Showing posts with label KaRniVaL. Show all posts
Showing posts with label KaRniVaL. Show all posts

Friday, 27 March 2015

Festival ~ Ahmadenijad dan Kuda

Malam nie 27 Mac 2015 (Jumaat), bawa anak-anak ke Festival Sanjungan Satria di UKM. Lihat jer aksi anak-anak melalui gambar nie, gembira sangat maklumlah baru jumpa dengan ummi yang seminggu berkursus.




 A'shadieeyah yang memang suka sangat makan aiskrim. Dibelakang A'shadieeyah tu ialah pentas karnival nie. 

Makan char kuew tiew jer yer : )


 Muka tak sabar nak naik kuda hihiii : )



 A'shadieeyah pula tak sabar nak buka buku yang dibelinya dengan abah.


Muka gembira dan takut jer bila naik kuda. 


 Kuda nie memang besar dan tinggi, mula-mula Ahmadenijad takut jer. Tapi lama-lama ok jugak laa dia hilang takutnya.

Seronok Ahmadenijad nie, lepas naik kuda kami sekeluarga naik kereta kuda pula. Pusing-pusing kat tempat letak kereta berulang-ulang kali hihii dan memang puas hati laa dengan kadar bayaran pun murah : )







Saturday, 22 November 2014

Tengok UPIN & IPIN ~ Nov 2014 ~


Ahmadenijad asyik sebut nak tengok Karnival UPIN & IPIN di PICC Putrajaya. Tahu pulak tuu Ahmadenijad di mana berlangsungnya karnival tu. Abah pun berjanji laa dengan Ahmadenijad, kalau Ahmadenijad baik makanya jadi laa kami ke karnival tersebut. Apa lagi, sememangnya Ahmadenijad pun berkelakuan baik dan rajin tolong ummi. Apa yang ummi minta bantuan cepat jer dapat. 

Seperti yang dijanjikan, pada sabtu yang lepas 22 November 2014 kami pun bergerak laa ke PICC. Sememangnya dijangka jalan mengalami kesesakkan yang teruk. Tempat letak kereta lagi laa payah nak dapat. Kami pakir kereta di kawasan perumahan pangsapuri. Ramai juga yang pakir di sini walaupun jauh. Kami terpaksa meredah bukit-bukit yang mencerun tuuu... waduuuhhh waduuuhhhh... demi anak-anak nak tengok upin ipin dan ultraman terpaksa juga digagahi kaki ini untuk melangkah... peluh dah bercucuran dan kaki rasa beratnya nak melangkah terutamanya menaik bukit yang mencerun  tinggi tuuu... huhuuuu 

Ini kali ke dua kami pergi ke karnival upin ipin. Pertama kali kami pergi ke karnival nie yang pertama kali di buat di SACC Shah Alam, boleh baca di link nie  http://miesha-jept.blogspot.com/search?q=KARNIVAL+UPIN  Masa nie Ahmadenijad baru berusia 2 Tahun lebih. Sekarang Ahmadenijad dah besar dan berusia 6 Tahun 4 bulan. 



Laluan kami masuk jer jumpa ramainya orang, ingatkan mereka pun tengok upin ipin rupanya bukan. Mereka sedang konvo rupanya hihiii... Kami pulak tersalah laluan, kami naik ke tingkat atas guna eskulator nie. Kemudian kami turun semulaa laa, dan cari di mana letaknya karnival upin ipin nie ; ) dan akhirnya jumpa jua, berseronok la yer anak-anak.



 Di booth pameran animasi kartun 'Pada Zaman Dahulu', seronok sangat dua beradik nie dapat pergi ke sini. Walaupun disedari oleh mereka manusia yang begitu ramai datang ke sini, dewan yang luas terasa kecilnya dan udara yang berhawa dingin terasa panasnya huhuuu : )





Ahmadenijad dan A'shadieeyah yang mengikuti aktiviti mewarna. Warna pensel dibekalkan oleh pihak penganjur. Selesai mewarna akan diberikan pemadam dan pengasah pensel. A'shadieeyah bukan mewarna sebaliknya dia melukis di belakang kertas lukisan yang diberikan. Bila ummi tegur, marah pulak A'shadieeyah. Biasa laa, dah mengantuk waktu petang-petang jam 1 lebih niee : )




A'shadieeyah dengan Upin Ipin dan Ahmadenijad dengan Sang Kancil.

