Urusan timbangan berat bagasi dan pendaftaran masuk telah selesai, kami pun masuk ke ruang menunggu . Sementara menunggu, kami pun apa lagi menggunakan kerusi urut untuk melegakan otot-otot badan. Ruang menunggu sementara menaiki pesawat, kami dimaklumkan bahawa bahan cecair dan air tidak dibenarkan sama sekali. Ramai juga laa penumpang yang terpaksa minum serta membiarkan air mereka di tempat pemeriksaan. Bagi saya dan keluarga mempunyai alasan kerana air digunakan untuk membuat susu anak. Sampai masanya kami pun menaiki pesawat D7 0212 ke Melbourne, Australia iaitu negara yang digelar Negara Kanggaru ...toing..toingg... kanggaru melompat...heheee
Ahmadenijad (kiri), duduk pun kelakar jer...sebab kerusi urut saiz orang dewasa, tapi dia nak jugak guna. Seronoknyer duduk urut badan menggunakan kerusi ni...hehheehee
Semasa menaiki pesawat kami dimaklumkan oleh agen pelancongan kami bahawa makanan yang ditempah sebelum ini tiada dan wang kami dikembalikan, oleh itu kami perlu membeli sendiri makanan di dalam pesawat. Kami anak-beranak memesan 4 bungkus makanan iaitu Pak Nasser's Nasi Lemak. Kami dihidangkan makanan pada pukul 3.00 petang. Anak-anak pulak tido maka ummi dan abah yang makan dulu...heheee, Alhamdulillah kenyang : )
Pak Nasser's Nasi Lemak, menu untuk makan tengah hari kami sekeluarga.
Nasi Lemak nie memang sedap : )
Perjalanan yang mengambil masa selama 8 jam sememangnya membosankan. Melayan karenah anak-anak yang duduk lama kebosanan di dalam penerbangan. Kami membawa ipad mini untuk kedua-dua anak dan juga buku serta warna pensel untuk aktiviti mereka di dalam pesawat.
Aktiviti mewarna yang dilakukan bersama ... hehehee
A'shadieeyah sedang khusyuk menonton kartun upin dan ipin dalam pesawat.
Akhirnya sampai jua ke destinasi yang dituju, pesawat mendarat seperti brek kecemasan. Agak terkejut jugak kami di dalam pesawat...heheee. Kami dimaklumkan oleh juruterbang bahawa penerbangan ini telah sampai awal 10 minit dari masa yang ditetapkan serta suhu di Melbourne ialah 9 darjah celcius. Waktu Malaysia, jam menunjukkan 9.35 malam. Tetapi di Melbourne, masanya 2 jam awal. Ini bermakna kami sampai di sana pada jam 11.35 malam. Sebelum sampai ke bagasi, sempat laa jugak kami berposing-posing bergambar di dalam airport nie. Sebelum sampai ke bagasi juga, kami perlu mengesahkan barang-barang yang dibawa. Seorang pemuda bertanya kepada kami sekiranya ada membawa barang-barang yang perlu dikuarantin dan sebagainya. Kami hanya mengesahkan bahawa kami hanya membawa ubat-ubatan untuk anak, susu serta rokok sahaja. Selesai sudah, kami pun ke imigresen. Kekecohan disini apabila kami tidak tahu nama hotel untuk penginapan kami. Muka imigresen dah bengis jer...heheee tapi kami sabar, sabar, sabar...
Ahmadenijad AL-Harits yang tiba di Melbourne Airport.
Ketika berada di laluan untuk menuju ke imigresen dan bagasi.
Selesai urusan di imigresen, kami perlu mengambil bagasi dan kami dimaklumkan perlu melalui pula laluan di nombor 1. Di situ terdapat banyak lorong-lorong. Kenapa pulak laaa kami masuk di lorong 1, kakak-kakak ipar pula melalui lorong nombor 2. Lorong nombor 1 nie pulak punyalah jauhnyer, rasa cuak pun ader jugak. Rupanya, bila kami ader mengesahkan barang-barang seperti rokok, susu dan ubat-ubatan maka kami perlu melalui lorong ini. Di sini, terdapat ramai lagi kakitangan yang akan memeriksa beg. Orang di hadapan kami, ada yang mengeluarkan pelbagai jenis makanan kering yang di bawa dari Malaysia untuk pemeriksaan. Seorang pemuda yang tinggi lampai telah menyapa kami dan menyatakan apa barangan yang kami bawa serta kuantitinyer. Pemuda itu berkata "ok", dan kami melepasi pemeriksaan. Beg kami tidak di buka pun mungkin kerana percaya kepada kami. Syukur, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.
Keluar saja dari lorong nombor 1 ini, tiada lagi pemeriksaan yang dilakukan. Kami sekeluarga berjumpa semula dengan kumpulan kami dan meneruskan perjalanan menuju ke bas persiaran. Cuaca di luar lapangan terbang sangat sejuk namun udaranya sangat segar, terasa indahnya ciptaan Allah SWT, syukur Alhamdulillah kami menjejakkan kami di bumi Melbourne, Australia.
Setibanya di dalam bas, jam menunjukkan sudah pukul 12.15 pagi. Kami bergerak menuju ke Mercure Hotel (The Swanston Hotel, Grand Mercure) yang terletak ditengah-tengah bandar Melbourne. Sepanjang perjalanan, laluan jalan rayanya senyap sunyi jer, tidak banyak kenderaan. Malahan, di pusat bandarnya juga sunyi jer hanya diterangi oleh cahaya lampu yang menyinari malam membuatkan suasanana malamnya begitu indah dan bercahaya. Setibanya kami di Mercue Hotel, seperti biasa acara memunggah barang-barang dalam keadaan cuaca yang sejuk dan menyamankan. Setibanya di lobi hotel, kami diberikan kunci bilik. Bilik kami 437. Lif hotel nie pulak hanya satu yang beroperasi kerana yang lain sedang dibaiki. Jenuh laa menunggu, sambil tu sempat laa kami bergambar-gambar dan posing-posing sikit..heeheeheee
Ruang untuk penggunaan komputer (internet) terletak berhampiran dengan laluan ke ruang lif. Ahmadenijad dan adik, apa lagi beraksi laaa...hehee
Ahmadenijad bersebelahan dengan katilnyer.
Keesokkannya, seawal jam 6. 35 pagi, kami telah keluar dari bilik hotel untuk bersarapan. Hanya menikmati makanan seperti gambar di bawah : )
No comments:
Post a Comment