A'shadieeyah (berusia 6 bulan 22 hari) sedang bersantai di tepi sungai Congkak, siap pakai baju renang berwarna biru.
Perjalanan ke Sg. Congkak pada 22 Januari 2012 berjalan lancar, kami bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Di sepanjang perjalanan hendak menuju ke Sg. Congkak, terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis buah seperti manggis, cempedak, durian dan sebagainya. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 45 minit tidak terasa kerana pemandangan dan suasana yang cukup menarik.
Semakin hampir ke Sg. Congkak, semakin kelihatan air sungai yang mengalir dan terdapat ramai pengunjung yang pakir kereta di pinggir-pinggir jalan. Kami pakir kereta di tempat pakir dengan harga RM 5 sahaja. Tempat di sini sesuai kerana disediakan tandas dan bilik mandi serta kawasan persekitarannya yang bersih dan terjaga.
A'shadieeyah yang sedang bersantai selepas mandi.
Kami pakirkan kereta di tempat yang disediakan dan mengangkat barang-barang untuk perkelahan kami. Mendirikan khemah dan menghamparkan tikar untuk bersantai. Abah dan Ahmadenijad pula siap sedia menukar pakaian dan mandi air sungai yang sejuk dan jernih.
Air Sungai Congkak yang jernih dan sejuk...menggigil.
Ahmadenijad ( berusia 3 tahun 6 bulan 12 hari ) sedang bersantai dan mandi bersama Abang Ajim.
Aktiviti menjamu selera dan memanggang ayam.
Ketika kami sedang berkemas untuk pulang, hari mendung dan ia menandakan hari akan hujan. Sangkaan kami tepat, belum habis barang yang kami simpan di kereta, hujan telah turun. Apa lagi, berlari laa kami masuk ke dalam kereta. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di gerai tepi jalan yang menjual buah cempedak. Dua biji cempedak telah di beli ...errmmm baunya memang wangi macam cempedak ..hehheheee
Kerja Ahmadenijad bermain pasir di tempat berhampiran khemah dan tempat letak kereta. Tengok laa aksinyer tuu... heheee.
No comments:
Post a Comment