Friday, 31 May 2013

EuReKa SkyDecK 88 - MeLBouRNe ( Part 5 )



NeGaRa KanGGaRu … toing… toinggg ( Part 5 ; Akhir ) - Musim Sejuk
30 Mei 2013 ( Khamis ) : Eureka Skydeck 88

Perjalanan kami pada petang  nie diteruskan lagi ke Eureka SkyDeck 88 selepas menaiki 'City River Cruises' menyusuri sungai Yarra.  Kumpulan kami dipecahkan kepada dua, kami berada di sini dan satu kumpulan lagi pergi ke FDO (Factory Direct Outlet) yang menjual barangan Corel.

http://en.wikipedia.org/wiki/Eureka_Tower

Keadaan cuaca hari nie hujan dari pagi sehingga petang. Keadaan hujannya rintis-rintis namun tetap laaa basah kan kalau bermain  hujan hehehehe….
Sejuk juga laaa, tapi disebabkan tiada angin yang bertiup maka keadaan sejuk nya tidak laa keterlaluan sangat. Tapi kalau lama berembun kat luar tu memang sejuk laaa macam saya yang tak tahan sejuk nie.

Bayaran kami untuk ke Eureka Skydeck nie dah dibayar oleh agensi. Semua bayaran telah dijelaskan, kami tak perlu keluarkan duit lagi. Kami berkumpul dulu di bawah untuk urusan tiket dan kemudian baru kami menaiki lif untuk ke tingkat 88. Memang menarik sekali pemandangan di sini walaupun keadaan hujan membasahi bumi. 


Cermin yang dibasahi air hujan tetap menarik dan Ahmadenijad tersenyum manja. 



Cantik sangat bangunan nie ader lebah  : )



Seronok pulak dua orang adik-beradik nie bermain.



Berada di luar, keadaan sejuk sangat sebab angin yang bertiup kuat. 



Ahmadenijad dan A'shadieeyah duduk bersantai sambil makan kacang dalam keadaan yang sejuk nie. 



Jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Bosan menunggu, ambik jer laaa gambar jalan dan pokok-pokok nie. 



Berada berhampiran dengan pintu masuk ke Eureka Skydeck.



Kami merempat jer kat tepi pintu masuk ke Eureka nie dalam keadaan kesejukkan menunggu bas …hehehhee 



Bersama A'shadieeyah menyandar dan hampir baring untuk mendapatkan gambar pemandangan yang cukup indah.





A'shadieeyah yang mood nyer kurang baik hanya berdukung jer ngan ummi. Penat agaknya sebab dari mula datang tadi asyik berlari jer, mood tak baik pun sebab tak dapat makan aiskrim. Maklum laa khuatir A'shadieeyah batuk. Sebelum kami berangkat ke sini, A'shadieeyah demam teruk jugak. Alhamdulillah, sampai jer sini batuknya pun dah tak der. 



Minum air kopi menghangatkan badan hehehee




Beli beberapa cenderahati seperti magnet peti sejuk dan baju.





Duduk bersila sambil mengemas barang-barang, sebelah kanan tu ada timbang. Senang laa nak timbang barang-barang kami. Hand Luggage kami pun kena timbang jugak, selamat laa kami dah bersedia dengan timbangan 7 kg setiap orang. 


Semasa menunggu bas di Eureka Skydeck, lama juga kami menunggu ketibaan bas. Bas tiba sekitar jam 8 malam lebih. Kami kemudiannya dibawa makan ke Restoran Cili Padi. Tapi kami sekeluarga dan kakak-kakak ipar tak turun pun pergi makan. Selesai makan, kami bertolak ke Lapangan Terbang Melbourne. Pagi nanti flight kami sekitar jam 1 pagi. Sampai jer kat lapangan terbang kami mengemas barang dan timbang segala barang yang di bawa supaya tidak lebih dari yang sepatutnya.  Selamat  tinggal Negara Kanggaru … toinggg...toinggg…toinggg







Beli buah blueberry dan raspberry ( warna merah ) di Victoria Market. Jenuh kami nak habiskan buah nie, sebab masam. Akhirnya dibuang juga bakinya, nak bawa masuk flight takut tak boleh pulak.









No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...