Saturday 19 October 2013

JaLaN-JaLaN Di IKEA - ReStOraN SaMBaL HiJaU

Hujung minggu nie (19 Oktober 2013 : Sabtu) cadangnya nak ke IKEA. Bila tiba waktunya, alhamdulillah sampai jua kami di sana. Hanya mencuci mata dan membeli sikit barang di sana. Tiba di sana sekitar jam 12 tengah hari. Ramai jugak pengunjung yang datang ke sini.



Semua yang ader kat situ nak dimain… sudah, sudah, sudah….. tak der duit syiling dah ummi dan abah nie heeheheehee...


Kami singgah pulak di TOYSRUS di Ikano Power Centre, tengok mainan ; )




A'shadieeyah memilih barang-barangnya. Amboi, tengok kat tangan sebelah kiri tu dah pilih beg bekas botol air warna merah jambu!  heheheee. Sampai terteleng kepala A'shadieeyah tengok kuda kayu tu ( gambar kanan ).



Bukan main lagi anak dara nie berjalan bawak beg botol air yang baru tuuu hihiii.

Sekitar jam 3 petang, kami singgah makan di Restoran Sambal Hijau. Restoran nie terletak di Kampung Sungai Penchala. Makanan kat sini memang sedap. Terdapat pelbagai aneka pilihan makanan di sini. Rasa pun memang sedap, dan harga pun murah.



Ummi punyer yer hihiiii



Bukan main lagi Ahmadenijad menyedut air minuman nyer tuuu hihiiii. Jus oren, nasi dan ikan keli tu ummi punyer yer Ahmadenijad ; )



Restoran Sambal Hijau.



Sampai kat rumah, makan pulak karipap yang dibeli di IKEA hihiii…karipap di IKEA nie memang terbaik laaa…   ;  )




Saturday 12 October 2013

NaSi ULaM...2013



Hari nie kami ke kompleks Bangi Gateway  yang baru di buka di seksyen 15 (12 Oktober 2013 : Sabtu) untuk membeli-belah.  Kami pergi ke Jaya Grocer yang menjual pelbagai jenis barangan runcit. Buah-buahan serta sayur-sayuran yang dijual di sini memang segar. Selesai membeli barangan runcit di Jaya Grocer, kami pun bergerak mencari kedai makan. Kami ke seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Akhirnya restoran yang menjadi pilihan kami ialah 'Nasi Ulam'. 

Pelbagai jenis menu makanan yang dihidangkan di sini. Rambang mata lak nak makan apa...heheehhee



Ummi baru nak makan, abah dah abis nasinyer. Ahmadenijad lak minum air sirap.



Ini pula menu pilihan saya pada hari nie. Nasi putih, kerabu mangga, kerabu pegaga, keladi masak lemak bersama siput, sambal belacan dan ulam pucuk ubi/ kacang botol. Meriahnyer makanan pilihanku ini...hehehehee





Saturday 5 October 2013

MeNjaMu SeLeRa MaKaNaN SuNDa




A'shadieeyah Hafthah yang sibuk dengan ipad sedang menunggu makanan yang dipesan tiba.

Kali ini kami menjamu selera di CIBIUK yang menyediakan makanan Sunda. Ini merupakan kali pertama kami menjamu selera di sini pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) sekitar jam 1 petang. Menjejakkan kaki melangkah ke dalam Restoran Cibiuk nie memang unik dan terpersona dengan hiasan dalamannya serta iringan muzik. Tengah hari nie, ramai juga pengunjung yang menjamu selera di sini.



Menu-menu yang perlu di pilih oleh pengunjung... semuanya unik dan harga berpatutan.



Air jus oren kegemaranku, Ahmadenijad, A'shadieeyah dan abah macam biasa laa air mereka teh o ais.


Kami memesan menu Talapia Goreng Cobek / Pedas ( RM 25.90 ), Nasi Paket Ayam Bakar Cobek (RM 14.90),  Nasi Bakar Pulen Komplit ( RM 14.90 ), 3 Teh Ais ( RM 8.10 ) dan Satu jus oren ( RM 6.90 ).


Inilah rupa ikan Talapia Cobek, ikannya digoreng garing dan diletakkan kuah di atas ikan tersebut. Nasi Paket Ayam Bakar Cobeklak yang berada di sebelah kiri sekali. 


Nasi Bakar Pulen Komplit ( Nasi Berbumbu, Ayam Bakar, Tauhu, Tempe, Ulam dan Sambal serta Pekedel Jagung ).



Ini makanan yang saya pesan, Nasi berbumbu nie memang sedap.  Piring kecil sebelah kanan tu ialah sambah yang dibuat dari cili dan tomato yang dilenyek tidak lumat, rasanya memang sedap dan pedas.



Nasi Paket Ayam Bakar Cobek ( Nasi Putih, Ayam Goreng Bumbu Cobek, Pekedel Kentang, Tauhu, Tempe, Lalapan dan Sambal Cibiuk )



Nasi Paket Ayam Bakar Cobek yang berada di atas sebelah kiri. Nasi putihnya dibungkus dalam daun pisang dan dikukus. Aroma daun pisangnya cukup menyelerakan dan makanan nie pun sedap jugak.



Ahmadenijad dengan pinggannya dan mangkuk kecil tu ialah beberapa jenis sayur dan dicampur jagung yang dimasak lemak, rasa sedap juga.


Rumah Makan Cibiuk nie terletak di Taman Putra Kajang dan lokasinya berada berdepan dengan highway LEKAS. Senang jer nak cari lokasi nie. 



Tuesday 1 October 2013

MaKan di 'The GrATo' BaNgi

Malam nie ( Selasa, 1 Oktober 2013 ),  tak masak dan cadangnyer nak 'Jalan-jalan Cari Makan'. Suami cadangkan kami makan di kedai 'The Grato' (Italian & Western Food).

Jumlah harga untuk makanan kami sekeluarga pun sangat berbaloi-baloi. Kami memesan 3 jenis makanan dan 4 jenis air ( 3 daripadanya air jus buah ) harganya tidak pun mencecah ke RM 40.00. Makanan pun sedap dan kami akan datang makan di sini lagi untuk masa yang akan datang : )




Ini makanan saya, tak ingat namanya...heheee
Dagingnya ialah kambing dan rasanya sangat sedap, kuah dalam mangkuk kecil merah tu memang sangat lazat dan dimakan bersama mee tu. Air yang dipesan lak air jus oren... sedap jugak




Ini pula gambar Ahmadenijad dan makanannya, rasa mee nie tak la pedas sangat dan sesuai untuk anak-anak saya. Air yang Ahmadenijad pesan lak air jus lobak merah. 



Makananku yang lazat ini, kelihatan Ahmadenijad yang sedang baca doa makan. Ummi Ahmadenijad lak sibuk ambik gambar...ishh..ishhh...isshh



Kelihatan makanan Abah Ahmadenijad dan air jus buah epal. Air teh o tu pulak kepunyaan anak dara ummi nie laaa siapa lagi A'shadieeyah la yer...hehehee



Muka Ahmadenijad dicelah-celah air yang dipesan..hehheheee


Kesimpulannya, makanan di sini memang sedap dan harga memang sangat berbaloi-baloiii. JOM kita serbu lagi ke sini. Lokasi restoran nie di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi. 



PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...