Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2015 menjelang sudah. Kami tak rancang ke mana-mana pun. Pada rancangan awal nak balik kampung di Sarawak, tapi tak jadiii lak. Entah macam mana, suami kesian pulak kat anak-anak yang duduk jer kat rumah tidak kemana-mana. Suami pun menempah laa bilik penginapan di Times Service Suites @ Times Square (9 Jun 2015 ~Selasa~ hingga 12 Jun 2015~ Jumaat). Kami bercuti dekat-dekat jer dan nak bagi peluang kat ummi gi 'shopping shopping' hihiiii... maklumlah kaki suami selepas pembedahan tempoh hari belum baik sepenuhnya.
Hari pertama kami tiba, suami berhentikan kereta dan kami turun di Berjaya Times Square East. Kami diberikan kad akses untuk masuk ke sini. Kad akses untuk lif dan pintu diruang lobi.
Ruang meja makan.
Pemandangan bilik utama dari arah ruang tamu.
Jelas kelihatan menara Kuala Lumpur dan KLCC dari kolam renang nie.
Pemandangan sekitar kawasan kolam renang.
Ahmadenijad suka sangat laa dapat mandi-manda kat kolam nie. Berendam lama laa dia kat sini pun tahan jer.
Pemandangan dari Tingkat 34, A'shadieeyah bersama Upin nya.
Ruang menonton televisyen untuk anak-anak di sini yer.
Sini pula ruang menonton televisyen untuk ummi dan abah tau. Tapi dua beradik nie monopoli pula kedua-dua ruang rehat yang terdapat dalam apartment nie. Gambar nie diambil pada hari akhir di sini (Jumaat ~ 12 Jun 2015)
Ruang pantry nie terletak bersebelahan bilik anak. Sebuah lagi ruangan dapur dilengkapi peti ais, cerek elektrik dan ketuhar berada berhampiran dengan pintu masuk.
Puas hati sangat, apartment nie ada dua bilik, 2 pantry dan 2 bilik air yang luas , bersih dan selesa sangat. Kalau nak pergi membeli-belah boleh turun jer kat tingkat bawah dah jumpa pusat membeli belah Times Square. Beberapa hari tinggal di sini pun, saya jarang keluar membeli-belah. Kami sekeluarga hanya akan keluar untuk makan. Lagipun, pada hari kami mula menyewa di sini, keadaan saya pun tidak berapa sihat. Badan rasa lemah, sendi-sendi badan pun rasa sengal dan sakit.
Hari pertama tiba di sini, hari pun dah petang dan kami duduk di bilik sahaja. Selepas maghrib, kami sekeluarga keluar untuk makan di tingkat bawah penginapan kami nie iaitu di Berjaya Times Square. Kami singgah membeli makanan di kedai serbaneka dan kemudian makan di KFC.
Saya pergi membeli-belah pada hari Jumaat, ini memang betul-betul shopping : ) Macam-macam diborong, beli baju, minyak wangi, barangan kosmetik, kasut dan barang-barang anak. Hari nie (Jumaat) kena juga cari barang iaitu gelas berkaki untuk menggantikan gelas kat apartment kami yang telah pecah oleh Ahmadenijad.
Lain-lain cerita akan bersambung yer... : )
2 comments:
helllo akak.. aahah ceq kembali lagi..
hai siti hihiii : )
Post a Comment