Tuesday, 20 March 2012

JaLaN-JaLaN Ke MeLaKa, 2012

Pagi Sabtu (17 Mac 2012), udara yang dingin kerana hujan pada malamnya cukup menyamankan. Saya menyiapkan makanan untuk bekalan ke Melaka, sebab cadanganannya nak makan di tepi pantai atau di taman-taman di Melaka. Segala persiapan telah siap, pada jam 8.15 pagi kami pun bertolak dari rumah. Kami bersarapan dulu di kedai mamak yang berhampiran dengan rumah.

Kira-kira jam 9.15 pagi, kami pun meneruskan perjalanan ke Melaka. Kami masuk keTol Air Keroh, dan singgah di Taman Buaya Melaka. Bayaran RM 10 untuk dewasa manakala Ahmadenijad dan A'shadieeyah tidak berbayar. Memang berbaloi pergi ke sini kerana tempat buaya ini bersih dan terjaga. Buayanya juga besar-besar dan terdapat buaya yang rajin sebab bergerak-gerak untuk bersenam heheee... Buaya yang malas pun ada juga, terbaring jer tak bergerak.agaknya kekeyangan.

Pintu masuk untuk ke Taman Buaya Melaka.

Semasa kedatangan kami di sini juga, kami boleh melihat telur buaya. Secara kebetulan pada hari ketibaan kami, ada buaya yang bertelur dan telurnya banyak juga.

Masuk ke Taman Buaya Melaka juga kita boleh mandi-manda di sini. Bukan mandi-manda dengan buaya yer tetapi di sini juga terdapat taman tema air.


Buaya-buaya di Taman Buaya Melaka. Lihatlah telur buaya yang berselerakan di tebing.

Pada jam 11 pagi, ada persembahan buaya di sini. Dalam kepanasan, kami tetap setia menunggu persembahan yang akan bermula pada jam 11 pagi. Permulaan persembahan diadakan silap mata. Selepas itu, datang pula 4 orang pemuda dan 2 daripada mereka mendekati buaya tembaga yang besar untuk di bawa naik keluar dari air. Lama juga untuk memujuk buaya nie keluar dari air. Akhirnya berjaya juga, dan persembahan yang dipersembahkan ialah memasukkan tangan ke dalam mulut buaya dan meletakkan duit menggunakan mulut ke dalam mulut buaya.

Menyaksikan persembahan buaya dan silap mata di Taman Buaya Melaka. Persembahan tersebut bermula pada jam 11 pagi. Kelihatan wajah Ahmadenijad dan A'shadieeyah yang kepenatan dan berpeluh-peluh.


Bergambar di kawasan 'Malaysia In Miniature' yang terdapat di Taman Buaya Melaka.

Selepas itu, kami pun menyambung perjalanan kami untuk melihat buaya-buaya yang terdapat di sini. Bukan sahaja buaya terdapat di sini, tetapi terdapat juga haiwan lain seperti ular, burung, kura-kura dan sebagainya. Malahan, di sini juga terdapat pelbagai monumen menarik seperti bangunan KLCC, A Famosa, dan sebagainya.

Kami sekeluarga


Walaupun Ahmadenijad kepenatan tetapi tetap memberikan kerjasama untuk berposing apabila ummi nak ambik gambar dia...heheehehe

Hampir 2 jam di Taman Buaya Melaka, kami pun keluar dan bergerak untuk mencari homestay yang terletak di Semabok , Melaka. Akhirnya pencarian kami pun berjaya untuk ke Alisha Homestay. Cukup menarik tempat penginapan nie dengan 2 bilik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan memasak, Astro, WiFi dan sebagainya.

A'shadieeyah model iklan lampin pakai buang...hahaahaaa. A'shadieeyah di tempat penginapan kami di Melaka.


Versi hitam putih lak...model iklan lampin pakai buang menunjukkan aksi yang tak terduga..hahaaa


Selesai menjamu selera pada tengah harinya di rumah penginapan kami di Melaka, kami pun bergerak keluar untuk ke A Famosa. Selesai bergambar dan menjenguk ke A Famosa, kami terus ke Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan  Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A' Famosa

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
 
Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
 
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang. (Sumber : http://www.melaka.gov.my)

Istana Kesultanan Melaka

A'shadieeyah seronok pulak meniarap dan merangkak di Istana Kesultanan Melaka.

Sebelum ke Bangunan Stadhuys dan Air Pancuran Ratu Victoria, kami sempat laa singgah di kompleks membeli-belah yang bersebelahan dengan A Famosa.

 Pancuran Air Ratu Victoria ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.

Di belakang air pancuran ini ialah Gereja Christ yang berwarna merah yang telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda.

 Bergambar berlatar belakang Air Pancuran Ratu Victoria. 

Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Bangunan Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Bergambar di Bangunan Stadhuys



  Kami singgah di Jonker Walk selepas bergambar di Bangunan Stadhuys.


 Ahmadenijad dan atuk bergambar di Umbai.

Malamnya, kami menjamu selera di Umbai, ingatkan nak pergi ke Mydin selepas menjamu selera. Tetapi disebabkan terlalu lama menunggu makanan yang kami pesan, maka batal laa rancangan nak ke Mydin. Namun, kami tetap ke sana keesokkannya. Bersambung ... di entry  ' Zoo Melaka 2012 '.



No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...