Tanggal 1 Januari 2014, cuti umum untuk semua rakyat Malaysia. Hari nie Ahmadenijad telah mula bersekolah di Tadika ABC. Tahun nie pada 10 Julai 2014 maka genaplah Ahmadenijad berusia 6 tahun. Selama 2 minggu adalah tempoh orientasi untuk anak-anak prasekolah di Tadika ABC Seksyen 15.
Hari pertama ibu bapa dibenarkan masuk untuk bersama anak-anak. Tu la yang dapat ambik gambar-gambar kat bawah nie hihiiii…
Hari nie, ader uncle badut datang ke tadika. Setiap orang akan dapat belon mengikut apa yang dikehendaki. Ahmadenijad nak pedang, maka uncle badut pun buat laaa pedang daripada belon. Manakala, A'shadieeyah (adik Ahmadenijad) pulak teringin nak belon juga…kesian kesian A'shadieeyah huhuuuu ( kelakar melihat telatah A'shadieeyah nak belon tu hihiiihiii ).
Bila uncle badut tanya siapa nak belon, A'shadieeyah pun angkat tangan dan nak sangat belon. Boleh bayangkan macam mana anak kecil usia 2 tahun lebih menanti untuk diberikan belon. Tapi mana mungkin dapat, A'sha tak sekolah kat sini. Maka ummi pun pujuk laa A'shadieeyah. Tapi yang lawaknyer pulak, Ahmadenijad pun berkata kepada badut tu " uncle, adik saya tak dapat belon lagi". Aduh terharunya dengan abang Ahmadenijad nie. Malu pun ader jugak ummi nie. Apa lagi, ummi pun pujuklah A'shadieeyah untuk bermain di taman di luar. A'shadieeyah pun ok jer nak main, dan kami pun keluar dari kelas tersebut. Walaupun dah bermain di taman, perkataan belon masih lagi bermain dibibir anak kecik bernama A'shadieeyah.
Seronok anak-anak di Tadika ABC dapat belon ; )
Bermain buaian pulak ; )
Roti canai special : )
Memandangkan masih lama lagi Ahmadenijad di sekolah, kami pun nak bergerak bawa A'shadieeyah pergi makan. Bukan aper, A'shadieeyah dok teringat jer pasal belon hihiiii…. tu yang nak lari dari sekolah untuk mengubat hati lara si kecik nie : )
Kami pun menjamu selera untuk sarapan. Saya makan roti canai special … wowww sedap hehee…
Selesai makan, kami pun mengambil Ahmadenijad pulang. Ok, esok hari kedua pula Ahmadenijad ke sekolah. Alhamdulillah Ahmadenijad tak der masalah pun untuk ke sekolah. Malahan, dia sangat seronok kerana dapat mengenali ramai kawan baharu.
No comments:
Post a Comment