Friday 31 January 2014

Mee UdaNg...



Inilah keadaan jalan yang sesak selepas tol di Damansara.


Bercuti di Lumut pada 31 Januari 2014 ( Sabtu ), kami meredah jalan yang sememangnya sesak. Tak tahan dengan jalan yang sesak kami cari jalan alternatif selain dari jalan yang bertol nie hiihiii... Kami menginap di Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut, Lumut.


Keesokannya ( 1 Februari 2014 ), kami bergerak menuju ke Kuala Sepetang. Kali nie kami menjamu selera di Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang di Taiping, Perak.  Jauh jugak laaa kami meredah dari Lumut ke  Kuala Sepetang nie untuk makan mee udang yang memang banyak udangnyer.



Aksi A'syadieeyah ngan abah. Gambar kiri, semasa makanan ( mee udang ) baru sampai manakala gambar sebelah kanan setelah selesai menjamu selera dan kekenyangan.



Bukan main lagi gayanyer dengan mee goreng udang. 



Bukan main lagi Ahmadenijad menyuap makanan ke dalam mulutnyer... besarnya nganga. 



A'shadieeyah yang tak sabar nak makan udang...siap tunjuk lagi udang yang ader dalam mangguk ummi tu.



Tengok tuu ader tangan yang nak ambil udang goreng yang panas-panas tuu.. sekali Ahmadenijad pegang... "aduiii panasnyer" kata Ahmadenijad ; )


Selesai menikmati mee udang dan mee goreng udang, hidangan yang kami baru pesan iaitu udang goreng bersalut tepung merupakan menu penutup kami...hahahaa
Meratah udang goreng pulak. A'shadieeyah dan Ahmadenijad memang suka sangat laa makan udang nie.

Selesai jer kami makan di sini, kami pun bergerak ke Taiping. Destinasi yang sememangnya kami sangat suka. Kami pergi ke Zoo Taiping. Ramainya pengunjung kat sini. Kami beratur lama untuk membeli tiket. Malah, ketika saya beratur untuk ke tandas juga terpaksa laa beratur panjang.  Cerita gi Zoo Taiping tu sambung di entry yang lain ya...  : )










Wednesday 15 January 2014

WilDLlife Park, PhiLiP IsLanD ( Part 6 # Melbourne - In Spring )


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part 6 )

Wildlife Park, Philip Island
19 November 2013 ( Selasa )





Cuaca kat sini cukup baik, cerah dan udara yang nyaman. Sekitar jam 6.30 pagi, keadaan langit dah cerah dan fajar semakin menyingsing. Pagi nie ( 19 November 2013 ; Selasa ) kami akan bergerak ke Philip Island. Philip Island terletak di bahagian Tenggara Victoria. Sebelum tu sempat laa juga kami berposing-posing kat beranda luar bilik penginapan kami. Sekitar jam 7.30 pagi kami meneruskan perjalanan. Perjalanan memang jauh dan memakan masa lebih kurang 2 jam. Disebabkan keadaan kereta kami yang sering bermasalah, perjalanan menjadi semakin panjang. Di pertengahan perjalanan, kereta buat hal lagi, macam biasa kereta hanya akan bergerak 40 kmj. Kami singgah di stesen minyak dan matikan enjin untuk enjin rehat kejap..hhehehehe



Di stesen minyak, berhenti rehat seketika.


Alhamdulillah, sekitar jam 10.40 pagi ( waktu di sana ) kami tiba di Wildlife Park, Philip Island. Bayaran nak masuk ke sini ialah AUD 17 seorang. Tiba di sini, keadaan tenang jer dan kenderaan pengunjung pun tak laa banyak. Masuk jer dalam Wildlife Park, kami terlihat haiwan-haiwan yang comel-comel. Keluasan kawasan Wildlife Park nie memang besar jugak, jenuh laa juga kaki melangkah tetapi terubat laa juga kepenatan tu dengan keadaan pemandangan yang menarik.

Tempat nie memang banyak kanggaru, dari yang kecil hinggalah yang besar. Seronok sangat tengok kanggaru-kanggaru nie, manja dan baik jer. Kanggaru tu akan datang kepada kita sekiranya kita memberi makanan kepadanya. Makanan untuk haiwan di sini boleh dibeli dikaunter dengan harga AUD1 jer.



Landak nie mulut dia muncung jer heheehee


Koala yang suka tidur jerrrr… malas betuiiii hahahaa


Haiwan yang berbulu lebat berwarna coklat tu ialah WOMBAT ...


Inilah tempat tinggal Wombat… dalam tanah. Sebab tu laa badan dia comot dengan tanah heheheee


Pemandangan yang indah di Wildlife Park.



Haiwan yang jinak. Tapi bila haiwan nie patuk nak ambil makanan di tangan saya…geli dan tajam lak paruhnya mematuk.



Tak tau apa nama haiwan nie, kaki dia macam itik.


Spesis pokok yang menarik dan unik.



Gambar di sebelah kiri ialah dinding rumah yang diperbuat dari ranting kayu. Manakala disebelah kanan pula gambar pokok yang berbunga putih serta sangat menarik.



Berjaya juga ambil gambar nie…Lompat tinggi-tinggi hehehehee


Lompat lagi… 


Fobia dengan angsa, biasanya kalau kat tempat kita angsa nie suka kejar orang dan agresif sikit. Berbeza angsa di sini yang baik dan tak der laa asyik nak menyudu kita atau mengejar kita.

