Sabtu nie (23 Mei 2015), sekolah Ahmadenijad ada mengadakan Hari Sukan Tahunan. Malahan. sekolah saya pun ada Hari Sukan Tahunan yang diadakan di stadium Seksyen 15. Sedih sangat sebab tak dapat tengok Ahmadenijad bersukan. Walaupun, murid-murid tahap 1 hanya ada sukaneka sahaja. Tp sebagai ummi kepada Ahmadenijad, sememangnya kita ingin menemani dia pada hari sukan. Lagipun, abah Ahmadenijad masih lagi bertopang untuk bergerak selepas pembedahan lutut. Namun, demi Ahmadenijad, abah gagahkan jua untuk melihat Ahmadenijad bersukan di sekolahnya. Saya menghantar Ahmadenijad dan Abah ke sekolah, manakala A'shadieeyah terpaksa mengikut ummi. Abah tak larat nak jaga A'shadieeyah dengan keadaan abah yang bertopang.
A'shadieeyah pada mulanya nak ikut abah, tapi kena paksa juga laa supaya ikut ummi pergi stadium. Sampai di stadium terus mencari khemah rumah Laksamana (Hijau). Menyiapkan hiasan untuk murid-murid yang menyertai perbarisan pada pagi ini. Kami menggunakan tema bagi watak superhero iaitu Hulk.
Rupa-rupanya semua rumah sukan menggunakan watak-watak superhero dan kartun. Cikgu-cikgu setiap rumah sukan pun tidak ada yang berbincang untuk mengikut tema. Tapi hasilnya, lihatlah kreatif jugak cikgu menyiapkan anak murid dengan bajet yang ciput hihiii. Alhamdulillah, acara berjalan dengan lancar dan yang penting anak-anak murid gembira.
Rumah Laksamana (Hijau)
Ini maskot Hulk yang diperbuat daripada kotak.
Rumah Syahbandar (Merah). Bukan main lagi A'shadieeyah berjalan bangga bersebelahan dengan Iron Man hihiiii...
Bulan Sabit Merah Malaysia.
Rumah Bendahara (Biru) temanya Smurf dan Rumah Temenggung (Kuning) bertemakan Batman. Semua cikgu-cikgu rumah sukan bertungkus-lumus menyiapkan anak-anak murid dengan peruntukan sendiri (Cikgu belanja) dan peruntukan yang diberikan oleh sekolah RM50.
Hadiah-hadiah yang dimenangi untuk Kebersihan tempat ketiga, Perbarisan tempat pertama dan Johan keseluruhan Rumah Sukan Tahunan 2015 ialah rumah Laksamana (Hijau). Yeayyy rumah sukan dibawah bimbingan saya dan guru-guru rumah Laksaman yang menang. Laksa...mana hihiiii...
Bersemangat cikgu dan anak murid rumah Laksamana yang menang. Ramai murid-murid yang lain sudah pun pulang kerana acara sudah tamat kecuali sesi bergambar macam niee balik lambat sikit laa yer.
Ahmadenijad yang sukan pada hari nie juga seronok kerana ada memperoleh pingat untuk acara sukaneka. Sekitar jam 10 pagi, saya pergi mengambil Ahmadenijad dan abah di sekolahnya dan menghantar mereka pulang ke rumah kerana acara sukan untuk murid Tahap 1 dah habis. Abah pun tak berapa sihat nak tunggu lama-lama kat sekolah Ahmadenijad kerana kaki abah masih sakit lagi.
No comments:
Post a Comment