MuZiuM KucHiNg
Gaya A'shadieeyah di Muzium Kuching : )
Hari Jumaat (14 Disember 2012), kami bergerak menuju ke Kuching. Keesokkannya pada 15 Dis 2012 (Sabtu), kami berjalan-jalan di Kuching. Awal paginya kami menuju ke Muzium Kuching. Selesai di Muzium Kuching, kami menuju ke Waterfront Kuching dan kedai-kedai yang terletak di seberang jalan di Waterfront Kuching. Membeli sedikit barangan untuk di bawa pulang ke Semenanjung.
Pagi-pagi di Muzium Kuching dengan udara yang segar dan nyaman.
Apa laa yang dipandang oleh A'shadieeyah kat muka ummi nie... serius jer mukanya : )
Kami singgah bergambar dengan kuching besar nie di Padungan, Kuching. A'shadieeyah takut sangat ngan kucing besar nie...heheee
A'shadieeyah bergambar dengan 'snow man' di The Spring, Kuching.
Ahmadenijad, muka macam terkejut jer...hahaa
'Snow Man' di The Spring : )
The Spring ialah Kompleks membeli-belah di Kuching, Sarawak.
Masa untuk makan setelah penat berjalan-jalan.
Nasi Ayam kat 'The Spring' nie memang sedap. Macam-macam ader..hehee
Mak su melayan karenah A'shadieeyah yang sedang makan.
Ahmadenijad sampai penuh mulut makan ayam goreng.
Mak tengok jer makanan tu...apa lagi kita makan laa...hehee
Air Batu Campur (ABC) nie memang sedap dan ada macam-macam yang diletak kat atas ABC nie, pisang pun ader jugak..hehee, memang TERBAIKKK
Keesokkannya iaitu 16 Disember 2012 (Ahad), kami berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk pulang. Gambar Ahmadenijad bersama Tok.
No comments:
Post a Comment