Sebelum mengikuti aktiviti melukis tu, sempat laa jugak tengok aksi ultraman. Tapi memang kena julang Ahmadenijad kat bahu abah dan A'shadieeyah lak ummi dukung kat atas bahu juga. Rasa nak pitam dan berpinar bijik mata masa A'sha dok atas bahu dengan ramainya pengunjung yang bersesak-sesak. Dengan pengunjung yang semuanya berdiri, yang dok kat depan pentas pun berdiri jugak... memang orang belakang nie tak nampak aper laa.. Ummi pun tak nampak ultraman tuu huhuuuu



Selesai acara Ultraman tu, orang ramai pun berganjak dari pentas. Kami lak ambik tempat dekat ngan pentas. Kami anak-beranak pun duduk laa situ nak tunggu persembahan Upin Ipin dan rakan-rakannya. Persembahan nyanyian 'chiken dance', Ahmadenijad dan A'shadieeyah apa lagi syokk dan layan sungguh hihiii : )





Seronok sangat A'shadieeyah dan Ahmadenijad dapat tengok Upin Ipin dan rakan-rakannya menari dan menyanyi. Habis jer nyanyian tu, kami pun ambil keputusan untuk pulang. Dah tak larat rasanya dengan keadaan yang bersesak-sesak. 


Gambar Ahmadenijad yang menuruni cerun bukit. Ramai pengunjung yang menggunakan jalan pintas nie nak ker tempat pakir kereta selepas mengunjungi Karnival Upin Ipin tu.



Sempat lagi posing kat laluan pintas niee...hihiii. Masa nak turun bukit nie ok laa. Masa nak naik tuu fuhhh letih kepala lutut hihiii : )




Kami melalui cerun yang berbukit nie untuk turun ke bawah di tempat letak kereta kami yang jauh nun di kawasan perumahan.





Ahmadenijad sempat posing-posing lagi kat taman bunga yang cantik nie. Anak-anak puas hati dapat tengok Upin Ipin. Tapi Ahmadenijad kata, tak seronok sebab tak dapat tengok puas-puas Ultraman dan raksasa. Tak per laa Ahmadenijad... Lain tahun kita gi awal sikit cop tempat duduk kat depan pentas hahahaaa.






Sunday, 9 January 2011

Karnival UPIN & IPIN

Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com


Karnival Upin & Ipin yang berlangsung di SACC Convention Centre yang bermula pada 24 hingga 28 Disember 2010 memang menyeronokkan. Kami ke sana pada 25 Disember 2010, di Shah Alam. Ini pertama kali kami nak ke SACC, maka perjalanan untuk tiba ke sana memakan masa yang agak lama kerana kami tak jumpa SACC..hahaa..haa... Tapi akhirnya jumpa jua : )

Ahmadenijad gembira sangat bila terlihat gambar-gambar Upin Ipin dan kawan-kawannya. Di ruang legar SACC disediakan permainan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak begitu gembira dan seronok bermain sambil bergambar di ruang ini.


Ahmadenijad bergambar dengan banner Upin & dan Ipin. Paling kelakar, sibuk nak berposing-posing, Ahmadenijad pun berundur-undur ke belakang dan terlanggar banner sehingga banner tersebut hampir jatuh. Selamat laaa ader pengunjung di belakang banner yang menyelamatkan banner dari terjatuh dan ummi sempat menahan Ahamdenijad dari terjatuh jua. Akhirnya dapat juga Ahmadenijad bergaya. Tengok laa gaya tangannyer tu...heheee

Pelbagai aktiviti dijalankan disini, antaranya setibanya kami di ruang legar SACC, kami mendaftar untuk menjadi ahli kelab Upin & Ipin. Setiap pendaftaran untuk menjadi ahli akan mendapat satu nombor cabutan bertuah. Sesiapa yang telah menjadi ahli kelab Upin & Ipin layak untuk memasuki pertandingan sudoku yang dianjurkan. Ummi Ahmadenijad pun mencuba nasib dengan memasuki pertandingan sudoku.


