diri. Tapi tak menjadi, sebab nyer Ahmadenijad nie penakut sangat ...hheeheee




Ummi dan A'shadieeyah bermain air laut... di hujung kaki kami nie ada anak-anak ikan. Tiang-tiang di belakang kami tu ialah tiang apartment bukan jambatan...heheee




isshhh....isshhh.... seksinyer anak dara ummi niee ...hahaaa




Ahmadenijad dan A'shadieeyah yang bermain pasir.




Selesai mandi, semua lapar. Apa lagi sekarang masa untuk makan. Makan jer apa yang ader yer anak-anak...hehee. A'shadieeyah menghabiskan 3 biji telur rebus, balas dendam sebab baru baik dari demam dan lama dah tak makan kot ...heheee kesian.



Selesai saja  mengemas barang-barang untuk pulang, apa lagi ambil gambar anak-anak dulu. Ahmadenijad dan A'shadieeyah sedang bergaya ..heheeee. Kemudian, kami pun berangkat pulang. 






PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...