Wednesday 28 January 2015

~ Ho Chi Mint ~ Part 1


Sekitar jam 10 pagi, kami dah bergerak ke KLIA ( Kuala Lumpur International Airport ), ramai juga laa orang dan barisan beratur pun memang panjang dan lama menunggu. Selalu bila balik kampung pun tak panjang macam nie barisan. Penerbangan kami petang pada 20 Disember 2014 ( Sabtu ) ke Ho Chi Mint. Flight kami ditunda kerana keadaan cuaca yang buruk, hujan lebat sangat. 

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Terus gi ke tandas dulu, bila beratur kat kaunter imigresen dah tak der orang, lenggang. Kami 2 keluarga berkunjung ke sana, semua kami beratur dalam satu barisan. Kesilapan buat kami serta ketidak jujurannya orang yang bertugas tu. Kami dilepaskan dan diarahkan terus keluar manakala suami berurusan dikaunter tersebut. Lelaki tu (yang berada di kaunter imigresen ) minta wang, banyak juga, tapi suami bagi RM40 duit Malaysia. Tak amanah punya orang, tidak menunujukkan sikap yang baik. Awal-awal lagi kami mempunyai pemikiran negatif dengan masyarakat di sini. Itu bab di lapangan terbang. 

Lepas ambil bagasi, terus mencari kaunter teksi VINASUN. Tak der pulak teksi ni dalam lapangan terbang. Kami pun mencari di luar dan keadaan sememangnya sesak dengan manusia. Kebetulan pula yang sama flight dengan kami tadi rupanya ada artis India. Patut laa sesak sangat lapangan terbang nie. Keadaan macam kelam-kabut dengan orang yang ramai dan nak cari kaunter teksi Vinasun pun tak nampak bayang. Kami didatangi oleh seorang lelaki dan menunjukkan kad teksi VINASUN. Apa lagi kami pun ikut jer dan pemandu teksi tu pula terus tarik beg kami. Kami sedar bila lihat van yang kami naiki tidak tertera teksi yang kami ingini. Nak patah balik rasa takut pula sebab beg kami dah dibawa oleh pemandu tu dan tak nak apa-apa berlaku pada kami, kami ikut jer laa walaupun bayaran nyer memang mahal dan tidak ikut meter. Sekali lagi TIPAH TERTIPU. Walaupun kami dah tahu kena guna teksi VINASUN tapi tak sangka lak ader yang menipu dengan cara menunjukkan kad VINASUN. Jadi harapnya jangan percaya dengan orang yang menunjukkan kad dia adalah pemandu teksi VINASUN, mereka penipu : (

Alhamdulillah sampai juga kami ke hotel kami nie : ) sekitar jam 5.30 petang waktu di sana.



Pemandangan di lobi (sebelah kiri) dan katil yang besar  ( Gambar kanan )




Gambar-gambar suasana di lobi dan di dalam bilik hotel kami. Boleh laa selesa juga ; )


Sampai di bilik hotel, kami berehat seketika. Lepas berehat baru laa keluar untuk makan. Kami makan di Kedai Makan Basiroh yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Turun jer tangga hotel di sebelah kirinya. Selesai jer makan, apa lagi jalan-jalan di pasar malam kat sini. Tapi masa kami pergi tu belum banyak gerai yang buka, mereka baru nak buka khemah. Jadi kami hanya jalan-jalan beli buah yang terletak di tepi-tepi jalan raya. Beli buah ciku yang besar dan manis. 


Senarai menu dan harga di kedai makan Basiroh.


Saya pesan nasi goreng kampung ( gambar kiri). Sedap juga laa rasa nasi nie : )
Gambar kanan ialah kueh tiew goreng dan telur mata : )



Air kopi ais yang saya pesan dan anak saudara lak pesan air kelapa. 


Selesai makan, jalan-jalan sekejap kat depan hotel tu. Tapi tak buka lagi pasar malamnya. Naik semula ke bilik dan selesai urusan solat dan berehat, kami turun semula untuk ke pasar malam. Sangat meriah pasar malam nie. 

Penat berjalan-jalan di pasar malam, apa lagi perut pun rasa lapar dan kami nak mencuba makanan yang terkenal di sini iaitu 'PHO DAGING'. Kami singgah di Kedai Muslim dan makan di situ.




Ini Pho Daging, makan kat kedai di sini akan diberi daun selasih. Itu yang istimewanya, mula-mula saya letak sikit jer daun selasih, takut tak sedap. Tapi bila tengok ada seorang pemuda tempatan di sini yang makan pho daging dan dipetik-petiknya daun selasih tuu dan ditaburkan ke dalam pho macam sedap jer. Rupanya, memang sedap, saya pun apa lagi letak laa daun selasih banyak-banyak hihiii. Kat kedai nie pun dia bagi daun selasih memang banyak.

