Pertama kali makan di Restoran Wadihana (Islamic Kitchen), di Bandar Baru Bangi sememangnya tidak mengecewakan. Pada 23 Februari 2013, pagi Sabtunya saya kena pergi ke Mesyuarat PIBG di sekolah. Selesai segalanya, bergegas ke rumah dan kami pergi ke Restoran nie untuk makan tengah hari.
A'shadieeyah dan Ahmadenijad dalam kereta untuk pergi makan tengah hari ... perut sudah lapar kerana jam sudah hampir pukul 2.37 petang.
Amboiii...jelingan manja tuuu dari A'shadieeyah.
Ahmadenijad macam biasa laaa, air kegemaran dia teh o ais sama ngan abah.
Menu tengah hari kami sekeluarga.
Spagetti dan kentang goreng makanan untuk Ahmadenijad.
Inilah kedainya, bersih, cantik dan makanan pun sedap : )
Wah, sedapnyer! memang sedap set makanan abah Ahmadenijad nie.
Daging nie memang sedap dan di makan dengan roti.
Ini pula set makanan ummi Ahmadenijad, sos nyer memang 'best', cukup rasa dan dagingnya lembut.
Selesai kami menjamu selera, saya pergi ke sinki untuk membasuh tangan A'shadieeyah manakala abah mengambil angin di hadapan restoran nie yang menemani Ahmadenijad bermain di situ. Selesai membasuh tangan A'shadieeyah, saya pun terus menuju ke kereta kerana abah dan Ahmadenijad juga berhampiran di situ. Masuk dalam kereta dan enjin dihidupkan, terlintas di hati untuk bertanya harga makanan. Ummi pun bertanya kepada abah Ahmadenijad berapa jumlah bil tadi. Suami menjawab "eh...tak tau, tadi tak gi bayar ker". Hahahaaa....suami ingat saya menuju ke belakang tu untuk buat pembayaran tapi sebenarnya hanya basuh tangan A'shadieeyah jer. Selamat laaa, tak jalan lagi. Suami pun keluar untuk buat pembayaran. Mesti hairan pekerja restoran tu, orang nie lepas makan tak bayar...hahahaa. Apa-apa pun, alhamdulillah kami sempat juga bayar bil sebelum kereta meluncur laju di jalan raya : )
No comments:
Post a Comment