Friday, 31 January 2014

Mee UdaNg...



Inilah keadaan jalan yang sesak selepas tol di Damansara.


Bercuti di Lumut pada 31 Januari 2014 ( Sabtu ), kami meredah jalan yang sememangnya sesak. Tak tahan dengan jalan yang sesak kami cari jalan alternatif selain dari jalan yang bertol nie hiihiii... Kami menginap di Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut, Lumut.


Keesokannya ( 1 Februari 2014 ), kami bergerak menuju ke Kuala Sepetang. Kali nie kami menjamu selera di Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang di Taiping, Perak.  Jauh jugak laaa kami meredah dari Lumut ke  Kuala Sepetang nie untuk makan mee udang yang memang banyak udangnyer.



Aksi A'syadieeyah ngan abah. Gambar kiri, semasa makanan ( mee udang ) baru sampai manakala gambar sebelah kanan setelah selesai menjamu selera dan kekenyangan.



Bukan main lagi gayanyer dengan mee goreng udang. 



Bukan main lagi Ahmadenijad menyuap makanan ke dalam mulutnyer... besarnya nganga. 



A'shadieeyah yang tak sabar nak makan udang...siap tunjuk lagi udang yang ader dalam mangguk ummi tu.



Tengok tuu ader tangan yang nak ambil udang goreng yang panas-panas tuu.. sekali Ahmadenijad pegang... "aduiii panasnyer" kata Ahmadenijad ; )


Selesai menikmati mee udang dan mee goreng udang, hidangan yang kami baru pesan iaitu udang goreng bersalut tepung merupakan menu penutup kami...hahahaa
Meratah udang goreng pulak. A'shadieeyah dan Ahmadenijad memang suka sangat laa makan udang nie.

Selesai jer kami makan di sini, kami pun bergerak ke Taiping. Destinasi yang sememangnya kami sangat suka. Kami pergi ke Zoo Taiping. Ramainya pengunjung kat sini. Kami beratur lama untuk membeli tiket. Malah, ketika saya beratur untuk ke tandas juga terpaksa laa beratur panjang.  Cerita gi Zoo Taiping tu sambung di entry yang lain ya...  : )










No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...