
Karnival Upin & Ipin yang berlangsung di SACC Convention Centre yang bermula pada 24 hingga 28 Disember 2010 memang menyeronokkan. Kami ke sana pada 25 Disember 2010, di Shah Alam. Ini pertama kali kami nak ke SACC, maka perjalanan untuk tiba ke sana memakan masa yang agak lama kerana kami tak jumpa SACC..hahaa..haa... Tapi akhirnya jumpa jua : )
Ahmadenijad gembira sangat bila terlihat gambar-gambar Upin Ipin dan kawan-kawannya. Di ruang legar SACC disediakan permainan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak begitu gembira dan seronok bermain sambil bergambar di ruang ini.
Ahmadenijad bergambar dengan banner Upin & dan Ipin. Paling kelakar, sibuk nak berposing-posing, Ahmadenijad pun berundur-undur ke belakang dan terlanggar banner sehingga banner tersebut hampir jatuh. Selamat laaa ader pengunjung di belakang banner yang menyelamatkan banner dari terjatuh dan ummi sempat menahan Ahamdenijad dari terjatuh jua. Akhirnya dapat juga Ahmadenijad bergaya. Tengok laa gaya tangannyer tu...heheee
Pelbagai aktiviti dijalankan disini, antaranya setibanya kami di ruang legar SACC, kami mendaftar untuk menjadi ahli kelab Upin & Ipin. Setiap pendaftaran untuk menjadi ahli akan mendapat satu nombor cabutan bertuah. Sesiapa yang telah menjadi ahli kelab Upin & Ipin layak untuk memasuki pertandingan sudoku yang dianjurkan. Ummi Ahmadenijad pun mencuba nasib dengan memasuki pertandingan sudoku.
Di ruang legar SACC ini juga terdapat gerai jualan barangan Upin & Ipin. Pelbagai jenis barangan yang tertera gambar Upin & Ipin yang menjadi kegilaan anak-anak kecil termasuklah Ahmadenijad. Ahmadenijad begitu teruja melihat barangan yang dijual tetapi dia tak laaa sampai menangis nak kan sesuatu barangan tersebut, sebaliknya abah Ahmadenijad yang lebih teruja untuk membelikan Ahmadenijad baragan-barangan Upin & Ipin. Di dewan SACC juga terdapat gerai yang menjual barangan Upin & Ipin disamping pelbagai lagi gerai yang menjual pelbagai aneka barangan yang lain.
Di ruang legar SACC ini juga terdapat gerai jualan barangan Upin & Ipin. Pelbagai jenis barangan yang tertera gambar Upin & Ipin yang menjadi kegilaan anak-anak kecil termasuklah Ahmadenijad. Ahmadenijad begitu teruja melihat barangan yang dijual tetapi dia tak laaa sampai menangis nak kan sesuatu barangan tersebut, sebaliknya abah Ahmadenijad yang lebih teruja untuk membelikan Ahmadenijad baragan-barangan Upin & Ipin. Di dewan SACC juga terdapat gerai yang menjual barangan Upin & Ipin disamping pelbagai lagi gerai yang menjual pelbagai aneka barangan yang lain.
Gambar di atas adalah antara barangan yang dibeli semasa di Karnival Upin & Ipin. Terdapat juga koleksi Ahmadenijad yang tidak dibeli di karnival tersebut. Ummi Ahmadenijad juga mendapat hadiah untuk tempat ke tiga ketika menyertai pertandingan SUDOKU di Karnival Upin & Ipin. Ummi Ahmadenijad mengharapkan tiket bertuah untuk mendapat hadiah tetapi tak der rezeki untuk cabutan tiket bertuah sebaliknyer memenangi pertandingan SUDOKU juga telah mengembirakan hati ummi..heheeeBagi cabutan bertuah tersebut, pengunjung yang membeli barangan melebihi RM30 akan mendapat 1 tiket cabutan bertuah. Ummi Ahmdenijad ada 3 cabutan tiket bertuah...tapi tak bertuah sebab satu pun tak sangkut..hahaaa

Setibanya giliran kami untuk melangkah kaki ke atas pentas, Ahmadenijad terlompat-lompat di anak tangga pentas kerana keseronokkan akan dapat memegang Upin & Ipin. Apabila kami di atas pentas, Ahmadenijad terus memeluk Upin. Upin juga memeluk Ahmadenijad. Malahan, ketika bergambar, Ahmadenijad seolah-olah tidak mahu melepaskan tangan Upin. Ermmm....begitu teruja anak-anak dengan Upin & Ipin nie. Di harap Karnival ini akan diadakan lagi di beberapa negeri yang lain untuk memberi peluang kepada anak-anak yang sangat meminati kartun animasi Upin & Ipin ini.

