Sunday 31 October 2010

PuSaT SaiNs NeGaRa

Ahmadenijad bersama burung kakak tua di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Perjalanan pada pagi ini (30 Oktober 2010 - Sabtu) lancar dengan keadaan cuaca yang baik. Kenderaan di sekitar perjalanan menuju ke Stadium Bukit Jalil agak sesak tetapi perjalanan masih lagi lancar. Kebanyakkan kenderaan ini, menuju ke Stadium kerana pada malam ini merupakan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia diantara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Kami pakirkan kereta di belakang bangunan KWSP untuk ke Jalan TAR. Tujuan ke sini nak membeli manik-manik untuk menjahit baju tempahan daripada adik rakan saya. Sebelum membeli-belah..heheehee...kami sarapan dulu di kedai ' Ibrahimsha Nasi Kandar'.


Ahmadenijad bersama sepupu Abg Ajim bergambar bersama burung kakak tua. Jelas kelihatan di air muka Ahmadenijad yang ketakutan..hahaahaa... Sekali bergambar dikenakan bayaran RM10 dan diberikan sekeping gambar ini.

Selesai menjamu selera kami pun menuju ke kedai manik ' Klim Craft' yang berhampiran dengan kedai kain JAKEL. Selesai memilih manik, saya pun menemani Ahmadenijad dan Ajim ke khemah yang menempatkan pelbagai spesis burung kakak tua, iguana dan ular sawa. Khemah jualan ini terletak berhadapan dengan Bank MAYBANK. Sesiapa yang nak bergambar di sini dikenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja dan akan bergambar dengan haiwan tersebut. Ahmadenijad dan Ajim bergambar dengan burung kakak tua sahaja.

Selesai membeli-belah di Jalan TAR, Kl , kami sekeluarga menuju pula ke Pusat Sains Negara (PSN) yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.PSN terletak di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29hb November 1996.

PSN merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik iaitu menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia.

Ikan kat sini boleh di sentuh...

Terowong akuarium yang begitu menarik dengan pelbagai spesis ikan dari yang kecil sehingga yang besar. Terdapat juga satu sudut sebelum pintu masuk ke PSN ini yang disediakan tempat untuk pengunjung menyentuh sendiri ikan-ikan yang berenang.


Terokai dan fahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi.

Di ruang bilik 'Cahaya dan Muzik', memang menarik sekali. Masuk ke bilik ini memang seronok sebab setiap langkah kita akan menghasilkan irama muzik.


Kesian Ahmadenijad...tak cukup tinggi untuk meletakkan kepalanya di baju angkasawan...hahaahaha


' Kids Discovery Place ' merupakan satu ruangan untuk kanak-kanak bermain sambil belajar.

Hasil lukisan yang cukup menarik seolah-olah di kelilingi oleh ikan yang berenang-renang.


"Comeiii laa ummi... " kata Ahmadenijad bila melihat gambar nie... perasan lebih lak Ahmadenijad nie.


Ahmadenijad suka sangat tengok 2 ekor dinosaur nie. Siap nak naik atas badan dinosaur lak..hehee

Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Bahan pameran ini ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Ahmadenijad suka sangat bermain di sini, di tempat permainan untuk kanak-kanak.

Oleh itu, datang laa beramai-ramai ke PSN untuk mengalami sendiri dunia sains dan teknologi. Bayaran tiket hanya RM6 ( 13 tahun ke atas ) dan RM 3 untuk kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun serta untuk warga tua ( 55 tahun ke atas ).


Sunday 24 October 2010

Perkhemahan di Hutan Pendidikan Alam, UKM


Pada 15 hingga 17 Oktober 2010 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM, Bangi diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform. Program yang diikuti oleh pelajar Tahun 6 ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jalan Enam. Aktiviti seperti ini merupakan salah satu aktiviti luar yang sangat berfaedah serta dapat membantu para peserta untuk memupuk semangat dan jati diri yang kuat untuk menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Kawasan tapak perkhemahan pelajar...rindu lak nak tidur dalam khemah macam nie : )

Objektif Program Perkhemahan ini ialah :

1) Memupuk sikap berdikari dalam kalangan peserta.

2) Membentuk semangat berpasukan.

3) Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum.

4) Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai jati diri.

5) Menyemai benih-benih kepimpinan di kalangan peserta.

6) Membina kekuatan jasmani dan kekuatan mental.

7) Melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar.


Murid-murid sedang bersarapan pagi...menu sarapan pagi untuk hari ini (16 Oktober - Sabtu) ialah mee hoon goreng. Saya pun turut bersarapan pagi bersama-sama murid-murid di sini : )

Seramai 100 orang murid telah mengikuti program ini yang diwakili dari pasukan beruniform masing-masing iaitu daripada pasukan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Murid menunjukkan komitmen yang cukup baik ketika berada di tapak perkhemahan ini.
Pada pagi ini (16 oktober - Sabtu) juga diadakan latihan berkawad, pertandingan membuat gajet secara berkumpulan dan pertandingan balutan ketika mengalami kecederaan. Selepas murid-murid berkawad, mereka mengikuti pula pertandingan membuat gajet. Selesai diadili pertandingan membuat gajet, murid-murid mengikuti pula aktiviti pertandingan balutan ketika mengalami kecederaan. Pelbagai situasi diberikan kepada murid-murid untuk memahami jenis-jenis balutan yang perlu dibuat kepada rakan mereka. Misalnya situasi kecederaan dari pergelangan tangan sehingga jari, maka pelajar di dalam kumpulan perlu memikirkan cara balutan yang betul untuk membalut kecederaan tersebut. Memang menarik aktiviti ini kerana selaku juri kita akan melihat kreativiti murid-murid untuk membalut kecederaan tersebut. Namun, hanya balutan yang betul akan mendapat markah yang tinggi berdasarkan ketepatan masa menyiapkan balutan, kekemasan serta kerjasama.

