IKLAN

Saturday, 28 February 2015

CeNDoL BaKaR ~ TeRaS JeRnanG


Hari nie (19 Februari 2015) kami jalan-jalan sajer-sajer nak survey rumah. Penat-penat gi laa makan kat tempat biasa di Restoran Kembangan Paradise. Saya pun dah pernah cerita dan upload gambar tentang restoran nie. Makanan sedap dan harga berpatutan serta tempat bersih dan cantik : )

Air longan yang menjadi kegemaran kami, buah longan memang habis kena belasah dengan si kecik A'shadieeyah. 

Kami : )

Nasi goreng dan mee hoon goreng : )


Nasi kerabu menjadi pilihanku : )


Petangnya tiba-tiba lak teringin nak makan cendol petang-petang hari nie : ) Cuaca panas-panas macam nie memang sedap laa kalau tekak sejuk jer kan makan cendol hihiii

Tanggal 19 Februari 2015 (Selasa)  gi jugak mencuba di gerai CENDOL BAKAR di Teras Jernang.



Kat kedai niee laa kami makan cendol bakar : )




Cendol jagung menjadi pilihanku, memang sedap : )



Hadapan kedai Cendol Bakar di Teras Jernang


Dah kenyang kita balik la pulak yer anak-anak.

Hahahaaa... keesokkannya 20 Februari 2015, datang lagi kat sini dengan mak mertua dan kak ipar pula yer.


Ahmadenijad dengan laksanya dan asha dengan cendol pulak.



Ini pula ialah ABCD   Air Batu Cendol Durian hihiiii...(cendol durian). Sungguh menyelerakan sangat dengan rasa duriannya.



Tak kan tak kenal kot nie apa, hihiii apa lagi laksa kegemaranku laa : )

Jangan lupa cuba makanan kat sini yer, menu utama cendol : ) mai jangan tak mai hihiiii


A'shadieeyah monyok jer penat dan baru bangun tidur, pada  4 April 2015 (Sabtu) kami ke sini lagi : )











Wednesday, 18 February 2015

A'shadieeyah ~ Telekung

Pada tarikah 18 Februari 2015  (Rabu) ditika A'shadieeyah berusia 3 tahun 7 bulan, dia suka sangat melukis dan mewarna. Macam abangnya Ahmadenijad yang memang suka sangat mewarna dan melukis. Abangnya Ahmadenijad suka melukis watak-watak superhero. 


 A'shadieeyah bersama lukisannya ; )



 Macam-macam jer aksi anak ummi nie



Malamnya bergambar dulu yer A'shadieeyah, memakai telekung pemberian mak nya (mak ngah) yang menjaga A'shadieeyah.





Monday, 16 February 2015

CenDoL ~ LakSa

Petang nie, 17 Januari 2015 / Sabtu, ajak mak dan ayah merasa Cendol bawah pokok  Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Ahmadenijad dan Ummi tak makan cendol tapi pesan ABC special. Kami juga makan laksa dan abah lak makan mee rojak. Mee rojak dan laksa kat sini memang sedap. Makan lak di bawah pohon-pohon yang menghijau dengan angin semulajadi tanpa kipas hahahaa...



Ahmadenijad sedang menikmati ABC dan Cendol, yummy...







Mee rojak : ) 
Ada mee kuning, teleur rebus, sengkuang, timen, cucur , taugé dan kuah kacang sebagai kuah kepada mee rojak. Memang mee rojak yang terbaik laa.. sedappp...



Laksa dan ABC pun sedap jugak : )