Wednesday, 10 June 2015

Tulip : )

Malam nie (10 Jun 2015 ~ Rabu), kami tak kemana-mana pun. Hanya di bilik penginapan di Berjaya Times Square sahaja. Kami hanya turun ke bawah di tempat membeli-belah untuk jalan-jalan cari makanan dan sambil-sambil mencuci mata melihat barang-barang yang dijual di sini. Malam nie, kami memilih Restoran Station Kopitam untuk hidangan malam kami. 

Nasi goreng daging yang dipesan oleh suami. Sedap juga menu nie.

Nasi goreng kampong yang menarik dan sedap.

Tengok jer dah tahu menu apa dan siapa punya. Anak dara saya laa si A'shadieeyah : )

Kopi ais yang sedap : )


A'shadieeyah bergambar dengan tulip  serta aksinya yang teruja melihat tulip hahaahaa...
Bukan bunga tulip sebenar hanya gambar jer hihiiii ok laa kan dapat jugak bergambar dengan tulip yang besar daripada A'shadieeyah : )


Tengok aksi A'shadieeyah yang terlebih aktif pulak, abangnya Ahmadenijad pula monyok jer muka dan macam tak bermaya sebab mengantuk.


Aksi Ahmadenijad dan A'shadieeyah dihadapan model tak tau namanyer. Selesai bergambar dan jalan-jalan untuk senaman malam nie selepas makan, kami sekeluarga pun balik ke bilik untuk berehat pulak yer : )








No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...