Monday, 16 January 2012

A'sHaDieeYaH sudah 6 BuLaN


A'shadieeyah kini dah 6 bulan (30 Dis 2011). Tika ini, A'shadieeyah sudah pandai meniarap dan sudah pandai mengangkat-angkat punggungnya. Tapi masih lagi meniarap dan bergerak ke belakang. A'shadieeyah hanya pandai bergerak ke depan pada 25 Januari 2012 dengan pergerakan yang sedikit sahaja.

 A'shadieeyah meniarap lagi, dan pergerakannya masih ke belakang. Pergerakan ke depan belum berjaya lagi heheeheee...

 Pada 14 Januari 2012, adik saya iaitu Mak Dee kepada Ahmadenijad dan A'shadieeyah datang ke KL kerana ada urusan kerjanya. Kami mengambilnya yang berada di Hotel Marriott, Putrajaya untuk bermalam di rumah kami dan bersama anak-anak buahnya. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dan kemudian keluar semula untuk ke Jalan TAR. Memandangkan hari nie hari Sabtu, sememangnya seronok ke Jalan TAR sebab di situ ada pasar malam. Tidak banyak yang saya beli sekadar mencuci mata, tapi Mak Dee yang membeli banyak hahaahaa...

 Selesai penat berjalan di Jalan TAR, kami pun pulang dan singgah makan di Restoran  Nasi Ayam di Bangi. A'shadieeyah seronok jer duduk dan kami sedang menanti makanan yang di pesan sampai. Nasi ayam kat sini memang boleh tahan juga, lain kali boleh datang lagi yer : )


Malamnya pula berjalan di Pasar UpTown di Bangi yang bermula dari jam 9 malam sehingga 3 pagi. 

 
Keesokkannya, kami tak ke mana-mana. Kami keluar dalam jam 10 pagi untuk menghantar adik saya pulang ke Kuching. Lihat laaa gambar di atas betapa beraksi nyer laa si Ahmadenijad kat airport nie. Kami melambai-lambai mak dee yang berangkat pulang... rumah kami kesunyian. Tapi dengan adanya Ahmadenijad dan A'shadieeyah ... errmmm boleh tahan jugak riuhnyer.


No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...