Pemandangan waktu malam dari bilik hotel  kakak ipar.
Selesai makan, perut dah kenyang jadi apa lagi naik ke bilik dan berehat. Sebelum naik ke bilik, sempat menyinggah lagi beli kopi vietnam yang memang kaw..kaww sangat kopinya. Sepanjang kami kat sini, boleh dikatakan setiap hari berkali-kali kami membeli air kopi kat sini : )
Selesai cerita hari pertama kami di sini, sambung laa pulak yer episod yang lain  ; )





Monday 26 January 2015

CIKGU Call


Masa perhimpunan hari nie (26 Januari 2015 : Isnin) akan diadakan Majlis Perlantikan Pengawas. Majlis ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Cyber Squad, dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya.






Ceria jer muka anak murid yang dilantik sebagai pengawas pusat sumber.

Balik sekolah, rehat seketika dan kemudian bawa suami pula ke klinik. Semasa di klinik, cikgu Ahmadenijad telefon... kenapa la pulak nie.

Kenapa pulak laa cikgu call nie. Masa tu ummi dan abah kat klinik sebab suami tak sihat. Lepas jer bawa suami pergi klinik terus bergegas pulak ke sekolah anak. Cikgu call suami maklumkan bahawa Ahmadenijad muntah di kelas. 



Ahmadenijad dalam keadaan lemah jer, agaknya sebab muntah. Baju T-shirt yang dipakai tu ialah baju pinjam kepunyaan sekolah. Baju Ahmadenijad habis kena muntah.

Ummi pun mula laa menyiasat Ahmadenijad. Macam mana boleh muntah pulak nie? Ahmadenijad pun bagi tahu bahawa dia batuk dan semput. Batuk sampai sakit sangat katanya. Lepas tuu Niejad muntah laa... ooo gitu ker Ahmadenijad. Yer laa, ummi faham 

Baju sekolah Ahmadenijad kotor dengan muntah dia. Dia basuh sendiri kat bilik air sekolah. Dia kata dia basuh banyak kali hihiii... tu yang sampai kasut sekolah lenjun basah. Ummi hairan jugak kenapa laa kasut Ahmadenijad basah. Rupanya dia bagi tau laa hal yang dia basuh baju tuu untuk buang sisa muntah. 

Lepas pergi klinik dan ambil ubat, keadaan Ahmadenijad ok sikit. Esoknya Ahmadenijad hanya pergi ke sekolah agama jer. Sekolah Kebangsaan disebelah petang tu, rehat dulu laa yer. Takut dia masih tak berapa sihat sangat.





Saturday 24 January 2015

Makan Chiken Chop


Hari nie 24 Januari 2015 (Sabtu), macam biasa tempat yang kami suka makan... Econsave hihiii. Menjamu selera untuk 'MERARAU'. Tengok gambar pun ok juga kan, tanpa perlu kata-kata hahaaa...



 
Nasi ayam kat sini memang sedap dan murah.


 
A'shadieeyah pilih makanan nie, chiken chop. Kuahnya dalam mangkuk kecil tu.


 
Ahmadenijad makan laksa, laksa pun sedap juga : )


 
Dalam kereta nak balik rumah dah, A'shadieeyah bermanja lak dengan abah. Sidai pipinya kat bahu abah. 




Friday 16 January 2015

IKan BaKaR


Malam nie pada 16 Januari 2014 (Jumaat), ajak mak ayah menjamu selera kat Restoran Tok Bali ~Ikan Bakar~ di Jalan Bangi. Pertama kali jejak ke sini dan rasa makanan kat sini pun sedap dan harga berpatutan. 



Medan Ikan Bakar ~ Restoran Tok Bali 



Sup sayur, kailan ikan masin dan ikan bakar. Semuanya sedap-sedap belaka ; )



Udang bersalut tepung.



Tom yam campur. 



Ahmadenijad maken mee goreng, makanan kegemaran dia hihiii...



A'shadieeyah yang tumpahkan air kena kat ummi... huhuuuu
Selesai makan, memang puas hati sebab harga berpatutan dan sedap : )





Friday 2 January 2015

Orientasi TahuN 1 ~ 2015

 Selamat Tahun Baru 2015. 
Hari nie 2 Januari 2015 ( Jumaat ) maka Ahmadenijad perlu menjejakkan kakinya melangkah ke alam persekolahan. Memasuki alam sekolah rendah, berbeza dengan berada di prasekolah atau tadika.  Hari nie hanya orientasi sahaja untuk murid-murid Tahun Satu. Tahun nie kelas Ahmadenijad seramai 45 orang murid. Ahmadenijad ditempatkan di kelas 1-C5.

Kami keluar awal dari rumah supaya sampai ke sekolah sebelum pukul 8 pagi. Ummi hanya menghantar Ahmadenijad yang ditemani oleh mak su untuk ke sekolah. Maklumlah ummi juga perlu menguruskan anak-anak murid ummi yang ingin mendaftar di Tahun 1. Begitulah hakikat seorang guru, sentiasa berkorban untuk anak muridnya. Justeru, ummi tidak dapat menemani anak ummi pada hari ini. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang akan mendatang di alam persekolahan anakku.





