Thursday, 23 October 2014

CholeQ ~ Okt 2014 ~

Dengar perkataan coleq, kat fikiran macam makan buah mangga yang di coleq.  Pertama kali datang ke kedai makan ( 19 Oktober 2014 ) di Restoran CholeQ kami rasa teruja nak makan kat sini. Tak pasti aper menu istimewa di sini, yang tertera di kain rentang ialah maggie ketam dan Nasi Kak Wook. Hari nie kami datang pada waktu tengah hari. Kami dimaklumkan menu yang ader ialah Nasi Kak Wook. Manakala kalau nak makanan ala carte ( order ) hanya ada pada waktu petang-petang dan malam. Jadi menu kami untuk tengah hari nie ialah Nasi kak wook. Nasi kak wook nie dihidangkan dalam bungkusan. Nasi nie ada sambal yang berwarna hijau, ayam goreng, kuah kari dan macam ader pajeri nenas. Apa yang ada dalam bungkusan nasi tu hanya pandangan saya, tapi adakah betul kuah kari atau pajeri nenas tu tak pasti laa, tekak saya rasa macam tu hiihiii... : )   Secara jujurnya, nasi kak wook memang sedap dan terbaik serta harga pun murah dan berpatutan sangat.

Gambar yang terdapat dalam kedai di Restoran CholeQ : )





Minta maaf laa yer, gambar nasi kak wook tu terlupa lak nak ambik. Tak sabar punya nak makan dengan aroma baunya memang sedap. Hanya ambil gambar anak-anak yang tak sabar minum air dalam cawan yang memang besar. Sangat berbaloi minum kat sini dengan harga yang murah dan dalam gelas yang besaq lak tuu ; )



Sesiapa yang berminat nak pergi makan Maggi ketam, boleh laa datang ke alamat seperti dalam gambar di atas. Restoran nie terletak sebaris dengan Econsave di Jalan Reko di hujung kedai yang berhampiran dengan stesen minyak Petronas.



Pada 23 Oktober 2014 (Khamis), sebelah malamnya kami datang sekali lagi ke kedai nie untuk menikmati maggi ketam.  Abah Ahmadenijad pesan 2 mangguk maggi ketam dan 2 jenis choleq. Terkejut jugak bila sampai jer pesanan, tengok maggi ketam tu ... banyaknyer : )  Semangguk maggi ketam tu ada 2 ekor ketam yang bersaiz besar.  Kenyang sangat dah kami nie, sebelum sampai maggi ketam tu, kami pesan 2 jenis choleq. Selesai menikmati choleq tuu, pesan lak maggi ketam. Kami pun sememangnya teramat-amat laa kenyangnyer... Alhamdulillah 



Ahmadenijad bersama 2 mangguk maggi ketam.



Nie pula adalah menu choleq. 



 Nie choleq yang saya pesan. Isinya ader ayam, cucur, sayur tauge, keropok  dan pelbagai lagi serta sos . Isi tu bergantung laa jenis choleq yang di pilih. Ada pelbagai jenis choleq yang boleh di pilih, pilih jer mana yang berkenan : )


 Selesai dah kami makan, tinggal kuah jer : )
Maggi Ketam nie memang sedap dan harga pun berpatutan, semangkuk besar dengan 2 ekor ketam berharga RM 20 sahaja ; )







6 comments:

mohad said...

sedap minum tu..

Wa said...

Oh...byaknya order..abis ke he he

Jari Manis said...

ishhh terliur pulak petang2 ni tgk coleq dan maggie ketam tu..ishh nampaknya akan terjah kedai makan nih

miesha said...

JM : sedap sangat maggie ketam nie, JM memang kena gi terjah sini : )

miesha said...

~Wa~
hihiii... licin habis makanan yg di order tuu hahaha

Anonymous said...

a ah ingatkan makan buah mangga hahaha..
meggi ketam ? CT tak minat ketam tapi mak ayah CT suka.. boleh propose kat diorang. lalu saja depan econsave tu singgah dak pernah..

nanti bolehla kita detim sama2 eh hehehe..

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...