IKLAN

Monday, 30 June 2014

APC 2013 - 24 Jun 2014




Kerani menghulurkan sehelai kertas. Belum sempat saya membaca surat tersebut, kerani mengucapkan tahniah kepada saya. Saya terkejut juga, TAHNIAH untuk aper? Surat ditangan terus dibaca dengan teliti. Sesuatu yang tidak disangka kerana, surat tersebut menyatakan saya terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Alhamdulillah, terima kasih atas segala yang telah diberikan olehMU Ya Allah SWT.

Bertempat di SMK Sungai Long Baru, diadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 yang diadakan pada 24 Jun 2014. Acara bermula dengan nyanian lagu kebangsaan dan kemudian tarian oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan. Selesai acara menyampaikan ucapan, sampai laa pula acara menyampaikan sijil kepada penerima anugerah ; )



Murid-murid yang berpakaian cantik dan berwarna ceria sedang menari di atas pentas : )

Selesai majlis penyampaian hadiah, kami menjamu selera. Lepas tu apa lagi BALIKKK lerrrr hihiii...



A'SHADIEEYAH HAFTHAH ~ 3 TAHUN ~ 2014




Aksi A'shadieeyah ketika memakai pakaian yang ummi beli di Hatyai, Thailand (gambar kiri ) manakala gambar sebelah kanan ketika dia berusia 2 tahun 10 bulan pada 11 Mei 2014. 

Tanggal 30 JUN 2014 merupakan tarikh lahir untuk ummi dan A'shadieeyah Hafthah. Pada tika ini usia ummi pun menginjak ke satu angka dan begitu juga A'shadieeyah semakin membesar. Jika sebelum ni A'sha masih lagi pelat bertutur tapi bila masuk jer 3 tahun seakan berubah. Tiada lagi sebutan ' aper, maneer, ayer (saya)' dan beberapa perkataan lain. Ummi pun baru perasan bila A'shadieeyah  bertanya " Ummi nak gi mana? " Sebutan ' mana ' tu memang bahasa baku laa hihiii

Tak per laa A'sha, ada peningkatan dari segi sebutan. Tapi ummi dan abah rasa rindu lak nak dengar A'sha sebut perkataan saya iaitu " Ayer ". Kalau dulu bila ummi panggil A'sha, maka A'sha akan sebut " Ayer, aper umie " .  

Bila ummi dengar sekarang A'sha dah sebut bahasa baku, maka ummi rasa rindu nak dengar perkataan yang A'sha sebut dulu. Bila ummi sebut sebutan yang dulu, A'sha dah tak nak ikut. Dah semakin besar anak ummi nie. SeLamaT HaRi Lahir Buat A'sha dan Ummi. 



Nie ummi A'shadieeyah hihiiii…



A'shadieeyah Hafthah pada waktu nie berumur 2 tahun 6 bulan ( 26 Disember 2013). 








Sunday, 22 June 2014

MAiN BeLoN



Malam nie iaitu 22 Jun 2014 (Ahad) dah janji dengan Ahmadenijad dan A'shadieeyah nak bawa mereka bermain di taman permainan.



Bersemangat sungguh Ahmadenijad bermain belon nie. Seronok tengok anak-anak gembira dapat keluar rumah dan bermain dengan bebas. Yer laa kan, anak-anak sekarang asyik terkurung jer.Nak suruh bermain sendiri masih kecil dan takut tak pandai jaga diri lagi. Biasa laaa...zaman sekarang macam-macam berlaku, jadi ibu bapa perlu berjaga-jaga.



Abang Ahmadenijad suka laa sangat main belon gergasi nie.

Penat bermain, ummi dan abah bawa anak-anak makan satay Kajang Samuri. Anak-anak memang lapar laa, sebab penat bermain lari sana sini...hihiii  A'shadieeyah lak memang tak sabar dah nak makan nie.



Muka mengada-ngada dan muka penat menunggu makanan sampai sebab dah lapar sangat hahahaaa...



Aper lagi dipandang...ngap jer laaa hihiiii



 Kuah satay dan nasi impit.






Saturday, 14 June 2014

TiDo BeRaSinGaN - Anak-Anak ~ Jun 2014 ~

Tanggal 14 Jun 2014 kami tidur berasingan bilik. Malam nie, Ahmadenijad dan adiknya A'shadieeyah setuju nak tidur di bilik mereka sendiri. Kalau sebelum nie, semuanya nak tidur sebilik dengan ummi dan abah. Tapi malam tu, mereka sendiri dengan rela hati masuk bilik sendiri dan tidur di sana. 

Ada kerisauan di hati ummi, yer ker mereka berdua nie akan tidur di bilik sendiri. Terjaga ker adik nanti dan mencari ummi. Macam-macam perkara yang difikirkan tentang adik dan abang nie. Masalah tak besar pun cuma kepercayaan ummi jer terhadap anak-anak macam kurang percaya dan terasa rindu lak dengan mereka berdua. Yer laa, si abang tu dah nak masuk 6 tahun baru nak berenggang. Si adik lagi laa kesian baru 2 tahun 11 bulan kena lak tidur berasingan. Tapi itu semua cabaran untuk ummi abah dan anak-anak. Mereka semakin membesar dan perlu pandai berdikari dan tidur di bilik masing-masing.



Gambar nie diambil pada 15 Jun 2014 dalam bilik adik dan abang Ahmadenijad. Tika nie A'shadieeyah dah nak masuk 3 tahun pada 30 Jun 2014. Manakala abang Ahmadenijad pula nak masuk 6 tahun pada 10 Julai 2014.





Pernah juga suatu ketika Ahmadenijad nak tidur dibiliknya, tapi tengah malam merayap lak ke bilik ummi jugak hahahaaa : )


Akhirnya berjaya jua dua adik-beradik nie tidur di bilik berasingan dengan ummi dan abah. Sehingga blog ini di tulis pada 16 Jun 2014, mereka masih lagi tidur di bilik mereka. Tiada menangis, merengek dan merayap ke bilik ummi dan abah hahahaaa. Syabas anak-anak ummi, perlu berdikari yer : )