Selesai urusan temasya sukan pada petangnya sekitar jam 3 petang (16 Jun 2013 - Ahad) kami pun bergerak menuju ke sebelah KL untuk ke Place Court Medical Centre.
Ini pertama kali saya melangkah ke sini. Dari tempat pakir kereta kami terus menuju ke lif dan sampai ke bilik wad kak su. Kami sekeluarga melawat kak su yang baru jer menjalani pembedahan di sana pada hari Khamis.
Sekitar jam 6.15 petang, kami keluar dari bilik kak su dan menuju ke lobi. Teringin nak tengok sekitar kawasan pusat perubatan nie. Setibanya kami di lobi, sememangnya cukup mengagumkan pusat perubatan ini. Kelibat pengunjung di sini juga tidak laa terlalu sesak. Cukup menenangkan ketika berada di lobinya yang santai dan cukup menarik hiasan dalamannya.
Ahmadenijad memegang buah oren manakala A'shadieeyah menunjukkan jarinya ' 1 Malaysia ' ...heheee
Kami sekeluarga bergambar bersama kak su.
Ahmadenijad bergambar di lobi Prince Court
Hadiah bunga-bungaan serta buah-buahan yang diterima oleh kak su : )
A'shadieeyah di sebuah kedai, khusyuk jer memilih lolipop yang berwarna-warni.
No comments:
Post a Comment