Sunday 31 May 2015

Laksa Ikan SekoQ

Hari nie 31 Mei 2015 (Ahad) kami sekeluarga menjamu selera tengah hari di Restoran Shariah D'Impiana yang terletak sederet dengan JPJ Bandar Baru Bangi, di seksyen 7. Pertama kali kami singgah makan di sini. Hiasan dalaman restoran nie pun cantik. Restoran nie juga ada ruang berhawa dingin.  


A'shadieeyah dan Ahmadenijad, seperti biasa A'sha makan 'ketam' goreng. A'sha yang pelat sebut kentang menjadi 'ketam' bunyinya. Susah payah ummi nak faham apa yang dituturkan. Ummi kata laa kat sini tak jual 'ketam goreng'. A'sha tetap sebut nak ketam goreng jugak. Akhirnya abang Ahmadenijad yang memahami bahawa A'sha nak kentang goreng. Haiii A'sha, macam-macam karenah dia.


Air kami sekeluarga : )

Ini makanan yang abah pesan.

Ini pula menu yang menjadi pilihan ummi, nasi goreng. Sedap nasi goreng nie yang disertakan dengan udang goreng bercampur sayur kacang panjang dan bunga kobis, hirisan timun dan kentang goreng.

Menu pujangga hati anak ummi laa nie kentang goreng kegemaran A'shadieeyah.

Sekali lagi kami berkunjung makan di sini, tapi sebelah malam pula. Teringat pertama kali datang ke sini, ada terlihat banting yang iklan 'Laksa Ikan Seekor'. Suami laa yang perasan kat sini ada jual laksa. Malam nie (12 Jun 2016~Jumaat) kami datang menjamu selera di sini pula, nak makan laksa ikan SekoQ : )

 Iklan banting di Restoran Sharifah D'impiana,  Laksa Ikan Seekor hanya RM5 sajer.

Inilah laksa Ikan Seekor, memang puas hati makan dan laksa nie memang sedap : )
Saya dan suami pesan laksa nie untuk makan malam.

A'shadieeyah pesan kentang goreng lagi : )

Ahmadenijad pula makan kuew tiew goreng. Tengok laa besarnya pinggan dan banyak lak tu. Air jus oren tu pula kepunyaan saya.





Saturday 23 May 2015

Hari Sukan Tahunan 2015

Sabtu nie (23 Mei 2015), sekolah Ahmadenijad ada mengadakan Hari Sukan Tahunan. Malahan. sekolah saya pun ada Hari Sukan Tahunan yang diadakan di stadium Seksyen 15.  Sedih sangat sebab tak dapat tengok Ahmadenijad bersukan. Walaupun, murid-murid tahap 1 hanya ada sukaneka sahaja.  Tp sebagai ummi kepada Ahmadenijad, sememangnya kita ingin menemani dia pada hari sukan. Lagipun, abah Ahmadenijad masih lagi bertopang  untuk bergerak selepas pembedahan lutut. Namun, demi Ahmadenijad, abah gagahkan jua untuk melihat Ahmadenijad bersukan di sekolahnya. Saya menghantar Ahmadenijad dan Abah ke sekolah, manakala A'shadieeyah terpaksa mengikut ummi. Abah tak larat nak jaga A'shadieeyah dengan keadaan abah yang bertopang. 

A'shadieeyah pada mulanya nak ikut abah, tapi kena paksa juga laa supaya ikut ummi pergi stadium. Sampai di stadium terus mencari khemah rumah Laksamana (Hijau). Menyiapkan hiasan untuk murid-murid yang menyertai perbarisan pada pagi ini. Kami menggunakan tema bagi watak superhero iaitu Hulk. 

Rupa-rupanya semua rumah sukan menggunakan watak-watak superhero dan kartun. Cikgu-cikgu setiap rumah sukan pun tidak ada yang berbincang untuk mengikut tema. Tapi hasilnya, lihatlah kreatif jugak cikgu menyiapkan anak murid dengan bajet yang ciput hihiii. Alhamdulillah, acara berjalan dengan lancar dan yang penting anak-anak murid gembira.

Rumah Laksamana (Hijau)


Ini maskot Hulk yang diperbuat daripada kotak. 








Rumah Syahbandar (Merah). Bukan main lagi A'shadieeyah berjalan bangga bersebelahan dengan Iron Man hihiiii...


