Monday, 20 October 2014

Nasi Ayam yang SeDaP ~ 2014 ~


Sekolah saya cuti pada 20, 21 dan 22 Oktober 2014 sempena perayaan Deepavali. Tapi suami kejaa la yer, pada 20 Oktober 2014 (Isnin) bawa anak-anak ke Econsave di Jalan Reko. Pagi tu, saya bawa anak-anak makan di sana. Sebelum nie pun pernah juga makan kat sini, memang sedap. Sebab tu la, saya datang lagi untuk makan di sini dengan menu lain pula. 




Baru jer order air, ehhh...kejap jer dah sampai air kami.  Tengok laa aksi A'shadieeyah bila berdepan dengan kamera. Ahmadenijad pula nampaknya sangat laa haus hihiii ; )



Gaya A'sha yang menggoda hahaaa : )



Menu yang dipilih oleh A'shadieeyah dan Ahmadenijad memang berbaloi dengan ayam yang banyak.


Gambar kat atas tu bertarikh 21 Oktober 2014, tapi yang sebenarnya 20 Oktober. Biasa laa tersalah taip hihiii... Gambar A'shadieeyah kat atas tu sedang menikmati menu yang di pesan iaitu 'Nasi Ayam'. Tengok laa nasi ayam nie, sangat berbaloi dan harga murah sungguh. Rasa lak memang sedap, sangat laa berbaloi. Suka sangat sup ayam tu, sebab sememangnya sup dari stok ayam yang direbus. Biasanya ada orang yang buat sup nie hanya rebus air yang dimasukkan kiub atau pati ayam jer. 



Ahmadenijad sedang menikmati nasi ayam dan air sirap ais.



Nie pula adalah 'Char Kue Tiew Kerang' .  Punyer laa banyaknya dan rasa memang terbaik laaa dan sesuai dengan selera dan tekak saya hihiii : )





1 comment:

Anonymous said...

rumah akak dekat ngan Jalan Reko eh ? tengok rajin up kawasan area2 situ hehe..

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...