Pada 30 Disember 2012 (Ahad), kami ingin ke Jom Heboh di Stadium Bukit Jalil. Kami pakir kereta di LRT Sg. Besi dan menaiki LRT dari Sg. Besi ke Stadium Bukit Jalil. Menjadi kebiasaan, di tapak Jom Heboh memang ramai yang bertandang ke sana. Keadaan cuaca yang panas, membuatkan badan berpeluh dan keletihan. Kami pun tak larat nak jalan lama-lama dengan membawa anak-anak lagi, meraka pun dah meragam sebab letih. Bertambah letih, bila kedua-duanya nak berdukung...fuhhhh memang letih. Namun, seeronok kerana harga barang di sini memang murah dan disertakan pula dengan beg dan hadiah setiap membeli barangan mereka.
Ahmadenijad AL-Harits dan A'shadieeyah Hafthah yang sedang posing sementara menunggu LRT ke Stadium Bukit Jalil
Berlatar belakangkan gambar Tugu Negara "Terima kasih Pahlawan Malaysia".
Balik dari Stadium Bukit Jalil, kami singgah makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Sg. Besi. Ini pertama kali saya datang makan di sini. Kalau nak tengok cara orang buat mee tarik, di sinilah tempat yang sesuai. Kagum sangat tengok mereka menarik tepung yang diuli-uli dan akhirnya menjadi mee. Wow, memang hebat! Empunya restoran nie seorang muallaf. Sepanjang kami di restoran ini, pengunjung pun ramai juga.
Ahmadenijad sedang menikmati daging yang terdapat di dalam mee nyer tuuu...ngappp : )
Ini pula makanan abah Ahmadenijad. Memang best : )
Ahmadenijad bersama makanan yang di pesan.
Ini makanan untuk ummi...memang kenyang sebab banyakknyer. Mee nyer memang rasa kenyal dan sedap. Air yang dipesan pula ialah Teh O Ais dan Air Laici.
Ini daging kambing yang digoreng serta bersalut lada dan bijan. Isi-isi daging kambing dihiris halus dan dicucukkan pada lidi pencungkil gigi. Memang kreatif dan masakan nie memang sedap. Kalau datang ke sini, jangan lupa pesan daging kambing nie yer, memang berbaloi : )
No comments:
Post a Comment