Tuesday, 14 January 2014

ApoLLo BaY & AnGeLSeA ( Part 4 # MeLBourne - In Spring )


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part  4 )

Apollo Bay & Angelsea
18 November 2013 ( Isnin )


Menjamu selera di kedai nie, setelah penat menikmati pemandangan di GOR.

Selepas penat menjelajah ketiga-tiga tempat di Great Ocean Road (GOR), Port Campbell, kami bergerak ke Apollo Bay untuk mencari kedai makan. Perut tak der laa rasa lapar sangat pun, agaknya cuaca yang sejuk dan rasa seronok melihat pemandangan yang indah hingga terlupa untuk rasa makan ….hehehehhe

Apollo Bay, pekan kecil tetapi menarik dan kita boleh lihat bersebelahan dengan jalannya ada laut dan pantai yang sangat cantik, subhanallah. Kami tiba di sini sekitar jam 2 petang ( waktu di Melbourne). Kami jalan-jalan di deretan kedai-kedai. Sambil jalan-jalan, kami mencari-cari kedai makan untuk mengisi perut : )



Suami sedang memesan makanan di kaunter.



Dapat resit dulu, makanan belum sampai lagi. Perkhidmatan kat kedai nie pun bagus, makanan cepat jer sampai. Antara menu untuk hari nie, Butterfish dan Min Chips, Teh Chamomile panas, Scallops and Chips.


Teh Chamomile tu jenama Lipton  : )



Scallops and  Chips ,  yang diletakkan sedikit hirisan lemon. Scallops atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai (Kekapis) nie memang sedap. 



'Butterfish and Min Chips'




Laluan yang tidak sibuk, pemandangan yang indah. Bergambar di tepi bunga-bungaan putih yang cantik. 



Deretan kedai yang terdapat di Apollo Bay.



Di hadapan jalan tu ada kedai 'Fruit and Vege', selesai menjamu selera kami singgah ke sini untuk membeli buah ceri. Sekilo AUD 19.90, tetapi berbaloi memang sedap buah ceri nie berbanding yang kami beli di Victoria Market. Buah epal kat kedai nie pun memang sedap. 



Ini pantai di Apollo Bay, kuat sangat angin yang bertiup. Cuba tengok beg sandang saya tu, tutup beg tu terangkat sebab angin yang kuat. Bila angin bertiup kuat, rasa sejuk sangat walaupun matahari cerah memancarkan sinarannya : )

Taman yang dihiasi dengan arca kayu terletak berhampiran dengan pantai di Apollo Bay.

Pemandangan di sepanjang jalan raya ketika kami ingin pulang semula ke Victoria. Jalan raya sememangnya bengkang bengkok dan kami dapat menyaksikan keindahan pantai dan laut yang membiru. 



Perjalanan menuju ke Angelsea.

Perjalanan kami diteruskan untuk pulang semula ke Victoria. Sebelum tu, kami singgah sebentar di Angelsea. Tempat nie bersih jer dan tenang. Berhenti kat sini pun sekejap, sekadar menikmati pemandangan indah di sini.



Di sebelah kanan gambar ialah laluan untuk ke tandas. Tandas kat sini bersih sangat, walaupun tak der orang jaga untuk bayaran masuk ke tandas : )

 Nampak unik sangat pokok nie : )

 Pemandangan yang indah di Angelsea.

Perjalanan kami diteruskan dari Angelsea ke Victoria untuk menuju ke tempat penginapan kami di St. Kilda. Sepanjang perjalanan untuk ke Victoria, kami menikmati keindahan pantai dan air laut yang begitu indah.
Sambung lagi yer perjalanan kami ke tempat penginapan di St. Kilda, Victoria…  (Part 5 # MeLBourne - In Spring)







4 comments:

Jari Manis said...

Cantik betul langit d bumi australia kan langit biru tak berawan...haa kut betul angin nyer sejukkkk

Cho Zila said...

nampak menarikjer kedai2 kat situ yerk...
memang terbukti anginnyer sangat kuat...
syioknyer jalan2 kat sana yerk...

Anwar Abdullah @ Kaio said...

wahh.. seronok travel ke aussie kan. belum pernah lg ke sana. now tgh plan nak backpack travel.
jemput lah singgah blog ye. :)

http://iluvtour.com

Liza Razak said...

terliur tgk scallops and chips tu !! cantik betul pemandangan kat sana kan.. :)

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...