Sunday, 16 September 2012

Teacher Appreciation Day, 2012




'Teacher Appreciation Day', 2012 merupakan penghargaan buat guru oleh NSTP.  Hari nie 15 September 2012 (Sabtu), bergerak ke Putrajaya untuk menghadiri 'Teacher Appreciation Day' oleh NSTP. Pertama kali ke majlis nie dan memang rasa teruja sangat nak ke sana. Awal pagi lagi suami menghantar saya ke Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Pertama kali juga menjejakkan kaki ke sini dan saya sudah terpukau dengan kecantikkan suasana hiasan dalaman serta persekitaran dan juga seni bina bangunan yang terdapat di sini. Sesiapa sahaja yang tiba dan bermalam di sini pasti akan teruja dengan keindahan seni bina serta landskap yang menarik di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside ini.


Acara untuk hari ini sememangnya menarik. Setibanya di meja pendaftaran kami diberikan 'doorgift' serta senaskah surat khabar. Saya mengambil tempat di tengah-tengah kerana ruangan di hadapan hampir penuh. Kami dipelawa pula untuk menjamu selera (sarapan) dengan menu nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh serta kuih popia dan kek.

Acara pagi itu diteruskan lagi dengan kehadiran penyanyi kecil molek dan cantik iaitu Sheila Majid. Ini pertama kali saya lihat kak Sheila Majid dan sememangnya orangnya cantik, 'simple' dan muda jer. Seronok berkongsi cerita tentang kecantikan Sheila Majid. Dia tak kedekut untuk berkongsi idea dan pengalamannya. Kehadiran beliau adalah untuk mempromosikan produk kecantikannya iaitu 'JERNEH'.

Pagi yang tenang itu juga kami teruskan lagi dengan acara senamrobik. Apa lagi kami yang baru selesai  makan tadi terus bersenam dan sememangnya baik untuk kesihatan diri...heheee
Acara seterusnya pula ialah demonstrasi masakan oleh chef Florence Tan . Masakan pada hari ini ialah 'Ayam Pongteh' . Fuuyooo...dah rasa memang sedap dan cara nak masak pun senang jer tak susah. Tengok senang laaa buat tak tau laaa jadi ke tidak...hahaaa

Bahan-bahan utama nak masak ayam pongteh ini ialah ayam, kentang, tauchu (ditumbuk @ dikisar), kicap cair, kicap pekat, dan cendawan citaki . Cara masaknyer mudah sahaja, tumiskan bawang putih dan merah hingga bau wangi , masukkan tauchu yang dikisar. Kemudian, masukkan ayam dan air. Seterusnya masukkan cendawan citaki, ubi kentang serta kicap cair dan kicap pekat. Didihkan sehingga  pekat.



Selesai habis acara masak memasak, jam pun nak menunjukkan masa untuk makan tengah hari. Kami pun menjamu selera di ruang makan di tingkat bawah. Banyaknyer laaa menu makanan untuk hari nie, dengan saladnyer, pencuci mulutnyer, kuih-muih dan sebagainya. Saya makan ala kadar jer hahahaa...yer ker nie...kuih dan kek tak ambik pun... : )

Selesai menjamu selera dan solat, acara seterusnya ialah demonstrasi pelumba kereta di luar dewan. Sebelum demonstari bermula, kami diperkenalkan dengan latar belakang beliau.  Memang hebat cara dia memandu di jalan raya, berderummm derummm bunyi enjin kereta....heheee


Sebelum pulang, ambil kesempatan bergambar dulu...hehee

Tamat sudah acara hari nie...memang menyeronokkan. Saya juga sempat membeli makanan sejuk beku 'my Chef Simply Delicious', yang dijual di dewan ini.



No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...