Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part 2 )
Port Campbell Foreshore ; Great Oceon Road
Hari Pertama : 18 November 2013 ( Isnin )
Perjalanan menuju ke Port Campbell.
Perjalanan kami diteruskan lagi walaupun dalam keadaan kalut mencari telefon yang hilang entah ke mana. Sepanjang perjalanan sememangnya pemandangan sangat indah. Ada kala sedih pun ader jugak sebab mata nie asyik nak tido lak maka tak boleh nak menikmati sepenuhnya keindahan alam. Sepanjang perjalanan kami ke Port Campbell, ada laa kami terserempak dengan bangkai kanggaru yang telah mati dilanggar oleh kenderaan. Besar jugak laa kanggarunya. Pengalaman baru berada di sini, kalau kat negara kita kebiasaannya haiwan yang mati dilanggar ialah kucing dan anjing.
Pagi nie, kami tiba di Port Campbell sekitar jam 9.00 pagi. Pemandangan kat sini memang cantik. Walaupun cuaca panas terik tetapi angin yang bertiup menyebabkan udara berasa sangat sejuk untuk diriku ini. Nyaman sungguh udara kat sini. Pekan nie sunyi jer, mungkin masih awal lagi kot dan penduduk kat sini tido lagi hehehhee…
Ketika sampai di sini, suami hanya dok dalam kereta dan nak tidur katanya. Agaknya sedih sebab tak jumpa telefon dia kot …hehehee Malahan, ketika sampai di sini juga, suami mencari semula telefonnya di tempat meletak barang-barang, tapi hampa tak der. Dia ader juga menyatakan akan mencari pula di bahagian hadapan kereta, tapi belum berkesempatan.
Pagi nie, kami tiba di Port Campbell sekitar jam 9.00 pagi. Pemandangan kat sini memang cantik. Walaupun cuaca panas terik tetapi angin yang bertiup menyebabkan udara berasa sangat sejuk untuk diriku ini. Nyaman sungguh udara kat sini. Pekan nie sunyi jer, mungkin masih awal lagi kot dan penduduk kat sini tido lagi hehehhee…
Ketika sampai di sini, suami hanya dok dalam kereta dan nak tidur katanya. Agaknya sedih sebab tak jumpa telefon dia kot …hehehee Malahan, ketika sampai di sini juga, suami mencari semula telefonnya di tempat meletak barang-barang, tapi hampa tak der. Dia ader juga menyatakan akan mencari pula di bahagian hadapan kereta, tapi belum berkesempatan.
Saya pula terus menuju ke pantai. Kami berhenti hanya seketika untuk melihat pemandangan di sini dan seperti biasa aktiviti mengambil gambar bermula… klikkk…klikkk
Pemandangan yang indah di Port Campbell. Rasa nak terjun jer kat laut tu dan berenang.
Jalan rayanya lengang jer, sunyi jer tempat nie ( Port Campbell ).
Spesis aper bunga nie tak tau laaa, tapi cantik. Bunganyer warna unggu muda. Daunnyer seperti aloe vera tetapi bersaiz sangat kecil.
Cantik sangat bunga nie, ia hanya seperti rumput liar yang tumbut di bumi Port Campbell. Tak pasti spesis aper lak nie.
Cantik sangat tumbuhan nie, tak tau nama? Bunganyer bulat dan berbulu-bulu tajam.
Cantik sangat tumbuhan nie, tak tau nama? Bunganyer bulat dan berbulu-bulu tajam.
Papan tanda di Port Campbell Foreshore … Welcome : )
Pemandangan yang indah dengan air laut yang tenang, apa lagi satu, dua, tiga dan lompattt…
Walaupun cuaca panas tapi tak terasa pun bahangnya, angin laut yang bertiup sememangnya sejuk jer. Pakai baju pun berlapis-lapis, biasa laa orang macam saya yang tak tahan sejuk nie heheehee.. Bagi suami lak dia kata tak sejuk dan dia pakai T-shirt jer… errmmm ok la tu kan. Sekarang suami dah pun keluar dari kereta dan menerima hakikat yang telefonnya sudah hilangggg.