Bulan Sabit Merah Malaysia.


Rumah Bendahara (Biru) temanya Smurf dan Rumah Temenggung (Kuning) bertemakan Batman. Semua cikgu-cikgu rumah sukan bertungkus-lumus menyiapkan anak-anak murid dengan peruntukan sendiri (Cikgu belanja) dan peruntukan yang diberikan oleh sekolah RM50.

 Hadiah-hadiah yang dimenangi untuk Kebersihan tempat ketiga, Perbarisan tempat pertama dan Johan keseluruhan Rumah Sukan Tahunan 2015 ialah rumah Laksamana (Hijau). Yeayyy rumah sukan dibawah bimbingan saya dan guru-guru rumah Laksaman yang menang. Laksa...mana hihiiii...



Bersemangat cikgu dan anak murid rumah Laksamana yang menang. Ramai murid-murid yang lain sudah pun pulang kerana acara sudah tamat kecuali sesi bergambar macam niee balik lambat sikit laa yer. 

Ahmadenijad yang sukan pada  hari nie juga seronok kerana ada memperoleh pingat untuk acara sukaneka. Sekitar jam 10 pagi, saya pergi mengambil Ahmadenijad dan abah di sekolahnya dan menghantar mereka pulang ke rumah kerana acara sukan untuk murid Tahap 1 dah habis. Abah pun tak berapa sihat nak tunggu lama-lama kat sekolah Ahmadenijad kerana kaki abah masih sakit lagi.



Monday 18 May 2015

HaRi GuRu ~ 2015

Majlis untuk 'Hari Guru' tahun ini diadakan pada 18 Mei 2015 (Isnin) di sekolah saya pada sesi pagi. Manakala, petangnya jamuan diadakan di 'Sri Bangi Horizon Garden Restaurant'. Restoran nie terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.



Gambar di atas ialah hadiah-hadiah cabutan bertuah untuk guru-guru.


Bertemakan warna merah, hitam dan putih.

Ikan siakap tak pasti masak apa hihii... main makan jer. 

Antara menu hidangan tengah hari ialah daging macam masak kicap, isi ikan celup tepung, udang celup tepung dan tom yam.

Udang masak butter. 

Di sini kami menjamu selera untuk meraikan diri sendiri.

Ayoooo... habis licin makanan, tinggal sisa-sisa yang berbaki sedikit yang perlu dihabiskan. Makanan kat sini sedap dan hiasan dalaman yang menarik serta bersih. 





Sunday 17 May 2015

Hari Guru ~ Anak-Anak 2015

Setiap tahun 16 Mei merupakan Hari Guru. Tahun nie, ummi menyediakan hadiah untuk guru-guru yang mengajar Ahmadenijad dan A'sha. Ahmadenijad dah darjah 1 , jadi tahun nie, banyak hadiah nak bagi untuk guru-guru Ahmadenijad. Ummi memborong laa tupperware sebagai hadiah 'Hari Guru'. 

Malam nie ( 17 Mei 2015 ), mengemas barang-barang tupperware yang dibeli untuk kegunaan sendiri dan juga hadiah Hari Guru.

Ini semua adalah hadiah untuk guru-guru Ahmadenijad dan A'sha. Bertungkus-lumus ummi membalut hadiah-hadiah nie demi anak-anak : )

Ini pula kad ucapan yang ditulis oleh A'shadieeyah. Ummi tulis pada kertas lain dan A'shadieeyah ikut apa yang ummi tulis. Comel jer gambar orang yang A'sha lukis hihiiii... tangan bulat-bulat jer : )

Kad yang ditulis oleh A'shadieeyah, entah apa laaa yang ditulisnya. Ummi tak sempat lagi nak tulis untuk ajar A'sha, dia dah tulis sendiri ikut suka dia. Tak per laa A'sha, kenangan tu tulisan A'shadieeyah : )


 Pada 18 Mei 2015(Isnin), diadakan Hari Guru di sekolah saya. Ini semua sebahagian daripada hadiah-hadiah yang murid-muid bagi. Terima kasih kepada semua anak murid yang memberi hadiah dan mengucapkan 'Hari Guru'. 


Sebahagian hadiah yang diterima daripada murid-murid : )


A'shadieeyah bersama hadiah yang ummi terima. Suka sangat dia nak buka hadiah yang ummi terima daripada murid : )











PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...