Wednesday 2 July 2014

Persiapan UmRaH ~ RaMaDHaN 1435 H / 2014 ~ Part 1

UMRAH ~ RaMaDHaN 1435 H / 2014
PeRSiaPaN UMRAH ( Bahagian I )



Puasa tahun nie (2014), jatuh pada 29 Jun 2014 ( 1 Ramadan 1435 H ). Debaran hati kami makin terasa, gembira tidak terkata, riang keseronokkan tidak terhingga hingga tiada kata yang boleh menggambarkan betapa gembiranya kami kerana tahun ini di bulan Ramadhan kami diterima untuk mengunjungi rumahmu Ya Allah SWT. Seminggu lebih jer lagi dari tarikh dijangka untuk berangkat, barulah kami dapat keputusan untuk visa. Visa kami diluluskan.

Pelbagai perkara perlu diambil kira untuk persiapan kami menunaikan umrah pada tahun ini. Persiapan diri sendiri untuk menjadi insan yang mulia dan disayangi olehNya. Mengingati dosa-dosa yang dilakukan dan memohon doa serta bertaubah kepadaNya.

Kami juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan serta mengambil suntikan. Beberapa buah klinik swasta yang kami pergi untuk dapatkan suntikan, jawapan hampa telah habis. Kalau nak suntikan tu kena tempat pulak. Ok la, akhirnya segalanya berjalan dengan lancar.

Selain itu, ada bebrapa perkara lagi yang kami perlu sediakan. Di bawah ialah dokumen yang diperlukan untuk buat pendaftaran ( copy dari laman sesawang Rayhar ) :

1. Passport Antarabangsa yang tarikh tamat sah laku tujuh (7) bulan ke dari tarikh berlepas dan   mempunyai 3 muka surat kosong.
2. 4 keping gambar warna ukuran 6 x 4 cm, focus dari kepala ke dagu 4cm, jarak telinga ke telinga 3cm serta latar belakang warna putih.  

(Lelaki-Tanpa Kopiah/songkok/baju berkolar manakala Perempuan – Bertudung Hitam)

3. Salinan Sijil Kelahiran (cop di jpn) jika anak perempuan / lelaki ikut serta dan mykid bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun.
4. Salinan Surat Nikah (Cop pejabat agama) jika suami isteri pergi bersama.
5. Buku Rawatan Kesihatan Antarabangsa (Vaccine ACYM-135)
6. Surat Perlepasan Sekatan Perjalanan dari jabatan berkenaan (Jika berkaitan)
7. Lain-lain Dokumen yang perlu akan dimaklumkan kemudian berdasarkan perihal seseorang pemohon.
Segala dokumen nie suami yang uruskan, memandangkan saya akan pergi bersama suami dengan  pakej dari RAYHAR. Memandangkan kami perlu menyediakan buku rawatan kesihatan, maka kami perlu mengambil suntikan. Satu suntikan diperlukan untuk vaksin ACYM-135  dengan sekali suntikan RM 150 diambil pada 11 Mei 2014. Suntikan nie memang untuk semua jemaah yang ingin mengunjungi Tanah Arab. Suntikan kedua saya terlupa lak untuk aper manakala suntikan ketiga ialah Pneumococcal Vaccine diambil pada 28 Jun 2014.
Suntikan ke 3 tu menyebabkan lengan saya yang dicucuk tu membengkak. Malahan tangan berasa sakit dan sengal sangat-sangat. Berdenyut-denyut lak masa nak tidur tu. Tak tahu laa, agaknya selepas cucuk petang tu, malamnya mengemop lantai. Agaknya tangan yang bekas dicucuk tu bekerja kuat maka sakit laa ia … entah laa teori sendiri jer. Jadi untuk pergi umrah nie, kami mengambil 3 jenis suntikan. 

Pada 21 Jun 2014, kami mengikuti kursus sehari di Majid As-Syakirin, KLCC dari pagi hingga jam 4.30 petang. 

Masjid As-Syakirin, KLCC

Malahan kami juga dah dapat beg-beg dari RAYHAR dan semuanya berwarna ungu, cantik sangat : )
Sepatutnya kami berangkat pada 2 Julai 2014, tetapi disebabkan ader peraturan dan undang-undang baru dari Arab Saudi, visa kami lambat juga dapat. Masa kami untuk menunaikan umrah dipendekkan dan kami dimaklumkan tarikh kami berangkat pada 3 Julai 2014 (Khamis). 
Alhamdulillah, syukur kerana visa kami diluluskan untuk ke sana walaupun tempohnya dipendekkan sikit. Kurang sehari jer pun. Malahan pada awalnya kami dimaklumkan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines, tetapi bertukar pula kepada pesawat FLYNAS. 
Persiapan untuk baju-baju dan telekung dah ader, saya guna telekung yang sedia ada jer, tak beli yang baru pun. Suami jer yang membeli baju baru untuk kegunaannya di sana. Saya pula hanya menempah jubah putih manakala tudung saya buat sendiri.
Esok nak bertolak, malamnya baru kami mengemas segala barang keperluan untuk dibawa. Pagi 4 Julai 2014 tu kami dah bersiap awal. Jam 7.15 pagi kami dah hampir bersiap dan keluar dari rumah. Anak-anak ditinggalkan dengan kakak, pagi nie bawa anak-anak terus keluar dan tinggal bersama kakak. Anak saudara menghantar kami berdua ke lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



Di KLIA

Setibanya di sana (KLIA), kami berkumpul di satu tempat ditingkat 5. Kami diberi tag nama untuk digantung pada leher. Selepas tu, kami perlu mendaftarkan beg. Segalanya diuruskan oleh agensi. Kami tak perlu beratur pun untuk menunggu. Sangat mudah segalanya diatur oleh agensi.
Kami diberikan taklimat oleh pihak agensi dan passport diberikan kepada kami. Sesiapa yang dah dapat passport boleh laa bergerak menaiki trans untuk ke balai berlepas.
Penerbangan kami dijangka pada jam 12.45 petang, kami pun akan berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan. 
Sambung UMRAH ~ RaMaDHaN 1435 H / 2014 ~ Part 2





 

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...