Perjalanan kami diteruskan lagi dari sini untuk ke kawasan 'Great Ocean Road, Port Campbell' (GOR). Sepanjang perjalanan sememangnya pemandangan yang sangat indah. Terdapat tiga tempat yang kami berhenti di GOR nie. Pemandangan yang indah dan memerlukan tenaga untuk sampai ke pinggir pantai untuk melihat batu-batu yang terdapat di sana. Tempat pertama kami berhenti iaitu di Sherbrooke River & Broken Head sememangnya memerlukan kaki dan tenaga yang cukup untuk mengharungi laluan yang jauh hehehe : ) . Tapi tak terasa penat pulak sebab leka dengan pemandangan yang sangat indah.
Sherbrooke River dan Broken Head, The Great Ocean Road, Port Campbell, Victoria, Australia.
Tumbuhan renek yang cantik sangat. Spesis apa tak tau laaa…
Keadaan laluan yang kami perlu untuk ke Sherbrooke River dan Broken Head, jauhhh. Tapi udaranya nyaman dan sejuk dengan angin yang bertiup.
Papan tanda yang terletak di permulaan jalanan kami yang berhampiran dengan tempat pakir kereta. Sama juga dengan papan tanda yang tertulis Sherbrooke River dan Broken Head.
Laluan pejalan kaki di sebelah kanan tu menuju ke kawasan pantai. Gambar kat atas tu ialah pemandangan jauh dari sebelah kanan saya. Tak pergi pun jenguk ke sana, jauh sangat lak rasanya. Kami memilih laluan sebelah kiri jer dan memerhatikan keindahan di sebelah kanan tu dan pandang dari jauh jer hehehehhe…
Ini pemandangan dari laluan sebelah kiri, cantik jugak : )
Suasana yang tenang dan nyaman, walaupun udaranya sejuk tetapi muka habis terbakar..hehhehe ayat terbakar tuu ngeri jer yer hehehe... Terlupa lak nak guna krim untuk melindungi muka, balik jer ker bilik hotel muka rasa semacam jer dan kemerah-merahan serta hidung pun macam dah nak mengelupas lak kulitnya…huhuhuu tu laa suka sangat udara sejuk tepi laut tu laa akibatnyer hehehee…
Teruskan lagi perjalanan untuk ke destinasi yang seterusnya, Loch Ard Gorge. Jauh juga perjalanan nie… teruskan berjalan dan berjalan.
Pemandangan pantai dari atas dan kalau nak turun ke bawah pun boleh juga. Terdapat laluan bertangga yang disediakan. Kalau larat boleh laa naik dan turun tangga boleh laaa pergi ke pantai kat bawah tuu : )
Thunder Cave, The Great Ocean Road, Subhanallah sememangnya begitu indah ciptaanNya.
Semasa kami berada di sini terdapat sekumpulan anak-anak lingkungan sekolah rendah turun ke pantai di bawah nie melalui laluan tangga yang disediakan. Laluan tangga ini diperbuat daripada kayu. Semasa mereka berada di sana, terjumpa ular yang berwarna hitam sedang bergerak pantas menuju ke arah mereka. Apa lagi … bertempiaran laa mereka lari. Rupa-rupanya bila sampai kat kawasan di sini kena hati-hati dengan ular… huhuu seram nyer ...
Laluan yang dilalui. Sebelah kiri tu kita akan melihat Thunder Cave dan laluan di sebelah kanan pula ialah laluan yang bertangga menuju ke pantai.
Cantik pulak lalang nie… eh iyer ker lalang nie hehehee… entah laa tak tau nama tumbuhan nie : )
Ader rasa macam nak terjun ker kat air laut yang membiru tu hehehee… Walaupun terasa sakit laa jugak kaki nie tapi hilang rasa sakitnyer kerana bersyukur dapat melihat keindahan alam ciptaanNya.
Cerita selanjutnya tentang perjalanan kami ke 12 Apostles, GOR. GOR sambung yer… ( Part 3 # MeLBourne - In Spring )
4 comments:
Mcm mana lah JM boleh terlepas entry ni...No others words ..subhanallah...CANTIK betul view...nak pegi ke sana jgk satu hari nanti Amin :-)
InsyaAllah, sampai jua masa nyer JM akan ke sana : )
Pemandangan kat sana memang cantik : )
syiok nyer.. cantik betuller tempattu.. aman damai ... teruja rasanyer..
Cho Zila; syiok sgt heheeee... Aman jer
Post a Comment