Hari nie 16 Disember 2014, berangkat ke Kuching. Esok penerbangan saya dan anak-anak serta kedua ibu bapa ke KL. Perjalanan ke Kuching mengambil masa sekitar 5 jam dari kampung. Kalau tak banyak singgah menyinggah hanya 4 jam jer. Tapi disebabkan kami nie banyak singgah jadi lambat laa sikit.
Singgah di Pekan Balai Ringin, pergi ke tandas hahaa... kuih-muih yang jual kat sini murah dan bersaiz besar. Rasa pun sedap : )
Gambar di atas, A'shadieeyah bersama adik saya. Kami bermalam di rumah adik malam nie.
Esoknya, 17 Disember 2014 ( Rabu ) kami jalan-jalan. Selepas pergi ke Matang Wildlife Centre, kami pun pergi ke Telaga Air untuk makan makanan seafood di sana.
Adik pesan ABC Special nie. Banyak nyer laa ABC nie dan sedap : )
Umai udang yang sedap sangat. Bahan-bahan untuk buat umai nie ialah udang sedar, asam limau kasturi / asam kelubi, cili api dan cili besar, bawang merah / bawang besar, bawang putih, garam dan perasa secukupnya. Mudah jer bahan-bahannya, dan sedap rasanya : )
Kerang masak kicap, sotong goreng tepung dan nangka masak lemak.
Kami memesan makanan laut seperti ketam berlada, sotong goreng tepung, kerang masak kicap, sayur nangka masak lemak dan umai. Memang berbaloi makan kat sini, sebab harga memang murah. Jumlah/ harga untuk semua makanan nie termasuk air hanya RM 60 lebih jer. Murah sangat kan dan banyak lak tu makanan nyer, sangat berbaloi dan sedap.
Atuk teman Ahmadenijad dan A'shadieeyah bermain kat taman.
Pemandangan di Pekan Telaga Air, cantik tempat nie dan bersih.
Kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Malamnya penerbangan kami ke KLIA. Tamat cerita kami untuk percutian di kampung dan di Kuching. Sambung cerita kat Semenanjung la pulak yer.
4 comments:
aaaaargh Umai !! CT ke kuching last november and first time makan Umai. tho Umai adalah antara nickname yg kawan2 kasi dekat CT tapi xpe letak tepi. seeeeeeedap. CT makan kat kg boyan tu.. barok village. huuurm banyak lagi nak explore kat Kuching tu..
share la resepi buat umai kak.. boleh buat hehehe..
maaakanan dirindui =)
dah bertahun tak ke Kucing..dulu pegi atas urusan keje mmg x habis explore lagi...Miesha org sarawak je
dah bertahun tak ke Kucing..dulu pegi atas urusan keje mmg x habis explore lagi...Miesha org sarawak je
~JM~
iyer kamek org sinun hihiiii : )
Post a Comment