Di ruang legar... Ahmadenijad berlari-lari keseronokkan : )

Di ruang legar SACC ini juga terdapat gerai jualan barangan Upin & Ipin. Pelbagai jenis barangan yang tertera gambar Upin & Ipin yang menjadi kegilaan anak-anak kecil termasuklah Ahmadenijad. Ahmadenijad begitu teruja melihat barangan yang dijual tetapi dia tak laaa sampai menangis nak kan sesuatu barangan tersebut, sebaliknya abah Ahmadenijad yang lebih teruja untuk membelikan Ahmadenijad baragan-barangan Upin & Ipin. Di dewan SACC juga terdapat gerai yang menjual barangan Upin & Ipin disamping pelbagai lagi gerai yang menjual pelbagai aneka barangan yang lain.

Gambar di atas adalah antara barangan yang dibeli semasa di Karnival Upin & Ipin. Terdapat juga koleksi Ahmadenijad yang tidak dibeli di karnival tersebut. Ummi Ahmadenijad juga mendapat hadiah untuk tempat ke tiga ketika menyertai pertandingan SUDOKU di Karnival Upin & Ipin. Ummi Ahmadenijad mengharapkan tiket bertuah untuk mendapat hadiah tetapi tak der rezeki untuk cabutan tiket bertuah sebaliknyer memenangi pertandingan SUDOKU juga telah mengembirakan hati ummi..heheee

Bagi cabutan bertuah tersebut, pengunjung yang membeli barangan melebihi RM30 akan mendapat 1 tiket cabutan bertuah. Ummi Ahmdenijad ada 3 cabutan tiket bertuah...tapi tak bertuah sebab satu pun tak sangkut..hahaaa

Ahmadenijad posing...


Lihat laaa...ramainyer pengunjung yang datang ke Karnival Upin & Ipin nie... selamat laa tempat kat sini berhawa dingin, kalau tak fuhhh...terasa bahang kepanasan berhimpit-himpit.


Ahmadenijad berlari-lari...entah macam mana terjatuh laa pulak...menangisss...huhuhuuu

Kemunculan Upin & Ipin di atas pentas menggamitkan suasana kerana sesi bergambar polaraid bersama pengunjung yang telah membeli tiket untuk bergambar. Harga tiket dijual dengan harga RM 10 dan untuk sesi bergambar ini dibuat mengikut slot waktu yang telah ditetapkan. Kami bergambar pada slot waktu jam 12 tengah hari. Wah, anak-anak yang nak bergambar cukup teruja! Ini kerana, kami terpaksa beratur panjang di bawah pentas dalam keadaan yang sesak. Satu keluarga di belakang barisan saya, ibu bapanya terpaksa menenangkan anak mereka kerana menangis untuk naik ke atas pentas berjumpa Upin & Ipin. Malahan, Ahmadenijad juga merengek-rengek nak naik ke atas pentas untuk berjumpa Upin & Ipin. Tetapi apakan daya, kami dan keluarga yang lain kena menunggu giliran untuk naik ke atas pentas berjumpa dengan Upin & Ipin. Melihat situasi yang sedemikian, menunjukkan bahawa peminat kartun animasi ini cukup ramai dan kanak-kanak tergila-gilakan kartun animasi ini. Walaupun saya dan suami penat beratur panjang dalam keadaan sesak dan kepanasan walaupun dewan di situ berhawa dingin, tetapi berbaloi melihat Ahmadenijad sangat gembira apabila berjumpa dengan Upin & Ipin yang sangat disayanginya.


Setibanya giliran kami untuk melangkah kaki ke atas pentas, Ahmadenijad terlompat-lompat di anak tangga pentas kerana keseronokkan akan dapat memegang Upin & Ipin. Apabila kami di atas pentas, Ahmadenijad terus memeluk Upin. Upin juga memeluk Ahmadenijad. Malahan, ketika bergambar, Ahmadenijad seolah-olah tidak mahu melepaskan tangan Upin. Ermmm....begitu teruja anak-anak dengan Upin & Ipin nie. Di harap Karnival ini akan diadakan lagi di beberapa negeri yang lain untuk memberi peluang kepada anak-anak yang sangat meminati kartun animasi Upin & Ipin ini.




PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...