Selain kanggaru, ada juga pelbagai jenis haiwan seperti koala, wombat, tasmanian devil, angsa dan pelbagai jenis burung dan banyak lagi haiwan di sini. Gajah, zirafah, badak sumbu, buaya tu tak der la yer ...hehehehhee



Seronok bagi kanggaru nie makan…macam kebulur sangat jer kanggaru nie hahahaa
Ada juga kanggaru yang suka pegang tangan saya ketika memberi mereka makan. Terasa tajam kuku kanggaru dan geli lak rasa tangan kerana dijilat oleh kanggaru.



Punyer laaa besar anak kanggaru nie, nak jugak masuk ke dalam kantung ibunya. 


Cuba tengok kat perut kanggaru nie, anak nyer sedang masuk dalam kantung ibunya. Sangat teruja tengok heheheee...

Spesis burung unta kot… kepala gondol dan kebiru-biruan : )



Pemandangan yang indah… Subhanallah


Rumput yang berbunga kuning nie cantik pulak : )




Berbunga jingga dan sangat cantik dipandang.


Cantiknyer bunga nie, warnanyer sangat menarik.




Berbunga putih bersih sungguh menarik pandangan mata : )






Setelah penat meredah kawasan di sini, kami pun minum air tin dan duduk berehat seketika. Kemudian kami singgah ke kedai cenderahati, banyaknyer anak patung koala dan kanggaru. Kami setakat jeguk-jeguk jer  : )


Layan jer laaa gambar-gambar yang diambil di Wildlife Park nie yer : )
Paling tidak dilupai, di pintu masuk tu jangan lupa beli makanan untuk haiwan di sini. Teringat lak, suami beli makanan haiwan tu dan entah macam mana, plastik pembungkusnyer bocor. Habis bertaburan makanan tu di lantai. Penjaga kaunter tu punyer baik, dia beri bungkusan makanan yang baharu kepada kami dengan muka yang senyum manis punyer hehehee...






Tuesday 14 January 2014

ApoLLo BaY & AnGeLSeA ( Part 4 # MeLBourne - In Spring )


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part  4 )

Apollo Bay & Angelsea
18 November 2013 ( Isnin )


Menjamu selera di kedai nie, setelah penat menikmati pemandangan di GOR.

Selepas penat menjelajah ketiga-tiga tempat di Great Ocean Road (GOR), Port Campbell, kami bergerak ke Apollo Bay untuk mencari kedai makan. Perut tak der laa rasa lapar sangat pun, agaknya cuaca yang sejuk dan rasa seronok melihat pemandangan yang indah hingga terlupa untuk rasa makan ….hehehehhe

Apollo Bay, pekan kecil tetapi menarik dan kita boleh lihat bersebelahan dengan jalannya ada laut dan pantai yang sangat cantik, subhanallah. Kami tiba di sini sekitar jam 2 petang ( waktu di Melbourne). Kami jalan-jalan di deretan kedai-kedai. Sambil jalan-jalan, kami mencari-cari kedai makan untuk mengisi perut : )



Suami sedang memesan makanan di kaunter.



Dapat resit dulu, makanan belum sampai lagi. Perkhidmatan kat kedai nie pun bagus, makanan cepat jer sampai. Antara menu untuk hari nie, Butterfish dan Min Chips, Teh Chamomile panas, Scallops and Chips.


Teh Chamomile tu jenama Lipton  : )



Scallops and  Chips ,  yang diletakkan sedikit hirisan lemon. Scallops atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai (Kekapis) nie memang sedap. 



'Butterfish and Min Chips'




Laluan yang tidak sibuk, pemandangan yang indah. Bergambar di tepi bunga-bungaan putih yang cantik. 



Deretan kedai yang terdapat di Apollo Bay.



Di hadapan jalan tu ada kedai 'Fruit and Vege', selesai menjamu selera kami singgah ke sini untuk membeli buah ceri. Sekilo AUD 19.90, tetapi berbaloi memang sedap buah ceri nie berbanding yang kami beli di Victoria Market. Buah epal kat kedai nie pun memang sedap. 



Ini pantai di Apollo Bay, kuat sangat angin yang bertiup. Cuba tengok beg sandang saya tu, tutup beg tu terangkat sebab angin yang kuat. Bila angin bertiup kuat, rasa sejuk sangat walaupun matahari cerah memancarkan sinarannya : )

Taman yang dihiasi dengan arca kayu terletak berhampiran dengan pantai di Apollo Bay.

Pemandangan di sepanjang jalan raya ketika kami ingin pulang semula ke Victoria. Jalan raya sememangnya bengkang bengkok dan kami dapat menyaksikan keindahan pantai dan laut yang membiru. 



Perjalanan menuju ke Angelsea.

Perjalanan kami diteruskan untuk pulang semula ke Victoria. Sebelum tu, kami singgah sebentar di Angelsea. Tempat nie bersih jer dan tenang. Berhenti kat sini pun sekejap, sekadar menikmati pemandangan indah di sini.



Di sebelah kanan gambar ialah laluan untuk ke tandas. Tandas kat sini bersih sangat, walaupun tak der orang jaga untuk bayaran masuk ke tandas : )

 Nampak unik sangat pokok nie : )

 Pemandangan yang indah di Angelsea.

Perjalanan kami diteruskan dari Angelsea ke Victoria untuk menuju ke tempat penginapan kami di St. Kilda. Sepanjang perjalanan untuk ke Victoria, kami menikmati keindahan pantai dan air laut yang begitu indah.
Sambung lagi yer perjalanan kami ke tempat penginapan di St. Kilda, Victoria…  (Part 5 # MeLBourne - In Spring)







PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...