Friday 31 May 2013

EuReKa SkyDecK 88 - MeLBouRNe ( Part 5 )



NeGaRa KanGGaRu … toing… toinggg ( Part 5 ; Akhir ) - Musim Sejuk
30 Mei 2013 ( Khamis ) : Eureka Skydeck 88

Perjalanan kami pada petang  nie diteruskan lagi ke Eureka SkyDeck 88 selepas menaiki 'City River Cruises' menyusuri sungai Yarra.  Kumpulan kami dipecahkan kepada dua, kami berada di sini dan satu kumpulan lagi pergi ke FDO (Factory Direct Outlet) yang menjual barangan Corel.

http://en.wikipedia.org/wiki/Eureka_Tower

Keadaan cuaca hari nie hujan dari pagi sehingga petang. Keadaan hujannya rintis-rintis namun tetap laaa basah kan kalau bermain  hujan hehehehe….
Sejuk juga laaa, tapi disebabkan tiada angin yang bertiup maka keadaan sejuk nya tidak laa keterlaluan sangat. Tapi kalau lama berembun kat luar tu memang sejuk laaa macam saya yang tak tahan sejuk nie.

Bayaran kami untuk ke Eureka Skydeck nie dah dibayar oleh agensi. Semua bayaran telah dijelaskan, kami tak perlu keluarkan duit lagi. Kami berkumpul dulu di bawah untuk urusan tiket dan kemudian baru kami menaiki lif untuk ke tingkat 88. Memang menarik sekali pemandangan di sini walaupun keadaan hujan membasahi bumi. 


Cermin yang dibasahi air hujan tetap menarik dan Ahmadenijad tersenyum manja. 



Cantik sangat bangunan nie ader lebah  : )



Seronok pulak dua orang adik-beradik nie bermain.



Berada di luar, keadaan sejuk sangat sebab angin yang bertiup kuat. 



Ahmadenijad dan A'shadieeyah duduk bersantai sambil makan kacang dalam keadaan yang sejuk nie. 



Jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Bosan menunggu, ambik jer laaa gambar jalan dan pokok-pokok nie. 



Berada berhampiran dengan pintu masuk ke Eureka Skydeck.



Kami merempat jer kat tepi pintu masuk ke Eureka nie dalam keadaan kesejukkan menunggu bas …hehehhee 



Bersama A'shadieeyah menyandar dan hampir baring untuk mendapatkan gambar pemandangan yang cukup indah.





A'shadieeyah yang mood nyer kurang baik hanya berdukung jer ngan ummi. Penat agaknya sebab dari mula datang tadi asyik berlari jer, mood tak baik pun sebab tak dapat makan aiskrim. Maklum laa khuatir A'shadieeyah batuk. Sebelum kami berangkat ke sini, A'shadieeyah demam teruk jugak. Alhamdulillah, sampai jer sini batuknya pun dah tak der. 



Minum air kopi menghangatkan badan hehehee




Beli beberapa cenderahati seperti magnet peti sejuk dan baju.





Duduk bersila sambil mengemas barang-barang, sebelah kanan tu ada timbang. Senang laa nak timbang barang-barang kami. Hand Luggage kami pun kena timbang jugak, selamat laa kami dah bersedia dengan timbangan 7 kg setiap orang. 


Semasa menunggu bas di Eureka Skydeck, lama juga kami menunggu ketibaan bas. Bas tiba sekitar jam 8 malam lebih. Kami kemudiannya dibawa makan ke Restoran Cili Padi. Tapi kami sekeluarga dan kakak-kakak ipar tak turun pun pergi makan. Selesai makan, kami bertolak ke Lapangan Terbang Melbourne. Pagi nanti flight kami sekitar jam 1 pagi. Sampai jer kat lapangan terbang kami mengemas barang dan timbang segala barang yang di bawa supaya tidak lebih dari yang sepatutnya.  Selamat  tinggal Negara Kanggaru … toinggg...toinggg…toinggg







Beli buah blueberry dan raspberry ( warna merah ) di Victoria Market. Jenuh kami nak habiskan buah nie, sebab masam. Akhirnya dibuang juga bakinya, nak bawa masuk flight takut tak boleh pulak.









QueeN VicToRia MaRket & YaRRa RiVer CruiSe - ( Part 4 )


NeGaRa KanGGaRu … toing… toinggg ( Part 4 ) - Musim Sejuk
30 Mei 2013 ( Khamis ) Queen Victoria Market & City River Cruises


Pagi nie kami bersiap-siap, mengemas semua barang-barang kami kerana tengah malam nie, kami akan pulang. Keadaan hari nie hujan renyai-renyai, namun tidak menghalang kami untuk meneruskan acara kami yang seterusnya iaitu berkunjung ke Victoria Market. Disinilah kami banyak membeli pelbagai barangan cenderahati.



