Saturday 28 September 2013

RiAdAh HuJunG MiNggU


Hujung minggu nie (28 September 2013 : Sabtu ) kami beriadah pula di Taman Tasik Cempaka, Bangi.     Sajer bawa anak-anak bermain di sana. Kami bawa basikal untuk anak-anak bermain di sana. 

Rupanya di Taman Tasik Cempaka ni ada program "BEBAS DENGGI". Sempat laa juga kami meninjau di sana. Anak-anak pula dapat la belon yang berbentuk hati berwarna biru.



A'shadieeyah yang berumur 2 tahun 2 bulan 28 hari beraksi sambil memegang belon berbentuk hati. 



Aksi manja A'shadieeyah ...hehehe : )



A'shadieeyah pegang belon yang telah pecah, kesiannn hihiiii




Balik dari Taman Tasik Cempaka, kami makan di kedai seksyen 16. Makan roti canai kat sana pun sedap jugak.  Makanan berlauk pula kami bungkus. 






Wednesday 25 September 2013

AyaMas



Menunggu makanan terhidang... kita bergambar dulu yer A'shadieeyah.





Air  yang dipesan pun dah sampai... errmmm Alhamdulillah hilang dahaga.



Hari nie kami menjamu selera di AYaMaS ( 25 Sept 2013 ; Rabu ). Kami ke Kompleks Membeli Belah di Warta (dah tukar nama sekarang) untuk menikmati Ayamas di sana.



Makanan yang dipesan oleh saya.



Makanan dan air yang dipesan oleh Ahmadenijad.



Ayam yang dipesan oleh Ahmadenijad nie memang sedap.



Ayam nie pun sedap jugak ..heheheee : )




Sunday 22 September 2013

LittLe HaFiZ HaFiZaH TaDiKa ABC




Mom's yang rajin datang untuk membantu menyiapkan segala keperluan untuk majlis yang berlangsung esok.

Pada hari Jumaat (21 September 2013),  malamnya mom's Tadika ABC berewang-rewang untuk menyiapkan persiapan yang perlu untuk majlis ' Little Hafiz Hafizah'. Kami menyiapkan backdrop untuk majlis tersebut. Malahan, kami turut menyiapkan bunga telur, bunga manggar dan menyusun atur meja untuk penyediaan makanan.


Dah selesai melaksanakan segala kerja pada malam tu, sesi bergambar pulak. Anak-anak dulu bergambar kemudian baru la mom's pula yer.



A'shadieeyah termenung jer. Waktu nie, tak ramai lagi ibu bapa yang datang.

Pada 22 September 2013 (AHAD) diadakan majlis 'Little Hafiz Hafizah' di Surau Seksyen 15. Majlis ini berlangsung untuk anak murid di Tadika ABC yang hafal surah yassin. Ahmadenijad Al-Harits juga turut membuat persembahan untuk murid yang berusia 5 tahun.




Majlis tamat sekitar jam 12.00 tengah hari. Selesai sudah pembahagian hadiah untuk anak-anak di Tadika ABC, acara pun tamat dan jemput laa menjamu selera. 



Ahmadenijad bersama rakan-rakannya yang akan membuat persembahan untuk anak-anak berumur 5 tahun di Majis Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.




Senyum kambing jer Ahmadenijad tu yang memakai kain berselempang di bahu...ala-ala "macam Ustaz Don" kata Ahmadenijad.



Majlis tamat sekitar jam 12.00 tengah hari. Selesai sudah pembahagian hadiah untuk anak-anak di Tadika ABC, acara pun tamat dan jemput laa menjamu selera. 



Saturday 14 September 2013

JaLaN-JaLaN ke Hatyai - Part 1





Petang Jumaat (13 September 2013), jam 8.30 malam suami dan anak-anak menghantar saya untuk menaiki bas. Jam 9.00 malam dijangka kami akan bertolak untuk ke destinasi iaitu Hatyai. Sekitar jam 9.30 malam kami pun bertolak. Sepanjang perjalanan, kami turut berhenti di beberapa hentian. 