 Hiasan pentas di sekolah yang cantik dan menarik.



Ahmadenijad  di kelas 1 Cempaka 5 ( 1C5 )



Ibu bapa yang menemani anak-anak untuk orientasi Tahun 1 di kelas 1-C5


Ahmadenijad ditemani oleh ummi, ketika pulang dari orientasi. Orientasi habis awal sekitar jam 11 pagi. Tapi kena ambil anak ummi nie lambat sekitar jam 12.30 tengah hari sebab urusan ummi menguruskan murid Tahun 1 di sekolah belum selesai. 



Persiapan baju Ahmadenijad yang dah siap disaterika dan buku-buku untuk sekolah agama.

Pada 12 Januari, bermulalah persekolahan bagi tahun 2015. Sepatutnya 5 Januari sudah bermula persekolahan bagi tahun nie tapi Menteri Pendidikan mengumumkan cuti pada minggu tersebut di atas masalah banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Pada 12 Januari ( Isnin) abah yang menguruskan Ahmadenijad untuk sekolah agama dan sekolah rendah. Seawal pagi 7.45 pagi telah bermula pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama sehingga 10.45 pagi. Sekolah Kebangsaan pula bermula pada pukul 1.10 petang hingga 6.30 petang.



Ummi berkesempatan berjumpa dengan Ahmadenijad pada waktu rehat. 

Waktu rehat untuk hari pertama sekolah, Ahmadenijad berdikari bergerak sendiri. Ummi dan abah lepaskan jer dia pergi ke kantin. Tengok-tengok dia beli aiskrim perasa coklat. Kelihatan Ahmadenijad duduk di kerusi kantin. Ummi pun menghampiri Ahmadenijad, tapi Ahmadenijad  tak suka ummi tengok dia. Mungkin dia rasa dia dah besar dan dia boleh buat semuanya. Macam mana pun   Ummi dah tegur Ahmadenijad supaya jangan beli aiskrim lagi untuk masa akan datang. 



Ahmadenijad makan aiskrim, A'shadieeyah baik jer tak minta pun. Kesian adik macam teringin jer hihiii... 


Hari ke dua pula ummi pergi ke sekolah Ahmadenijad untuk mengambil Bantuan Awal Persekolah sebanyak RM 100.  Sebelum tu, ummi pergi beli seluar sukan dan tempah tanda nama Ahmadenijad. Kemudian ummi pun tunggu laa sehingga Ahmadenijad keluar rehat. Hari ini, murid Tahun 1 keluar awal rehat iaitu pada jam 3 petang. Agaknya kerana hendak memberi Bantuan Awal Persekolahan yang bermula pada pukul 3 petang hingga 5 petang. Waktu rehat tu, ummi lihat murid-murid dari kelas 1-C5 dah keluar. Muka Ahmadenijad tak jugak kelihatan di kantin sekolah, biasalah sukar nak mengecam Ahmadenijad di sebalik ramainya murid-murid yang memakai baju seragam sekolah. Tiba-tiba kedengaran suara Ahmadenijad di belakang ummi, betul tu suara dia. Pada tangan Ahmadenijad ada sesuatu yang dibelinya. Ahmadenijad bergerak ke kaunter di kantin untuk membeli makanan. Lepas tu, ummi dah terlepas pandang Ahmadenijad di mana. Mata meliar mencari Ahmadenijad dan akhirnya terlihat dia sedang makan di hujung bangunan di mana terletaknya kelas Ahmadenijad. Ahmadenijad leka makan sosej yang dibeli. Terlihat ditangannya ada kad permainan dan bungkusan gula-gula. Bila ditanya dan disoal siasat, rupanya dia pergi keluar sekolah untuk membeli barangan tersebut. Errmmm... apa lagi Ahmadenijad pun kena ceramah laa dengan ummi. Risaunya ummi dengan perangai Ahmadenijad yang berani nie. 

Hari ke tiga persekolahan, ummi bekalkan Ahmadenijad dengan spagetti. Jadi hari nie, Ahmadenijad kata dia makan spagetti dan duit tidak dibelanjakan. Alhamdulillah, semoga Ahmadenijad tidak membazir. Tapi hari Khamis, Ahmadenijad beli aiskrim lagi katanya. Walaupun dah bawa bekal nugget ayam.

Hari Jumaat, balik rumah Ahmadenijad mengadu kena cakar dengan kucing. Habis tangannya dicakar kucing dan juga kat pipi. Ahmadenijad bercerita pasal kena cakar kucing. Ummi dengar jer laa, dia kata pasal kucing betina yang mencakar dia tu ; )

Inilah pengalaman seminggu Ahmadenijad bersekolah : )

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...