Sayur-sayuran kat sini segar sangat.



Pelbagai barangan kulit turut dijual. Harga pun berbaloi la juga dengan kualitinya.



Kami sedang memilih-milih tali pinggang kulit. 


Disinilah saya membeli barangan-barangan cenderahati. Harga barangan di Victoria Market nie  memang murah dan berbaloi laaa jugak membeli di sini.




Papan tanda di Queen Victoria Market

Selesai membeli pelbagai barangan cenderahati di Victoria Market, kami bergerak untuk menaiki kapal persiaran menyusuri Sungai Yarra ( Yarra River Cruise ). Keadaan cuaca pada pagi nie hujan rintik-rintik. 



Keadaan hujan tidak menghalang untuk bergambar jugak hihiiihiii...




Ahmadenijad dan A'shadieeyah dalam cruise : )

Gambar-gambar di bawah di ambil semasa kami dalam cruise.











Perjalanan seterusnya  kami menuju ke Eureka Skydeck 88 , 
http://miesha-jept.blogspot.com/2013/11/eureka-skydeck-88-melbourne-part-4.html





Wednesday 29 May 2013

ChaDStoNe ShoPPiNg CeNtRe - MeLBourNe ( Part 3 )



NeGaRa KanGGaRu … toing … toinggg ( Part 3 ) - Musim Sejuk
29 Mei 2013 ( Rabu )

Selesai kami berkunjung ke Warrook Farm, kami pun di bawa pula ke tempat membeli-belah terkenal di bandar Melbourne. Perjalanan ke Chatstone Shopping Centre terasa lama pulak sebab perut lapar agaknyer. Mengikut rancangan kami makan tengah hari di Warrook Farm, tapi disebabkan perasaan was-was segelintir ahli rombongan kami nie tentang penyembelihan kat situ, maka makan tengah hari nie kena kami tanggung sendiri pulak. Kalau tak, kan dapat makan free…heheheee
Yer laa kan semasa di ladang tu, di atas meja kami dihidangkan dengan air yang kita tak boleh minum, mesti laa rasa was-was. Lagi bagus tak perlu makan kat sana.
 
 
Laluan yang berhampiran dengan hentian bas di pintu masuk Komplek membeli-belah Chadstone.



Daun-daun berguguran dan kering, teringat lak cerita Hindustan berjudul 'Mohabbatein'...
 


 
Daun yang kekuningan dan berguguran di bumi di kala musim sejuk menjelma.

Tiba jer kat sana, kami terus mencari kedai makan. Lepas tu singgah kat kedai yang jual minyak wangi. Harga minyak wangi untuk musim sejuk memang murah. Kebanyakkan minyak wangi yang dibeli berharga di bawah AUD 20.

Layan jer gambar-gambar kami di Chadstone Shopping Centre : )










A'shadieeyah tersengeh jer … : )







Ahmadenijad berhampiran dengan pos. 



Ahmadenijad Al-Harits berada di luar Chadstone Shopping Centre.



Duit…duittt…duittttt
 
 

Ini jer laaa barang yang dibeli di sana, murah jer : )
 




NeGaRa KanGGaRu... (Part 2) - WaRRoK FaRm



NeGaRa KanGGaRu … toing … toinggg ( Part 2 ) - Musim Sejuk
29 Mei 2013 ( Rabu ) : Warrok Farm





Terasa letih lagi, malas jer nak bangun tapi kena jugak bangun awal. Jam 6.35 pagi kami telah siap untuk turun bersarapan. Anak-anak masih lena tidur, namun kena jugak bawak gi sarapan dan mereka tidur dalam stroller. Nyenak sungguh tidur, tak sarapan pun anak-anak, kesian. Ummi dah kejutkan mereka untuk sarapan, tapi tetap juga terpejam mata mereka..heheeheee



Sarapan yang kami nikmati pada hari pertama di sini. Kami hanya makan roti dan buah-buahan jer. 



Ini makanan saya : )

Jam 7.00 pagi kami siap sarapan dan naik semula ke bilik. Sekitar jam 7.30 pagi kami pun turun semula ke lobi. Kami keluar menuju pintu utama hotel dan bergambar di sana. Cuaca yang sejuk dan nyaman cukup menyegarkan. Pergerakan manusia yang bergerak pantas untuk menuju ke destinasi masing-masing dengan gaya yang cukup mempersonakan. Terpegun saya melihat gaya mereka dengan jaket untuk menahan diri dari udara yang sejuk. Malahan, terpegun melihat pergerakan trams yang bergerak pantas di laluan masing-masing. Laluan untuk mereka yang menunggang basikal juga disediakan berhampiran dengan laluan trams. Kayuhan insan-insan yang menunggang basikal cukup bertenaga dan berhati-hati. Satu suasana serta pemandangan yang cukup indah.