Kami masuk ke Thailand melalui sempadan di padang besar (14 September 2013-Sabtu).  Jam lebih kurang 8.30 pagi kami sudah berada di sana. Semasa di Kastam Thailand, memang sesak dengan orang dan panjang juga laa barisan nak beratur. Semasa di sini juga, RM1 perlu disertakan dengan pasport yer....hehee
 
 
Sekitar pemandangan di sini.
 
Selesai urusan di kastam, perjalanan diteruskan dan kami singgah menjamu selera untuk makan tengah hari. Makanan di kedai nie memang sedap. 

 
Inilah makanan saya untuk tengah hari, ikan keli yang dah dipotong kecil-kecil. Kalau kat Malaysia, biasanya kita makan seekor ikan keli yang panjang dan tidak di kerat-kerat macam nie. Ikan keli tu ada 2 menu, dan ulam timun. Masakan untuk menu ikan keli tu memang sedap... tak tipu : ) heheehee
 
 
 
Ini aiskrim yang kami beli di kedai makan nie. Aiskrim perasa kopi memang terbaik laaa... sedap : )
 
 
 
Menu yang sangat sedap : )


Hatyai ni merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai. Keadaan bandarnya tidak laa seperti sebuah bandaraya yang maju. Kesesakkannya sama juga seperti dimana-mana bandar yang ada di Malaysia. Adakalanya, kelihatan penunggang motosikal yang tidak memakai helmet. 

Sekitar jam 1.30 petang, kami pun check-in di hotel 'Pink Lady Hotel', bilik 524.  Pada awalnya kami dijanjikan dengan Grand Hotel, tapi tak pasti kenapa hotel nie pulak yang kami dapat. Depan hotel nie lak banyak gambar-gambar perempuan.
 
Gerai menjual pelbagai jenis makanan laut dan darat yang digoreng hehehee
Tengok laaa besarnya udang goreng tu. Ambil gambar nie sementara menunggu bas kami tiba untuk bergerak ke destinasi seterusnya.
 
 
Sekitar jam 4.00 petang kami bergerak pula ke tempat yang menjual barangan kulit dan barangan kraftangan iaitu di ' Nora Plaza '. Kemudian bergerak lagi menuju ke tempat pelbagai barangan yang menjual makanan kering iaitu di ' Thai Lee Seng Products ', saya hanya beli pes tomyam dan minyak angin jer. 

Sekitar jam 6 petang kami menuju ke Pasar Terapung Hatyai ( Floating Market Hatyai). Tempat pakir kereta dan bas sememangnya penuh dengan pengunjungnya. Bas kami pun di pakir tepi jalan jer, ambil masa sekitar 10 minit berjalan menuju ke Pasar Terapung nie. 

Di pasar terapung nie memang banyak gerai-gerai di daratan dan juga penjual yang berperahu di sungai. Suasana dan kepadatan manusia yang cukup menyesakkan sememangnya menimbulkan ketidakselesaan untuk menuju ke pasar terapung. Melihat jualan di pasar terapung sememangnya menyeronokkan kerana hasil jualan mereka sangat kreatif terutamanya makanan. Malah, makanan yang kami beli juga rasanya tidak menghampakan kerana rasanya sangat enak. 



Pasar terapung yang menjual pelbagai jenis juadah yang sedap dan harga berpatutan sangat.



 
Air kelapa yang diisi di dalam bekas seperti pasu yang unik serta kerabu mangga yang memang sedap : )
 
 
Selesai membeli barang-barang di pasar terapung, kami pun pulang ke hotel dan malamnya kami sambung lagi perjalanan untuk bersiar-siar dan mencuci mata di sekitar hotel yang menjual beraneka barangan. Kami balik ke bilik hotel sekitar jam 11.30 malam. 

Keesokkannya, (15 September 2013 - Ahad) perjalanan kami diteruskan lagi... ( Sambung Part 2 )
 

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...