Thursday 15 October 2015

Jatuh Pokok~Ahmadenijad

Majlis persaraan Penolong Kanan Kokurikulum diadakan di sekolah pada hari nie 12 Oktober 2015 (Isnin). Petangnya jam 2.20 petang diadakan pula majlis minum petang untuk meraikan persaraan beliau.  Majlis diadakan di Horizontel Garden, Bangi.










Panggilan tidak berjawab sekitar jam 3.09 petang dengan nombor panggilan yang tidak diketahui. Disebabkan keadaan suasana yang bising persembahan yang diadakan ketika itu menyebabkan saya tidak mendengar nada dering telefon. Sekitar jam 3.14 petang, suami menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Ahmadenijad jatuh daripada pokok. Berderau rasa jantung dengar berita tu. Semasa suami memaklumkan berita kejadian Ahmadenijad yang jatuh, waktu tu saya sedang menjamah makanan. Hilang selera makan saya, nak balik masa tu juga. Tapi apakan daya, sewaktu datang ke sini, saya menumpang rakan kerana khuatir tiada ruang pakir kereta. Jadi bila nak balik tu, kena laa pula tunggu rakan. Lagipun, majlis belum selesai dan baru jer mula nak makan.

Beratnya hati nak duduk lama-lama, macam cacing kepanasan lak huhuuuu... keadaan hari hujan yang lebat sangat seolah-olah memahami hati yang menangis di dalam. Dentuman guruh yang kuat mengejukkan diriku dari lamunan. Ligat jari menekan punat telefon mendail kepada kakak ipar memohon untuk mengambil Ahmadenijad. Walaupun suami pulang dari tempat kerja namun perjalanan yang jauh akan mengambil masa juga. Kakak ipar mengatakan bahawa dia akan pergi mengambil Ahmadenijad di sekolah.


 Keadaan Ahmadenijad di rumah mak tok. Setibanya di rumah mak mertua, melihat keadaan kepalanya sudah berbalut.

Selesai majlis persaraan tamat, rakan yang duduk semeja dengan saya membantu dan menghantar saya ke sekolah. Keadaan hujan masih renyai-renyai, kereta dipandu laju untuk pulang. Saya menelefon kak ipar dan dia memaklumkan bahawa Ahmadenijad telah dibawa ke klinik dan sekarang di rumah mak tok nya.

Saya tiba di rumah mak mertua, dan melihat kepala Ahmadenijad telah berbalut. Walaupun hati saya berasa gelisah namun lega rasanya apabila melihat Ahmadenijad ceria dan gembira bermain bersama sepupunya.


 Ketika di klinik, doktor melihat kesan luka dan terpaksa mencukur sedikit rambut dibahagian yang luka untuk memudahkan pemeriksaan.


Rupa-rupanya suami telah meminta bantuan daripada adiknya untuk mengambil Ahmadenijad di sekolah lalu dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Huda. Ubat juga telah diberikan kepada Ahmadenijad untuk dimakan. Syukur, Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan olehNya. Di klinik, Ahmadenijad dikenakan 4 jahitan dibelakang kepalanya.



 Selesai dijahit dan dibalut oleh doktor, Ahmadenijad duduk berehat dan menunggu untuk mengambil ubat sahaja.

 Kesan luka Ahmadenijad yang dijahit.

Adik A'shadieeyah yang menunjukkan lukisan rumahnya manakala Ahmadenijad yang berehat sebelum dibawa oleh Abah ke kedai gunting rambut.


 Ahmadenijad yang dah botak, supaya lebih selesa sebab rambut dia lebat sangat.

 Tarik telinga sendiri...
Ahmadenijad yang berusia 7 tahun 3 bulan (Tahun 1 kelas 1C5)

Ummi pun mula laa merisik-risik Ahmadenijad tentang apa yang telah berlaku di sekolah. Ummi membayangkan Ahmadenijad jatuh macam nangka dari pokok yang tinggi. Rupanya pokok yang Ahmadenijad panjat tidak laa besar. Badan Ahmadenijad yang berat memanjat pokok yang tidak seimbang dengan badannya, menyebabkan pokok tu melentur dan patah. Apabila dahan pokok yang kecil itu patah makanya Ahmadenijad pun terjatuh dan kepalanya luka.


Malamnya, guru kelas Ahmadenijad menelefon saya. Tahulah saya bahawa pokok yang dipanjat oleh Ahmadenijad terletak bersebelahan kelasnya jer. Berdepan juga dengan pakir kereta. Memang pokok nie tak besar tapi cikgu memaklumkan pokok tu memang menjadi kegemaran budak-budak bergayut hihiii....

Muka sedih.

Ahmadenijad juga memaklumkan bahawa hanya dia jer yang memanjat, bila dah jatuh ramai juga rakan yang membantu dan memberitahu kepada Ahmadenijad bahawa banyak darah yang mengalir keluar. Rakan-rakan Ahmadenijad membantunya membawa ke bilik guru. Seorang ustazah membantu membalut luka Ahmadenijad. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan Ahmadenijad dan saudara-mara yang banyak membantu Ahmadenijad.

Semoga luka di kepala Ahmadenijad cepat sembuh kerana lima hari lepas jahit perlu dibawa ke klinik jumpa doktor untuk buka jahitan.

Gambar bertarikh 14 Oktober 2017, Ahmadenijad ceria dan lukanya semakin sembuh.





Wednesday 14 October 2015

Persaraan

Persaraan Encik Tan pada 12 Oktober 2015 ( Isnin). Antara hadiah-hadiah yang diberikan kepada Encik Tan yang diolah dalam bentuk hantaran. Terdapat banyak sangat hadiah yang diterima dan gambar-gambar di bawah adalah antara sebahagiannya.














Monday 12 October 2015

Lukisan~Rumah~A'shadieeyah

Hari nie (Isnin/12 Oktober 2015) A'shadieeyah menunjukkan lukisan rumah yang dilukisnya. Lukisan rumah macam hujung mata pensel : )   Tapi ok laa untuk budak berusia 4 tahun 3 bulan.

Rumah idaman A'shadieeyah berwarna merah dan biru.


Sekarang suka bergambar jelir lidah : )



Adik A'shadieeyah yang manja dan sekarang suka sangat melukis ikut macam abangnya : )





PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...