Bergambar berlatar belakangkan tapak perkhemahan.


Tekun sungguh murid-murid membuat gajet untuk kumpulan masing-masing. Malahan, mereka juga menunjukkan sikap bekerjasama dan bertoleransi ketika memberikan pendapat untuk membina gajet yang terbaik untuk kumpulan masing-masing. Malahan, tidak terkecuali ada juga murid-murid hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja...heheeheee biasa laa tu tak tau nak buat aper kot. Setiap kumpulan murid-murid ini ada seorang fasilitator dari UKM.

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan gajet, akhirnya inilah gajet-gajet yang dihasilkan oleh murid-murid tahun 6. Nampaknya berbakat juga laaa murid-murid ini membuat gajet tersebut.

Inilah masa yang dinantikan...masa untuk makan tengah hari setelah penat menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pagi ini.

Pada 17 Oktober 2010 (Ahad), aktiviti hari ini adalah pertandingan berkawad untuk semua unit beruniform. Hari ini juga merupakan hari terakhir dan murid-murid perlu mengemaskan khemah dan barangan keperluan masing-masing. Semestinya aktiviti perkhemahan ini merupakan kenangan terindah buat murid-murid tahun 6 semasa mereka di sekolah rendah. Memandangkan pada tahun hadapan mereka akan melangkahkan kaki ke sekolah menengah.



Sunday 10 October 2010

AhMaDeNiJaD GeNaP 27 BuLaN


Ahmadenijad juga suka pada binatang, terutamanya kucing. Kalau nampak kucing jer, pasti dia akan memanggil kucing tersebut... "cat...cat...cat...sayang cat...kiss cat..." hehee jerit Ahmadenijad. Gambar ini diambil ketika hari raya pada 12 September 2010 ketika usia Ahmadenijad 26 bulan ( 2 tahun 2 bulan 2 hari), di rumah pak usu saya.

10.10.10 maka genaplah Ahmadenijad AL-Harits berusia 27 bulan atau 2 tahun 3 bulan. Keletahnya…amboiii boleh tahan, dengan pertuturannya yang semakin lancar. Malahan, dah pandai menyanyikan dua buah lagu pendek seperti lirik di bawah …


Susu lemak manis,

Santan kelapa muda,

Niejad jangan nangis,

Ummi buat kerja.



********************************


Pon…pon…pon…pon…

Kereta kecil ku berbunyi,

Marilah adik mari naik,

Boleh ku bawa jumpa nenek.


Ahmadenijad dah hafal lagu nie dan menyanyikan dengan gembira sekali. Malahan, dia juga mengingati bahawa setiap kali makan harus membaca doa dan menadahkan tangan serta setiap kali hendak memulakan perjalanan menaiki kereta juga perlu membaca doa. Adakala ummi terlupa nak baca doa sebelum memulakan perjalanan menaiki kereta…maka Ahmadenijad mengingatkan ummi “ummi baca doa” katanya dengan manja. Ummi tersipu malu..heheee …



Suka sangat bergambar sambil menunjukkan isyarat 'peace' sambil menunjukkan gambar 'Ben 10' yang terdapat pada bajunya. Ini bukan baju Ahmadenijad sebab tu laaa nampak besar jer bajunya, sebenarnya ini adalah baju Abg Amir (sepupu Ahmadenijad). 'Niejad pinjam kejap yer' kata Ahmadenijad pada ummi ketika tuan empunya bajunya sedang tido... : )


Ketika usia 2 tahun 2 bulan, Ahmadenijad demam. Dikala ini Ahmadenijad dah tak takut makan ubat, ummi hanya beri ubat menggunakan sudu dan Ahmadenijad makan tanpa membuang keluar ubat tersebut…”ermmmm…manis ubat ummi” sambil menunjukkan tanda isyarat ibu jarinya untuk mengatakan sedap. Kalau sebelum nie, Ahmadenijad diberikan ubat menggunakan picagari untuk memasukkan ubat dan diberikan kepada Ahmadenijad. Masa tu, memang payah sangat nak bagi ubat sebab dia akan menolak semula ubat yang diberikan. Tapi ada laaa caranya hingga dia tak dapat menolak dan ubat akan memasuki ruang kerongkongnya…hahaaa



Koleksi gambar Ahmadenijad ketika usia setahun 16 hari.

Ahmadenijad juga dah pandai hendak memilih dan menentukan pakaian yang hendak digunakan ketika keluar berjalan-jalan. Setiap kali nak keluar berjalan, dia akan kata “ummi, nak seluar panjang” maksudnya dia nak pakai seluar panjang jeans. Dia juga akan ambil minyak wangi dan semburkan kat badan serta menggunakan losyen untuk disapukan ditangan dan kakinya : )



Ahmadenijad dengan seluar jeans nyer.


Tabiat Ahmadenijad juga ialah suka basuh tangan. Belum abis makan lagi, dia dah nak basuh tangan. Hingga 2 atau 3 kali nak basuh tangan jer…boring ummi..hahaahaha



Gambar ini diambil ketika usia Ahmadenijad 2 tahun 3 bulan pada 19 Oktober 2010. Dah semakin membesar anak ummi.

Menjaga kebersihan yang terlampau lak sehingga menjemukan. Tapi bagusnya dia memang akan membersihkan tangannya dengan bersih dan tangannya juga disabunkan. Lepas tuu…bila membilas pulak punya laa lama nyer…nak tertido ummi…heheee


Koleksi gambar-gambar Ahmadenijad ketika usia sepuluh bulan 22 hari pada 1 Jun 2009.


PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...