Selamat Tahun Baru 2015.
Hari nie 2 Januari 2015 ( Jumaat ) maka Ahmadenijad perlu menjejakkan kakinya melangkah ke alam persekolahan. Memasuki alam sekolah rendah, berbeza dengan berada di prasekolah atau tadika. Hari nie hanya orientasi sahaja untuk murid-murid Tahun Satu. Tahun nie kelas Ahmadenijad seramai 45 orang murid. Ahmadenijad ditempatkan di kelas 1-C5.
Kami keluar awal dari rumah supaya sampai ke sekolah sebelum pukul 8 pagi. Ummi hanya menghantar Ahmadenijad yang ditemani oleh mak su untuk ke sekolah. Maklumlah ummi juga perlu menguruskan anak-anak murid ummi yang ingin mendaftar di Tahun 1. Begitulah hakikat seorang guru, sentiasa berkorban untuk anak muridnya. Justeru, ummi tidak dapat menemani anak ummi pada hari ini. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang akan mendatang di alam persekolahan anakku.
Hiasan pentas di sekolah yang cantik dan menarik.
Ahmadenijad di kelas 1 Cempaka 5 ( 1C5 )
Ibu bapa yang menemani anak-anak untuk orientasi Tahun 1 di kelas 1-C5
Ahmadenijad ditemani oleh ummi, ketika pulang dari orientasi. Orientasi habis awal sekitar jam 11 pagi. Tapi kena ambil anak ummi nie lambat sekitar jam 12.30 tengah hari sebab urusan ummi menguruskan murid Tahun 1 di sekolah belum selesai.
Persiapan baju Ahmadenijad yang dah siap disaterika dan buku-buku untuk sekolah agama.
Pada 12 Januari, bermulalah persekolahan bagi tahun 2015. Sepatutnya 5 Januari sudah bermula persekolahan bagi tahun nie tapi Menteri Pendidikan mengumumkan cuti pada minggu tersebut di atas masalah banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Pada 12 Januari ( Isnin) abah yang menguruskan Ahmadenijad untuk sekolah agama dan sekolah rendah. Seawal pagi 7.45 pagi telah bermula pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama sehingga 10.45 pagi. Sekolah Kebangsaan pula bermula pada pukul 1.10 petang hingga 6.30 petang.
Ummi berkesempatan berjumpa dengan Ahmadenijad pada waktu rehat.
Waktu rehat untuk hari pertama sekolah, Ahmadenijad berdikari bergerak sendiri. Ummi dan abah lepaskan jer dia pergi ke kantin. Tengok-tengok dia beli aiskrim perasa coklat. Kelihatan Ahmadenijad duduk di kerusi kantin. Ummi pun menghampiri Ahmadenijad, tapi Ahmadenijad tak suka ummi tengok dia. Mungkin dia rasa dia dah besar dan dia boleh buat semuanya. Macam mana pun Ummi dah tegur Ahmadenijad supaya jangan beli aiskrim lagi untuk masa akan datang.
Ahmadenijad makan aiskrim, A'shadieeyah baik jer tak minta pun. Kesian adik macam teringin jer hihiii...
Hari ke dua pula ummi pergi ke sekolah Ahmadenijad untuk mengambil Bantuan Awal Persekolah sebanyak RM 100. Sebelum tu, ummi pergi beli seluar sukan dan tempah tanda nama Ahmadenijad. Kemudian ummi pun tunggu laa sehingga Ahmadenijad keluar rehat. Hari ini, murid Tahun 1 keluar awal rehat iaitu pada jam 3 petang. Agaknya kerana hendak memberi Bantuan Awal Persekolahan yang bermula pada pukul 3 petang hingga 5 petang. Waktu rehat tu, ummi lihat murid-murid dari kelas 1-C5 dah keluar. Muka Ahmadenijad tak jugak kelihatan di kantin sekolah, biasalah sukar nak mengecam Ahmadenijad di sebalik ramainya murid-murid yang memakai baju seragam sekolah. Tiba-tiba kedengaran suara Ahmadenijad di belakang ummi, betul tu suara dia. Pada tangan Ahmadenijad ada sesuatu yang dibelinya. Ahmadenijad bergerak ke kaunter di kantin untuk membeli makanan. Lepas tu, ummi dah terlepas pandang Ahmadenijad di mana. Mata meliar mencari Ahmadenijad dan akhirnya terlihat dia sedang makan di hujung bangunan di mana terletaknya kelas Ahmadenijad. Ahmadenijad leka makan sosej yang dibeli. Terlihat ditangannya ada kad permainan dan bungkusan gula-gula. Bila ditanya dan disoal siasat, rupanya dia pergi keluar sekolah untuk membeli barangan tersebut. Errmmm... apa lagi Ahmadenijad pun kena ceramah laa dengan ummi. Risaunya ummi dengan perangai Ahmadenijad yang berani nie.
Hari ke tiga persekolahan, ummi bekalkan Ahmadenijad dengan spagetti. Jadi hari nie, Ahmadenijad kata dia makan spagetti dan duit tidak dibelanjakan. Alhamdulillah, semoga Ahmadenijad tidak membazir. Tapi hari Khamis, Ahmadenijad beli aiskrim lagi katanya. Walaupun dah bawa bekal nugget ayam.
Hari Jumaat, balik rumah Ahmadenijad mengadu kena cakar dengan kucing. Habis tangannya dicakar kucing dan juga kat pipi. Ahmadenijad bercerita pasal kena cakar kucing. Ummi dengar jer laa, dia kata pasal kucing betina yang mencakar dia tu ; )
Inilah pengalaman seminggu Ahmadenijad bersekolah : )
13 comments:
hehehe akak ngaja sekolah mana ? makcik CT cg di SK Jalan 6 ^^
biasalah tu. kalo jadi anak cg mmg mak ayah bakal pinggirkan anak sndiri demi anak murid. cemtu laaa dok rasa selalu..
He he he...mcam mana boleh terlepas keluar sekolah pulak tu.... anak wa pun sama gak.sek dengan ayah dia..ayahnya kata menjang kat kantin tak dapat duit baki...
~ CT Humairah ~
Heeheee biasa la CT, cikgu lebih rapat ngan anak murid
rasa kecik lak dunia, CT ader makcik kat sek tu, siapa yer?
~wa~
biasa laa budak baru tahun 1, tengok orang jual makanan kat luar sekolah tu dia terliurr hihiii
kaknoor singgah follow miesha
Omelnya Ahmadenijad. Mesti gembira dapat ramai kawan baru kan..hihi
~nooriah abdullah~
terima kasih kak noor sudi follow blog saya : )
~aishah nin~
TQ aishah, Ahmadenijad seronok gi sek, ramai kawan dan cikgu baik katanya hihiii : )
hebat nama tu. bapa saudara saya menamakan anaknya dengan khomenie...
p/s: tkasih kerana jenguk blog saya yang tak sepertinya ini... blog retro...
~ihsan marhaen~
Trima kasih jg kerana jenguk ke sini : )
kiranya Ahmanejad ni satu sekolah ngan Miesha lah ye cuma kelas je lain..senang lah mcm tu
dah masuk alam perekolahan lleh kenal ramai kawan ye Ahmad...
~JM~ saya kat sek lain, Ahmadenijad kat sek lain : )
Ahmadenijad mmg suka laa jumpa dan kenal ramai kawan ; )
hehehe kenal makcik kitee eyh =P akak ajar sek mana..?
Post a Comment