Sunday, 1 January 2012

AhMaDeNiJaD & A'ShADiEEYaH Ke PeNaNg 2011 ( Bahagian I )




Seawal pagi lagi kami dah bangun, ummi laaa yang paling awal bangun. Bersiap-siap dan menyiapkan anak-anak. Jam 7.30 pagi pada 24 Disember 2011, kami bertolak ke Penang. Perjalanan berjalan lancar dan hanya terganggu dibeberapa lebuh raya dengan kesesakkan lalulintas disebabkan kemalangan. Perjalanan kami juga terganggu kerana abah dan Ahmadenijad sakit perut. Berapa kali asyik singgah di hentian untuk ke tandas. Persinggahan pertama kami bercadang nak singgah di hentian Rawang, tetapi kerana terlalu banyak kenderaan dan ramainya orang sehingga susah sangat nak pakir, kami meneruskan perjalanan dan singgah di hentian Bukit Beruntung. Entah apa laaa yang dimakan sehingga perut rasa memulas-mulas. Ummi dah ok selepas berhenti di Hentian Bukit Beruntung, tapi abah dan Ahmadenijad sakit perut lagi dan kami singgah lagi di hentian yang seterusnya....hehee

Disebabkan kerap berhenti untuk ke tandas, perjalanan ke Penang telah memakan masa lebih panjang. Kami terus menuju ke hotel kerana sudah kepenatan dan ingin merehatkan badan. Di samping itu kami juga membeli makanan di kedai yang tidak jauh dari tempat penginapan kami. Selesai segala urusan 'check-in', kami pun naik ke bilik di tingkat 7. Kami merehatkan diri dan selesai segalanya, kami pun turun semula dari bilik hotel dan pergi ke Museum Toy yang terletak di hadapan hotel tempat penginapan kami. Bayaran untuk masuk ke Museum Toy ini ialah RM 10 sahaja seorang.


Ahmadenijad bergambar di dalam museum toy yang seperti zaman piramid di masa silam dengan warna keemasan.


Ahmadenijad meniru aksi-aksi hebat hero pujaannya...heheee. Di sini sememangnya kita boleh lihat pelbagai koleksi permainan yang terdapat di filem. Ahmadenijad juga kata "ummi nie macam permainan Niejad kat umah, kat umah kita pun ada men nie". Ahmadenijad akan panggil semua super hero nie dengan panggilan 'men'.

Ahmadenijad nak tiru gaya Panda Kung Fu, siap angkat kaki lagi tuu...hahahaaa


Ahmadenijad bersama koleksi-koleksi mainan di Museum Toy.
 

Bergambar di hadapan Museum Toy sambil menikmati aiskrim.

Aiskrim Ahmadenijad tak habis-habis lagi walaupun dah sampai di lobi hotel Copthorne Orchid : )

Kami berehat seketika setelah selesai mengunjungi Museum Toy. Malam nie (24 Dis 2011) kami akan ke Vistana Hotel untuk mengikut abah yang ada Reunion Navy USM. Kami bertolak selepas maghrib, keadaan jalan agak sesak dan menyebabkan kami sampai agak lambat ke Vistana Hotel. Setibanya kami di sana, majlis telah pun bermula dan tetamu sedia menikmati hidangan masing-masing. Kami pun apa lagi, menjamu selera jer laa dan duduk bersama dengan kadet Navy USM yang masih belajar di USM. Aktiviti biasa jer, tapi seronok dapat jumpa dengan bacth saya. Walaupun mereka Navy dan saya ROTU, tapi kami saling mengenali. Sesekali bila  berjumpa, panjang juga laa ceritanya kami berborak-borak.





Reunion untuk Navy USM. Rakan-rakan yang sama batch (Navy) & ROTU.

Kami pulang dari Vistana Hotel dalam lingkungan jam 11 lebih. Malam tersebut ialah malam menyambut Krismas, sememangnya keadaan jalan untuk kami pulang agak sesak terutamanya di sekitar Gurney Plaza. Kami melalui kesesakkan lalu lintas yang teramat teruk. Orang ramai yang berjalan kaki sememangnya ramai dengan memakai kostum topeng mata dan ada juga yang memakai pengikat rambut arnab di kepala. Sungguh meriah sekali suasana di sini. Akhirnya kami sampai juga ke hotel dengan selamat dan setelah keletihan kami pun melelapkan mata, Ahmadenijad dan A'syadieeyah sememangnya telah lena dibuai mimpi-mimpi yang indah : )

Menjamu selera di Vistana Hotel, sememangnya lauk memang sedap.Paling  saya suka tiram yang ada keju, memang sedap.

Keesokkan harinya kami pergi ke Bazar Chow Resta untuk membeli jeruk buah-buahan. Sekejap jer kami berjalan kat sini, cuaca panas dan rasa letih lak berjalan lama-lama. Kesian juga dengan Ahmadenijad yang kepenatan dan A'shadieeyah yang sudah kepanasan. Kami meneruskan destinasi kami untuk ke USM, mengimbau kenangan semasa belajar dulu. Kami masuk ikut pintu belakang yang berhampiran dengan padang kawad PALAPES dan menuju ke desasiwa Indah dan kami pusing-pusing seluruh USM.


