Sunday, 5 February 2012

A'shadieeyah Hafthah JaTuH KaTiL


Diusia 7 bulan 4 hari, A'shadieeyah terjatuh dari katil yang separas dengan ketinggian dari paras pangkal paha ummi ( dalam sukatan kaki tak tau laaa berapa kaki...hehee). Kesiannya A'shadieeyah pagi tuu ( 4 Februari 2012: Sabtu), yang telah sedar dari tidur dan bermain kemudian entah bagaimana telah terjatuh. Sedangkan A'shadieeyah telah dipagari penuh dengan bantal-bantal. Kemungkinan dia telah menolak bantal tersebut ketika meniarap dan menyebabkannya terjatuh. Lagi pun baru berapa hari A'shadieeyah baru pandai bergerak maju ke depan berbanding sebelum nie bergerak ke belakang sahaja.


Malamnya baru jelas kelihatan di hidung A'shadieeyah. Jadi macam hidung abang Ahmadenijad semasa kecil juga.


Ketika A'shadieeyah jatuh, ummi melihat keadaannya terlentang sahaja dan menangis kesakitan. Pada awalnya muka dan kepalanya tak nampak apa-apa kesan. Setelah A'shadieeyah berhenti menangis dan jangka masa dalam 15 minit ternampak kesan merah dihidungnya seperti gigitan nyamuk. Tapi bila hari beransur petang, keadaan hidung A'shadieeyah jelas kelihatan seperti terluka kerana bergesel dengan karpet. Kemungkinan semasa jatuh kepalanya terkena katil abangnya iaitu Ahmadenijad dan mukanya terkena karpet. Ummi memeriksa kepala A'shadieeyah sekiranya ada benjol tetapi tiada.

Kesian anak ummi, hidungnya merah... : (


Keesokkannya, hidung A'shadieeyah semakin kelihatan kemerahannya.


Ahmadenijad bersama adik A'shadieeyah.


Pada peringkat awal kejadian, tidak kelihatan benjol pada dahi A'shadieeyah. Namum, beberapa hari berikutnya benjol semakin nampak dan membesar. Benjol A'shadieeyah nie pula bila dipegang akan berasa lembut seolah-olah ada cecair di dalamnya. Berbanding benjol biasa sememangnya mempunyai permukaan benjol serta tidak lembut permukaan kulit apabila ditekan. Hal ini menyebabkan ummi dan abah risau. Pada 7 Februari 2012, kami membawa A'shadieeyah pergi cucuk dan terus bertanya kepada doktor berkenaan dahi A'shadieeyah yang benjol nie. Doktor memaklumkan bahawa keadaan sebegini dikhuatiri ada pembekuan darah di dalam kepala. Doktor mengesyorkan kami agar melakukan x-ray.


A'shadieeyah bergambar setelah sampai di rumah iaitu selepas kami pulang dari hospital. Keadaan dahi A'shadieeyah yang benjol.

Pulang dari klinik, kami terus ke Hospital pakar untuk merujuk kes A'shadieeyah. Kami berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk kes A'shadieeyah. Apabila berjumpa doktor, doktor bertanya sejak A'shadieeyah jatuh ada ker dia menunjukkan tanda-tanda seperti tidak aktif serta muntah-muntah. " Tak der", jawab saya ringkas. Perasaan ketika itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu, betapa risaunya dengan keadaan A'shadieeyah. Doktor turut menyuruh kami membawa A'shadieeyah ke tempat x-ray untuk melihat sekiranya ada berlaku masalah di kepalanya.

Kami turun ke tingkat bawah hospital berkenaan untuk ke tempat x-ray. Penantian kami agak lama untuk menunggu giliran x-ray kerana ramai juga orang sedang menunggu giliran masing-masing. Apabila tiba nama A'shadieeyah disebut, ummi berasa gundah dan takut. Ummi berasa takut untuk masuk ke bilik x-ray, akhirnya abah yang membawa A'shadieeyah. Ummi mendengar tangisan A'shadieeyah yang di x-ray. Walaupun hakikatnya ia hanyalah x-ray yang memerlukan kita berbaring sahaja untuk di x-ray, tetapi A'shadieeyah tetap menangis. Bila selesai x-ray, abah menunjukkan x-ray A'shadieeyah yang mulutnya ternganga kerana menangis : )

Kami pun beredar ke kantin hospital untuk menjamu selera. Memandangkan doktor memaklumkan sebelum kami beredar tadi agar berjumpa dengannya semula pada jam 2.00 petang setelah selesai x-ray. Sepanjang itu juga laaa... jantung ummi nie berdebar-debar kerana risau, entah apa laa yang akan doktor katakan nanti.

Kami naik semula untuk berjumpa doktor dan menunggu giliran nama A'shadieeyah dipanggil. Tiba jua giliran kami, Alhamdulillah setelah melihat x-ray kepala A'shadieeyah, doktor memaklumlam bahawa tiada keretakan berlaku pada tempurung kepala dan bengkak itu hanya melibatkan tisu lembut dipermukaan luar tempurung kepala A'shadieeyah. Maka, tiada apa yang perlu dikhuatiri, bengkak itu mungkin akan membesar dari atas ubun-ubun akan beransur-ansur turun ke dahinya serta mungkin ke matanya. Namun, sekiranya A'shadieeyah dalam keadaan tidak bermaya serta tidak aktif dan muntah-muntah, maka dia perlu dibawa segera ke hospital untuk tindakan selanjutnya.


Pada peringkat awal, benjol hanya di bahagian bersebelahan ubun-ubun kanan tetapi kemudiannya semakin menurun ke dahi. Dahi yang benjol di sapu dengan kunyit.


Alhamdulillah, segalanya selamat tetapi perasaan takut masih lagi menguasai kerana keadaan benjol A'shadieeyah masih lagi membengkak dan bengkak itu semakin turun turun sehingga ke dahinya sahaja. Ubat yang diberikan doktor hanyalah ubat cecair untuk di makan sahaja dan tiada ubat sapu di bahagian dahi yang benjol. Maka, alternatif ummi hanyalah meletakkan kunyit di kepala A'shadieeyah seperti yang disarankan oleh jiran sebelah rumah kami. Selain letak kunyit, ummi juga meletakkan asam jawa di bahagian yang benjol.


Keadaan dahinya masih lagi benjol yang besar dan permukaannya berasa lembut apabila ditekan dengan jari.


Dahi masih lagi ada benjol tetapi dilindungi oleh rambutnya yang panjang.


Masih kelihatan benjol di dahi A'shadieeyah.



Alhamdulillah benjol dah semakin susut dan ummi berasa bersyukur kepada Allah SWT kerana A'shadieeyah selamat dan sihat.





1 comment:

Anonymous said...

Salam..anak sy jatuh katil dan mndapat benjol sama dgn anak puan..berapa hari ye bengkak tu akan surut..kunyit debu atau kunyit hidup puan sapu di tempat bengkak

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...