Trams dan laluan yang berbelang tu pula ialah laluan basikal.



Lama jugak laa kami lepak kat depan hotel nie, menunggu bas. Cuaca lak sejuk, Ahmadenijad dan A'shadieeyah pun masih mengantuk lagi...mood kemalasan jer anak-anakku nie.



'Move to Melbourne' : ) 
Pejalan kaki pun ramai jugak, kami yang duduk menanti di sini sangat leka melihat pejalan kaki nie bergerak pantas. 




Gambar nie diambil ketika saya dalam bas untuk menuju ke Warrook Farm.



Gambar nie pun diambil ketika dalam bas, 'Warrook Farm Australia'.


Lama juga kami menunggu kedatangan bas. Sekitar jam 9.30 pagi, kami menaiki bas dan menuju ke destinasi iaitu 'Warrook Farm Australia'. Sepanjang perjalanan ke sana, pemandangan yang cukup indah, tanahnya yang lapang dan kebanyakkannya adalah ladang ternakan yang sangat luas. Malahan, sepanjang perjalanan ke sana, kelihatan bandarnya yang bersih. Kami tiba di sana dalam lingkungan sekitar  jam 10.30 pagi.




Macam biasa, sampai jer ke destinasi abah Ahmadenijad akan melaksanakan tugasnyer..heheehee




Ahmadenijad menunggang biri-biri batu sambil diperhatikan oleh adik A'shadieeyah...hahahaa
Lelaki mat salleh kat belakang tu, pemandu bas kami. 



A'shadieeyah tak nak duduk dalam stroller, penat jer abah bukak. Dia nak berjalan... : )



Lembu batu lak...haahahaaa



Cenderahati yang di jual di sini.


Setibanya kami di sana, kami pergi melihat haiwan iaitu Alpaca. Rupanya hampir sama macam Llama. Llama boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang tetapi tidak untuk Alpaca, itu yang dimaklumkan oleh empunya ladang kepada kami. Hanya ada 2 ekor jer Alpaca semasa kami datang ke situ. Selepas bergambar sakan kat kawasan ternakan Alpaca, kami menuju pula ke tempat ternakan itik, angsa dan kanggaru.


Inilah dia Alpaca, comeiii jer... : )



Berlatar belakangkan pemandangan  ladang yang cukup indah.



A'shadieeyah berdukung lak sebab ada banyak taik ...eeeee  ; ) tak der laaa banyak pun. Sajer jer A'shadieeyah mengada-ngada nak berdukung.



Luas sangat ladang nie, hijau jer.





Ditangan Ahmadenijad ialah makanan untuk itik-tik di sini. 



A'shadieeyah dan Ahmadenijad sedang memerhati itik.



KanGGaRu... 



Warrook Farm Australia



Ahmadenijad memotong bulu biri-biri. Baik jer biri-biri nie bila kena potong bulunyer.



Bulu biri-biri, strukturnya lembut dan berminyak-minyak.



Bergambar dengan tukang gunting bulu biri-biri.



Besar sangat lembu nie, sempat lagi perah susu lembu nie. Baik jer lembu nie, tak marah pun kita nak perah susu dia...hehehe





Seronok sangat Ahmadenijad dan A'shadieeyah sebab dapat bagi susu kat anak lembu nie.



Pandai jer A'shadieeyah nie, bila susu dah abis dia pergi ambil yang lain pulak. Sudah-sudah laa tu A'shadieeyah, anak lembu tu dah kenyang sangat dah : )




Suasana di ruang makan di Warrook Farm.


 Kami dihidangkan dengan muffin setelah penat berjalan di ladang nie. Sepatutnya untuk makan tengah hari kami ialah di sini. Tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, kami tidak jadi menjamu selera di sini. 




Muffin kat tangan Ahmadenijad yang diberikan kepada itik-itik di sini. Muffin tu serupa jer ngan gambar muffin kat atas tu.

Ahmadenijad dan A'shadieeyah seronok sangat melihat haiwan di sini. Kami juga di bawa ke satu tempat di ladang nie yang menunjukkan bagaimana anjing mengembala biri-biri. Pandai betul anjing berbulu hitam nie mengawal biri-biri. Semasa kami melihat kanggaru, A'shadieeyah seronok sangat sehinggakan bila kami mengajaknya pulang dia terus terbaring kat tanah di situ. Protes la kononnyer sebab tak puas lagi nak tengok kanggaru. 


sambung... Part 3 : )






PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...