Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part 6 )
Wildlife Park, Philip Island
19 November 2013 ( Selasa )
Cuaca kat sini cukup baik, cerah dan udara yang nyaman. Sekitar jam 6.30 pagi, keadaan langit dah cerah dan fajar semakin menyingsing. Pagi nie ( 19 November 2013 ; Selasa ) kami akan bergerak ke Philip Island. Philip Island terletak di bahagian Tenggara Victoria. Sebelum tu sempat laa juga kami berposing-posing kat beranda luar bilik penginapan kami. Sekitar jam 7.30 pagi kami meneruskan perjalanan. Perjalanan memang jauh dan memakan masa lebih kurang 2 jam. Disebabkan keadaan kereta kami yang sering bermasalah, perjalanan menjadi semakin panjang. Di pertengahan perjalanan, kereta buat hal lagi, macam biasa kereta hanya akan bergerak 40 kmj. Kami singgah di stesen minyak dan matikan enjin untuk enjin rehat kejap..hhehehehe
Di stesen minyak, berhenti rehat seketika.
Alhamdulillah, sekitar jam 10.40 pagi ( waktu di sana ) kami tiba di Wildlife Park, Philip Island. Bayaran nak masuk ke sini ialah AUD 17 seorang. Tiba di sini, keadaan tenang jer dan kenderaan pengunjung pun tak laa banyak. Masuk jer dalam Wildlife Park, kami terlihat haiwan-haiwan yang comel-comel. Keluasan kawasan Wildlife Park nie memang besar jugak, jenuh laa juga kaki melangkah tetapi terubat laa juga kepenatan tu dengan keadaan pemandangan yang menarik.
Tempat nie memang banyak kanggaru, dari yang kecil hinggalah yang besar. Seronok sangat tengok kanggaru-kanggaru nie, manja dan baik jer. Kanggaru tu akan datang kepada kita sekiranya kita memberi makanan kepadanya. Makanan untuk haiwan di sini boleh dibeli dikaunter dengan harga AUD1 jer.
Landak nie mulut dia muncung jer heheehee
Koala yang suka tidur jerrrr… malas betuiiii hahahaa
Haiwan yang berbulu lebat berwarna coklat tu ialah WOMBAT ...
Inilah tempat tinggal Wombat… dalam tanah. Sebab tu laa badan dia comot dengan tanah heheheee
Pemandangan yang indah di Wildlife Park.
Haiwan yang jinak. Tapi bila haiwan nie patuk nak ambil makanan di tangan saya…geli dan tajam lak paruhnya mematuk.
Tak tau apa nama haiwan nie, kaki dia macam itik.
Spesis pokok yang menarik dan unik.
Gambar di sebelah kiri ialah dinding rumah yang diperbuat dari ranting kayu. Manakala disebelah kanan pula gambar pokok yang berbunga putih serta sangat menarik.
Berjaya juga ambil gambar nie…Lompat tinggi-tinggi hehehehee
Lompat lagi…
Fobia dengan angsa, biasanya kalau kat tempat kita angsa nie suka kejar orang dan agresif sikit. Berbeza angsa di sini yang baik dan tak der laa asyik nak menyudu kita atau mengejar kita.
Selain kanggaru, ada juga pelbagai jenis haiwan seperti koala, wombat, tasmanian devil, angsa dan pelbagai jenis burung dan banyak lagi haiwan di sini. Gajah, zirafah, badak sumbu, buaya tu tak der la yer ...hehehehhee…
Seronok bagi kanggaru nie makan…macam kebulur sangat jer kanggaru nie hahahaa
Ada juga kanggaru yang suka pegang tangan saya ketika memberi mereka makan. Terasa tajam kuku kanggaru dan geli lak rasa tangan kerana dijilat oleh kanggaru.
Punyer laaa besar anak kanggaru nie, nak jugak masuk ke dalam kantung ibunya.
Cuba tengok kat perut kanggaru nie, anak nyer sedang masuk dalam kantung ibunya. Sangat teruja tengok heheheee...
Spesis burung unta kot… kepala gondol dan kebiru-biruan : )
Pemandangan yang indah… Subhanallah
Rumput yang berbunga kuning nie cantik pulak : )
Berbunga jingga dan sangat cantik dipandang.
Cantiknyer bunga nie, warnanyer sangat menarik.
Berbunga putih bersih sungguh menarik pandangan mata : )
Setelah penat meredah kawasan di sini, kami pun minum air tin dan duduk berehat seketika. Kemudian kami singgah ke kedai cenderahati, banyaknyer anak patung koala dan kanggaru. Kami setakat jeguk-jeguk jer : )
Layan jer laaa gambar-gambar yang diambil di Wildlife Park nie yer : )
Paling tidak dilupai, di pintu masuk tu jangan lupa beli makanan untuk haiwan di sini. Teringat lak, suami beli makanan haiwan tu dan entah macam mana, plastik pembungkusnyer bocor. Habis bertaburan makanan tu di lantai. Penjaga kaunter tu punyer baik, dia beri bungkusan makanan yang baharu kepada kami dengan muka yang senyum manis punyer hehehee...
No comments:
Post a Comment