Paginya kami ke Bazaar Chow Resta, Penang. Tak der apa yang dibeli hanya sehelai baju A'shadieeyah dan pistol Ben-10 yang dipegang Ahmadinejad di atas serta ummi hanya membeli buah-buahan jeruk.

 Ahmadenijad di hadapan Bangunan HEP USM, ummi pun pernah bergambar di tempat yang sama seperti Ahmadneijad.


Setelah mengimbau kenangan di USM, kami pun mengisi perut yang lapar di Nasi Kandar Kayu yang berhampiran dengan Vistana Hotel. Setelah kenyang kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk ke Rumah P. Ramlee. Kemasukkan di sini adalah percuma, kami hanya membeli cenderahati iaitu 'key chain' dan baju T-shir yang tertera gambar P. Ramlee. Ramai juga pengunjung yang datang ke sini.

Sekitar kawasan Rumah P. Ramlee yang dijaga rapi dan bersih.


Keadaan dalam rumah P. Ramlee. Seronoknya jika dapat duduk di rumah papan tradisional melayu nie : )



Di bawah rumah P.Ramlee, kami duduk bersantai di meja dan kerusi yang disediakan. A'shadieeyah meniarap di atas meja lak dengan tersenyum manja.


Gambar A'shadieeyah Hafthah yang berusia 5 bulan 25 hari ( 25 Disember 2011) di rumah P. Ramlee, Penang.

Selesai kami menjenguk-jenguk di Rumah P. Ramlee, kami pun pulang ke hotel. Kami memberi ruang kepada Ahmadenijad untuk mandi air laut dan air kolam. Sebelah petangnya kami dah bersedia membawa anak-anak ke laut. Pemandangan laut sememangnya mengagumkan, dengan pantai yang bersih dan air laut yang menghijau.

Petangnya kami pergi ke tepi pantai untuk membawa Ahmadenijad mandi. Tapi Ahmadenijad takut pulak nak mandi air laut nie. 


Ahmadenijad seronok bermandi-manda bersama-sama A'shadieeyah dan abah serta rakan-rakan yang turut sama mandi di hotel di sini.


Amboi, seksi nyer anak ummi nie! heheee
Seronok sangat A'shadieeyah mandi :)

Malamnya, selepas maghrib, kami keluar ke pasar malam di Batu Feringghi. Kalau nak naik van yang disediakan oleh pihak hotel juga ada disediakan, penumpang akan bertolak pada pukul 7 malam sehingga 10 malam. Pada mulanya, abah Ahmadenijad mengajak untuk menaiki van. Tapi bila difikirkan payah pula kerana ada ketetapan masa sehingga jam 10 malam. Maka, lebih senang kami menaiki kereta dan kemudian boleh laa mencari tempat untuk makan malam. Sememannya seronok berkunjung ke pasar malam di sini kerana terdapat pelbagai barangan yang dijual pada harga yang berpatutan dengan kualiti barangan juga baik walaupun bukan barangan 'original'. Kami hanya menjamu mata sahaja, setakat membeli selipar untuk Ahmadenijad jer. 

Selepas berkunjung ke pasar malam, destinasi seterusnya ialah mencari kedai makan. Kami pusing-pusing untuk mencari nasi kandar 'line clear' Disebabkan dah lama tak ke Penang, tak jumpa pulak, sedangkan semasa pulang dari Hotel Vistana semalam, kami terjumpa kedai nasi kandar tu. Agaknya bukan rezeki kami untuk ke sana. Semasa pusing-pusing mencari nasi kandar 'line clear', kami terjumpa satu kedai nasi kandar 'beratur'. Memang ramai sungguh orang yang beratur hendak membeli makanan di sini. Kami tiba di sana dalam lingkungan jam 10.10 malam. Abah pakir kereta berhampiran dengan kedai nasi kandar Kapitan, jauh juga dengan kedai nasi kandar Beratur kerana kebanyakkan tempat letak kereta dah penuh. Hanya abah jer yang pergi beratur untuk membeli 'Nasi Kandar Beratur'. Kami anak-beranak hanya menunggu di dalam kereta sahaja. Lamanya laa kami menunggu, sehingga jam 11.50 malam baru laa abah kembali ke kereta. Semasa menunggu abah di dalam kereta, saya lihat kedai bersebelahan tempat kami pakir kereta nie pun boleh tahan pengunjung yang datang. Tak putus-putus orang berkunjung ke kedai nasi kandar Kapitan nie, memang ramai yang makan di sini. Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, kami terserempak pulak dengan 'nasi kandar line clear' : ) , bukan rezeki nak makan kat situ.

Inilah nasi kandar yang dibeli oleh abah, kesian abah kena beratur lama hanya kerana nak beli nasi nie.



A'shadieeyah tengah baring-baring dan bersantai-santai atas katil. Gambar di bawah ( baju oren), kami dah bersiap nak pulang pada 26 Disember 2011 ( Isnin) pada pukul 9.21 malam.


Bersambung untuk bahagian ke II...jumpa lagi : )




No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...