Belimbing Tunjuk...hahaa bahasa Melayu Sarawak, kami panggil belimbing tunjuk. Belimbing tunjuk atau belimbing buluh memang sedap kalau dicampur dalam masakan. Teringat masa makan kat kedai di Sri Aman, Sarawak. Makan buah belimbing nie yang di masak berkicap. Sedap sangat rasanya bila makan dengan nasi. Bila dah sampai kat Bangi, teringat lak masakan tu. Jadi bila pokok buah belimbing nie lebat berbuah memang ok laa nak masak.
Pokok belimbing yang lebat berbuah.
Lepas dah potong dan belah, basuh bersih kemudian didihkan air di kuali. Bila air dah mendidih, boleh laa masukkan buah yang telah dipotong tadi. Rebus buah tu seketika sehingga berubah warna macam kat gambar bawah nie yer hihiii : )
Bahan-bahan yang dikisar dan ditumis.
Ini bahan-bahan yang sudah ditumis, perlu dikacau supaya tidak hangus.
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis ialah ;
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis ialah ;
2 genggam cili kering / semangkuk kecil ( dipotong dan direndam seketika - untuk buang biji )
cili api ( ikut suka nak letak atau tidak, kalau suka pedas boleh campur )
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis
sedikit halia
sedikit belacan
kicap manis
Minyak untuk menumis
Semua bahan tadi di kisar halus kecuali ikan bilis. Ikan bilis dikisar kemudian. Saya suka ikan bilis yang di kisar tidak terlalu hancur. Ikut rasa sendiri suka, kalau suka yang dikasar halus boleh jer.
Tumis bahan yang dikisar dalam minyak yang telah panas : )
Tumis laa sampai pecah minyak, kemudian masukkan kicap manis. Setelah tu, masukkan pula buah belimbing yang telah direbus. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah tutupkan api. Biarkan sejuk atau makan panas-panas dengan nasi putih.
Kalau tak nak rebus buah belimbing pun boleh juga, terus jer masuk dalam bahan yang ditumis tadi. Tapi akan menyebabkan banyak air laa yer sebab air dari buah belimbing tu.
SELAMAT MENJAMU SELERA... : )
No comments:
Post a Comment