Sunday, 29 March 2015

Ikan-ikan Di KLCC

Hujung minggu nie pada 29 Mac 2015 (Ahad) bawa anak-anak nak menjenguk ikan-ikan kat KLCC : )
Kalau nak lihat maklumat serta harga untuk bayaran masuk ke AQUARIA KLCC klik jer kat sini   http://aquariaklcc.com/visitors-info/admission-fees



Bergambar didepan pintu masuk ke Aquaria KLCC


Ikan-ikan kat sini boleh sentuh. Tapi A'shadieeyah macam geli jer nak sentuh ikan-ikan tuu hihiii...


Banyaknya ikan, kat sini ada laluan eskalator mendatar. Santai dan tak perlu penat berjalan. Hanya nikmati pemandangan ikan kat atas kepala kita yer : )   A'shadieeyah seronok sangat dapat tengok ikan besar-besar kat sini.

Selepas puas melihat ikan-ikan kat sini, kami masuk pula ke kedai cenderahati. Macam-macam ader!!... Ahmadenijad dan A'shadieeyah macam biasa laa ader jer yang dicapai dek tangan mereka untuk membeli juga. Mereka berdua berkenan dengan pensil warna dan buku mewarna. Ummi pula pilih magnet peti sejuk dan keychain untuk diri sendiri jer.  

Selepas tu, kami buat pembayaran juga untuk gambar yang diambil seawal kami masuk ke Aquaria KLCC nie. Harga gambar RM85 untuk 2 keping gambar yang sama hanya berbeza latar belakangnya sahaja. Kalau rasa-rasa tak nak beli gambar kita yang mereka jual, jadi bila nak masuk ke sini jangan terima pelawaan pihak Aquaria untuk bergambar yer hihiiii... ; )



Lepas dah puas jalan-jalan dan beli cenderahati kat sana, masa untuk makan pula. Sebelum makan, kita bergambar dulu sebab banyak gambar menarik kat dinding-dinding sepanjang laluan untuk ke Aquaria. 


Penat berjalan, anak-anak pun macam biasa laa ader yang dahaga dan lapar. A'shadieeyah laa yang paling merengek-rengek kata haus sangat. Kami pun malas nak cari kedai makanan kat luar dari KLCC. Suami cadang kami makan jer kat KLCC nie, kawasan yang dekat dengan laluan ke Aquaria KLCC. Keputusannya makan kat 'Asian Delights' jer. 

Nasi Goreng Seafood


 Nasi Ayam Sambal Pedas


 Nie Nasi beriani, beli kat kedai lain. 

Sebahagian bil untuk makanan kami hari nie. Harga berpatutan dengan tempat yang bersih dan selesa. 


 
Ahmadenijad dengan muka berkerut-kerut nak habiskan nasi yang banyak : )

Inilah kedai tempat kami menjamu selera hari nie ; )




9 comments:

Jari Manis said...

dah lama x singgah sini last update Mac eh...skrg dah Oktober,,ke ada blog lain?

miesha said...

JM
tak der blog lain : )
cerita yg lama terperam baru dipost kan hihiiii

Jari Manis said...

Rm85 utk 2 keping gambar? erkk! kalau JM x ambil kot ;p

Jari Manis said...

Cash RM100 change RM83...so harga mknan semua tu RM17..biar betul?

Jari Manis said...

ohhh...ye ke hihi..cepat reply hiks..ohh baru publish lah ni

Mummy Julia said...

Hi Miesha.. mummy mai kunjung balas..

Syoknya ronda2 tengok ikan..

Mummy Julia said...

#donefollow...

miesha said...

JM
memang murah kan makanan tu : ) sedap lak tu hihiiii
Terkejut gak harga gambar tuu, tapi dah mintak kena laa bayar huhuuu

miesha said...

mummy julia
hai
terima kasih sudi singgah sini : )

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...